Pages

Susah juga nak tukar cara berfikir..

Salam,

Lama juga tak menulis nie, dah masuk 3 hari dah.. bukan apa saje je nak merehatkan diri. Termenung sekejap pasal terkelu kata bila terjumpa seorang kawan lama semasa menuntut di U dulu. Ketika di universiti dulu teman agak aktif dengan persatuan pelajar serta aktiviti kolej yang membantu kita menguatkan diri menghadapi dunia sebenar apabila keluar dari U. So kita akan banyak bergaul serta mendapat pengalaman semasa menjalankan aktiviti sebegini. Kalau anda biasa lihat aktiviti pelajar di U yang dikendalikan oleh kolej atau pihak U sendiri, biasanya hampir kesemua kerja atau aktiviti dikelolakan oleh bebudak student sendiri. Dari membuat kertas kerja sehingga mencari dana untuk pembiayaan aktiviti dilakukan oleh pelajar sendiri.

Dari sini kita belajar cara nak mengurus satu pasukan serta cara nak berkomunikasi sebagai satu team untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dan disini kita akan lihat kejayaan sesebuah aktiviti terletak kepada pengurusan itu sendiri. Pelajar akan membina jati diri serta mula didedahkan dengan masalah dah kerenah persekitaraan yang mungkin akan menjadi kejutan kepada pelajar yg tek pernah mengambil bahagian langsung di U dan kemudian terus bekerja. banyak kejutan budaya dihadapi para graduan yang baru kali pertama menjejakkan kaki dialam pekerjaan.

Apa yang teman nak cerita disini adalah dididikan atau cara pemikiran orang kita yang sangat mengharapkan kita belajar dan mendalami ilmu sehingga ke menara gading dan seterusnya cuba membina kerjaya sebagai makan gaji atau mendapat tempat/pekerjaan di agensi yang lebih besar dan terjamin. Semua orang berlumba2 menjual diri(istilah yang digunakan semasa pergi temuduga) untuk merebut tempat yang terhad. Apabila ada peluang yang kurang baik dari syarikat yang kurang ternama, semuanya ditolak mentah2 kerana tak berbaloi dengan ijazah yang diperolehi sudah payah semasa berada di U. Cuma yang tidak pernah kita fikirkan adalah sebenarnya kita ke U adalah untuk  menuntut ilmu untuk meningkatkan harga diri atau kekuatan diri dengan ilmu yang kita ada, Dengan ijazah, kita dah membuktikan yang kita adalah insan yang berkualiti dari segi ilmu dah menangkat diri satu tahap lagi.

Mungkin pada lepasan U mengatakan dengan adanya sijil ditangan, masa depan mereka dah terjamin dan akan menjadi senang lenang kelak. Namun apa yang mereka yak tahu sebenarnya, cabaran  yang bakal mereka hadapi semasa mula2 nak  belajar menyara diri  untuk menjalankan kehidupan selepas belajar kelak. Mereka perlu cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Satu kehampaan besar akan berlaku bila dari bulan ke bulan dan sehingga ketahun lamanya mereka belum mencapai "standard" yang semua orang tetapkan kepada mereka yang telah masuk ke U. Akhirnya anda akan melihat jumlah stastistik yang menunjukkan graduan yang menganggur yang bertambah banyak saban tahun. Jangan terkejut juga akhirnya graduan ini akan mula terpaksa bekerja di syarikat yang langsung tak menggunakan sijil yg mereka banggakan.

Cuma apa yang teman bangkitkan disini adalah pemilihan kita mengenai sumber pendapatan kita demi meneruskan hidup. Untuk kerja makan gaji dengan menggunakan sijil yang ada, teman yakin untuk 5 tahun yang pertama para graduan hanya berjaya menjana pendapatan melalui gaji tak melebihi 3k sebulan. Dan mungkin selepas 5 tahun baru ada kenaikan pangkat atau kenaikan tangga gaji sebelum mendapat yang lebih dari itu. Kalau dipikirkan, disinilah masalah mula berlaku. Inilah titik penting untuk kita melihat sejauh mana pendapatan yang dijanakan walaupun bagi kita ianya masih sedikit.

Jika anda terpikir yang jumlah gaji yang diterima cukup banyak memandangkan negara kita belum lagi digelar negara berpendapatan tinggi, tetapi dengan realiti tekanan hidup dibandar, jumlah yang diperolehi langsung tak mencukupi malah untuk mencapai hidup senang langsung jauh.Kejadian menunggu sehingga hujung bulan sebelum poket kembali berisi kembali akan berlaku dan tak sampai seminggu selepas itu wang gaji dah tinggal suku akibat bebanan hutang dan sebagainya. Maka tak hairanlah sekarang kalau kita lihat para pegawai atau lepasan U yang bekerja masih menggunakan motor dalam aktiviti harian mereka.

Kan molek sekiranya kita ubah pemikiran untuk menjadi lebih produktif atau memikir cara lain untuk menjana pendapatan. Perhatian sekeliling dari komputer yang kita sedang gunakan sekarang, meja yang kita letakkan komputer, cawan yang kita guna, rumah dan sebagainya. Kalau mereka yang paham, itu semua adalah peluang perniagaan atau cara untuk membuat duit. Ianya adalah perniagaan. Untuk mendapat keuntungan RM 3k sama seperti anda bekerja makan gaji bukanlah sesuatu yang sukar atau mustahil. Anda perlu sentiasa kreatif dan mencari perniagaan. Yang penting adalah cara anda berniaga dan cara anda menjaga pelanggan dan produk yang anda tawarkan. Semuanya adalah cara untuk anda melakukannya.

