Pages

Eh teman belum berundur lagi lah..

Salam,

Hehehe, saje je teman buat tajuk macam nie sbb teman terkejut dengan komen dari msj box teman di FB. 2-3 orang mengatakan yang teman dah bungkus dalam menternak ayam kampung ini. Terkejut juga teman bila mendengar tu. sebenarnya teman bukannya dah bungkus atau tutup terus penternakan atau ladang teman. Teman dah terlalu lama menternak ayam dan dah rase seperti tak sedap badan kalau teman tak dapat menternak kelak.

Kalau diikutkan, teman ni dah banyak kali tertewas dengan masalah dan ragam ternakan ayam ini. Contohnya, pada mula menternak teman pernah menghadapi kematian anak ayam akibat masalah seperti hama,  cuaca dan masalah pengurusan dimana anak ayam mati semasa berada direban. Kemudian pernah sekali teman mandapat serangan sampar kali pertama iaitu ketika teman baru sahaja 6 bulan menternak ayam. Masa tu pengetahuan tetang vaksin tiada lagi dan ternakan menyusut separuh sahaja dari jumlah yang ada ketika itu. Teman tak putus asa dan membiakkan semuanya balik hingga menjadi 2 kali ganda dari jumlah asal yang ada sebelum serangan sampar. Dan kali kedua teman kena apabila teman baru sahaja belajar menggunakan vaksin. Ketika itu teman tersilap langkah dengan tidak tau cara nak mengendalikan vaksin tu sehingga vaksin tersebut mati sebelum diberikan kepada ayam. Kali ketiga baru2 ini dimana jumlah ayam teman berada tahap tertinggi dari sejak teman mula menternak dahulu dimana jumlah keseluruhan ayam termasuk anak ayam mencecah 700 ekor.

Sebenarnya, kalau diikutkan rekod jualan dan pengeluaran anak ayam dari incubator, teman rasa jumlah ayam yang terkumpul sekiranya teman tak menjual anak ayam sekarang, jumlah ternakan teman yang ada telah mencecah 5000 ekor. Ianya satu jumlah yang banuak dan teman pasti memerlukan kos yang sangat mahal jika diternak,cubalah tuan semua bayangkan betapa riuhnya reban bila kawasan 1/2 ekar reban teman dipenuhi dengan ayam sebanyak itu. Tentu huru hara keadaan reban ketika itu melihat ayam berebut2 makanan ketika sampai waktu makannya.  Tetapi mengapa pula teman menjual anak ayam ini secara berperingkat? Ianya terpaksa teman lakukan demi memastikan kos pembelajaran teman dan kos sara hidup dapat dipenuhi.

Sepanjang menternak selama 2 tahun ini, teman menganggap teman sedang berada dalam tempoh pembelajaran dimana teman perlu bergantung kepada diri sendiri untuk mencari ilmu. Disebabkan teman hanya menternak sendiri tanpa mengharapkan modal dari sesiapa ketika itu,menjual anak yang dihasilkan merupakan cara terbaik untuk mendapatkan duit perbelanjaan selain menjual incubator. Biasalah kalau kita nak menternak secara serius dan tak mempunyi modal yang besar, cara ini yang terbaik dalam fikiran teman. Oleh itu, bekalan anak ayam perlu dikeluarkan dengan baik bagi menampung perbelanjaan keluarga dan ladang dari masa ke semasa.

Namun jika anda mempunyai pekerjaan yang baik sekarang, adalah lebih baik anda memulakan ternakan secara kecil2an dahulu sementara dengan menggunakan sedikit dari wang gaji anda bulanan untuk menternak. Dengan cara ini anda tidak akan merasa tertekan atau kurang belanja bulanan. Dengan ternakan yang ada, anda akan mengembangkannya menjadi beberapa kali ganda dari bulan ke bulan sehingga anda mula mendapat pulangan keuntungan dari ternakan tersebut. Namun syaratnya anda perlulah tahu segala keperluan ayam dan mempunyai sistem pengurusan yang baik sehingga mampu menternak dalam jumlah yang banyak walaupun anda menjaganya secara partime sahaja.

Dulu, untuk mendapatkan ilmu tersebut, teman perlulah mengkajinya secara mendalam supaya jika sampai masanya untuk mengingkatkan ternakan atau mengandakan ternakan kelak, teman mampu menternaknya secara baik dan bersistem disamping pekerjaan yang teman ada ketika itu. Itulah pengorbanan yang perlu dilakukan sebelum teman betul2 terjun dalam ternakan ini.  Maklumlah kita tak ada modal yang besar seperti 100 ribu untuk terus menternak sejumlah ayam yang banyak yang semestinya akan menjamin pulangan yang lumayan, seperti yang kita semua tahu iaitu jumlah ternakan yang banyak sahaja akan menjamin pendapatan bulanan penternak.

Bagi mengelakkan teman terpaksa menyusahkan orang lain disamping menyusahkan keluarga sendiri, teman memutuskan untuk menjual anak dahulu bagi menjamin jumlah jualan yang konsisten setiap bulan. Mungkin anda berpendapat yang teman tak berjaya dalam ternakan ini kerana belum mampu menjual ternakan secara banyak atau yg dah dewasa tetapi bagi teman itu tidak tepat sama sekali.
Teman memang bercadang sebelum ini untuk bekerja semua pada hujung tahun atau pertengahan tahun depan bagi memungkinkan teman melangkah ke fasa ketiga penternakan teman. Fasa pertama pembelajaran adalah untuk menternak dan mengumpulkan semua telur sehingga jumlah anak yang diternak mencecah 1000 ekor. Teman ternak anak ini sehingga mencecah usia lebih dari 4 bulan dan sehingga mencecah usia jualan iaitu pada usia 6 bulan. Fasa pertama ini berjaya pada bulan 10 tahun lepas dimana teman mencapai sejumlah 1300 anak ayam sebelum menjualnya kepada rakan2 yang datang kereban. Bila dah berjaya barulah teman paham sebenarnya cara nak menternak ayam ini sehingga mencecah usia yang dikehendaki dan cara nak menjaganya. Fasa kedua pula adalah untuk cuba menukar fungsi reban teman kepada pusat pengelaran anak ayam dimana ayam induk ditambah dan proses pengeluaran telur terus disambung proses pengeraman menggunakan incubator. Ayam dikurung atau ditempatkan didalam reban secara kumpulan keluarga dimana ayam jantan dipastikan mempunyi peluang untuk mengawan dengan ayam betina. Ini bagi memastikan jumlah telur tidak berbenih yang teman alami sebelum ini tak terjadi. Teman buat semua itu bagi memastikan telur mudah dikutip dan berada dalam keadaan baik.
Fasa kedua pembelajaran pun dah berjaya dimana teman mampu mengeluarkan anak ayam mengikut jadual yang dirancang, Cuma jumlah anak tersebut tak selalu kosisten sepanjang bulan dimana ada bulan yang berada dalam kemuncak dan ada juga yang kurang. Setelah kedua2 fasa ini berjaya, teman akan melangkah kefasa ketiga iaitu untuk meningkatkan kadar pengeluaran reban sehingga menjana pendapatan yang lumayan untuk keluarga teman kelak. Caranya adalah mengunakan segala pengalaman dan pengetahuan untuk memastikan produksi reban berada ditahap terbaik dan teman hanya memerlukan sedikit masa sahaja sehari untuk menguruskannya. Jika teman berjaya, Insyallah ternakan teman akan mula meningkat saban bulan.
Kini setelah bekerja selama 3-4 hari, teman yakin dengan jadual yang ada sekarang. Cukup mudah dan lebih bermakna. Sedikit dari jumlah pendapatan bulanan dari gaji akan teman gunakan untuk membeli makanan dan sedikit baka anak ayam jika ada. Selain itu, kesemua anak ayam yang bakal menetas atau yg baru nie menetas akan teman ternak sehingga mencecah usia matang dan menjadi induk semula. Dengan itu teman berharap jumlah induk teman akan mencecah 1000 ekor pada bulan 5 nanti dan ketika itu produksi ternakan teman akan berada ditahap maksima. Teman berharap ketika itu teman mampu terus menerus menjual ayam matang dalam purata 300 ekor sebulan denagn jumlah jualan kasar purata RM 6000.
Untuk memastikan ianya berjaya walaupun teman masih bekerja, Teman kena pastikan reban berada dalam keadaan baik, kutipan telur dilakukan setiap hari dan kesemua anak ayam yang ditetaskan akan melalui fasa2 pembesaran yang terbaik. Apabila ayam mencecah sahaja usia 6 bulan, penjualan akan dilakukan melalui kaedah tradisional, pukal, dan jualan online.  Dengan bantuan gaji dari pekerjaan teman sekarang, teman yakin teman mampu untuk meneruskannya dan mula menternak secara serius. Kalau sebelum ini tanpa duit gaji pun teman mampu untuk mencari wang belanja keluarga dari ternakan, inikan pula bila teman sendiri ada wang dari gaji dan segala wang keuntungan disimpan terlebih dahulu untuk tujuan pembesaran perniagaan kelak. Itulah yang teman cadangkan.
So apa yang akan berubah sekarang?
Apa yang akan berubah adalah masa terluang teman sebelum ini yang terpaksa dihadkan. Teman akan mejadi 2 kali sibuk dan jadual harian akan menjadi padat. Tiada lagi masa santai yang dinikmati selama 2 tahun ini. Jika berjaya, bolehlah teman simpulkan yang teman telah berada ditahun terakhir pengajian teman menternak ayam kampung ini. Mungkin pada ketika teman mula menjual ayam bulan 5 nanti, teman bolehlah anggap teman telah tamat belajar dan telah berjaya mencar cara menternak ayam kampung asli ini yang suatu ketika dahulu orang melayu kita fikirkan agak mustahil untuk diternak skala besar.
Perubahan terbesar adalah dari fasa belajar kepada fasa ternakan secara serius dan komersial. Pada ketika itu mungkin teman perlu memindahkan ladang ke satu lokasi lain berdekatan yg keluasan tanahnya 3 ekar dan bersebelahan dgn lombong. Kawasan yang jauh dari penempatan menusia dan mempunyai bentuk muka bumi yang sesuai untuk menternak ayam iaitu separuh berpasir dan separuh berumput dengan beberapa pokok besar untuk teduhan. Harapan teman agar cita2 teman sebelum ini ketika mula2 mengetuk paku semasa membina reban pertama dahulu akan menjadi kenyataan..Amin,
Sekian

jaringan penternak ayam kampung..

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah sahabat....

Instagram