Sebagai contoh, kalau anda rasa kerja memotong rumput adalah sesuatu yang low class atau kerja yang bukan standart untuk anda, anda seharunya gunakan kepandaian anda untuk mengurus satu team kerja anda. Ianya boleh dimasukkan dalam satu bidang perkhidmatan. Anda hanya perlu melatih mereka yang tiada kerja atau berminat untuk menjadi pemotong rumput anda. Yang perlu anda lakukan adalah dari segi pengurusan seperti mesin pemotong sebagai aset, pekerja dari segi kebajikan dan sebagainya, dari segi pemasaran serta sebagainya. anda juga perlu sentiasa cergas mencari peluang kerja atau mereka yang memerlukan perkhidmatan anda.Semua ini sudah dikategorikan sebagai kerja dan iaiya bukan sesuatu yang loww class lagi.

Dari sini anda mula menambah bilangan pekerja dan skop kerja. Kalau anda rase semuanya ini  mudah dilakukan,  anda silap kerana kerja yang dilakukan adalah sama susahnya ketika anda kerja makan gaji. Ianya memerlukan daya fikiran serta semua skill pengurusan yang anda ada. Kalau dengan perniagaan anda itu, anda berjaya kelak mengajikan 10 orang pekerja, teman yakin yang pendapatan bulanan anda dah mencecah RM 7-10k sebulan. Teman bercakap dari segi fakta iaitu sahabat teman sendiri yang sekarang ini melakukan perkara yang baru teman cakapkan. Tak payahlah nak bercerita atau melobi pihak tertentu untuk mendapat kontrak atau projek untuk memotong rumput disesuatu firma atau tempat. Cukuplah dengan melakukan kerja sendiri dengan mengharapkan pasaran bebas dimana ada permintaan atas perkhidmatan ini. Nampak sahabat kita macam tak berduit sahaja pasal dia pun sekali turun padang  dengan pakaian serba sederhana memastikan pekerja melakukan kerjanya, tetapi kita semua tahu jumlah pendapatan bulanannya. Teman biasa melihatnya memandu van buruk untuk mengangkut pekerja kehulu kehilir dan sukar kita ada masa terluang untuk bersembang. Ada sahaja "jobs" yang perlu diselesaikan.

Itulah yang menjadi semangat bagi teman. Tak pernah teman impikan  untuk mendapat pendapatan bulanan 5 angka. walaupun sekarang teman belum lagi mencapainya tetapi kalau kite terus berusaha Insyallah jalannya akan kita jumpa juga. Bagi mereka yang dah mendapat pendapatan melebihi jumlah ini mungkin merasakan iaiya tak memberi apa2 makna tetapi bagi kebanyakan penduduk Malaysia iaitu 80% semuanya, tentu gembira sekiranya berpeluang mendapat gaji sebegitu. Untuk menjangkau jumlah itu, anda perlu keluar dari apa yang anda lakukan sekarang dan jangan berhenti berpikir untuk mendapatkannya. Jangan sesekali cemburu dengan kejayaan orang lain tetapi jadikan iaiya satu pembakar semangat untuk kita menjadi lebih baik kelak.

Berbalik kepada kawan teman tadi di FB iaitu kawan lama yang tak jumpa sejak meninggalkan pusat ilmiah dulu, beliau menanyakan apa yang teman lakukan sekarang memandangkan beliau dah bekerja di sebuah syarikat yang agak terkenal. Bila teman kata yang teman tak bekerja makan gaji, segumbalan nasihat diberikan. Dan bila teman kata yg teman sedang berusaha dalam bidang penternakan, beliau menyelarnya dalam nada sinis berikutan ada saudaranya yang kecundang teruk dalam pernternakan ikan keli. Sedikit kerisauan dinyatakan yang teman akan mengahadapi masa gelap kelak akibat pendapatan tak menentu serta kegagalan yang bakal dikecapi dengan bekerja sendiri. Adalah lebih baik kerja makan gaji yang sememangnya sudah terjamin setiap hujung bulan dan kita dapat merangka perbelanjaan yang kita dapat. Susah juga teman nak menerangkan yang kita perlu berusaha untuk memperbaiki diri selain jgn duk berharap makan gaji selalu.


Cuba pikirkan kembali kedudukan orang kita sekarang. Kalau ada orang kita yang berjaya sekarang, biasanyaadalah melalui perniagaan. Tak kiralah perniagaan apa pun yang diceburi. Pemikiran makan gaji ini mungkin akan menjadi pilihan untuk anda sekiranya ianya sesuai dengan jiwa anda. Namun sekiranya anda ada kemahuan diri untuk meningkatkan pendapatan, mungkin anda sudah patut mula berhijrah. Kalau kita rase malu untuk duduk bertinggung dipasar menjual barangan, mungkin kita boleh memulakan perniagaan yang tak melibatkan aktiviti jualan menunggu pelangan seperti peraih, pembuatan, perkhidmatan dan sebagainya.

Akhirkata, teman harapkan agak tulisan teman ini tak menyinggung mana2 pihak dan sedikit memberi semangat kepada anda untuk memperbaiki keadaan hidup anda sekarang. sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram