Pages

Jgn iri hati dengan kejayaan orang lain,

Salam,

Teman cuma nak beri pendapat tentang kita penternak melayu sekarang. Kalau kita perhatikan, macam sesuatu menyedihkan bila bangsa kita dikaitkan kaya dengan sifat hasad dengki atau suka menjatuhkan orang lain. Kita juga dilebelkan dengan sangat malas dan cukup suka makan duit free atau subsidi. Bila ada benda free je kita sanggup berebut untuk mendapatkanya. Sungguh memalukan atau menyedihkan. 

Sebenarnya teman rase orang kita tak semuanya macam tu. Ramai yang sangat suka berdikari dan ramai juga yang telah berjaya. Mereka adalah dari golongan manusia yang sentiasa bersemangat, berfikiran jauh serta mempunyai ketahan mental yang sangat tinggi. Sebelum kita mencemuh atau merendah2kan golongan seperti ini, kita perlu terlebih dahulu mencermin diri kita sendiri. Adakah kita setanding atau lebih baik dari mereka. Adakah kita mempunyai kemampuan untuk mengikuti jadual harian mereka yang sentiasa padat dan bermasalah? 

Kadangkala timbul juga suara2 sumbang yang memperlekehkan teman kerana terlalu lancang memberi pendapat.Kita dapat lihat golongan yang mengkritik seperti ini bukanlah dari golongan yang cemerlang atau terbilang. Mereka suka berselindung disebalik bayang sendiri dan akan menjadi orang pertama yang ketaa terbahak2 melihat kejatuhan orang lain. Kalau kita selidik atau membaca perihal orang sebegini, sebenarnya apa yang kerap mereka lakukan seperti mengejek atau menjatuhkan orang lain bukannya disebabkan diri mereka hebat atau sepertinya tetapi lebih kepada perasaan mereka untuk menutup kelemahan diri sendiri. Oleh kerana diri sendiri tak mampu untuk bersaing atau mencapai apa yg oramg lian capai, jadi mereka akan cenderung untuk menjadi negetif dengan harapan perasaan kecea dan marah terhadap diri sendiri dapat dilupakan. 

Teman akui yang teman hanya penternak kecil2an yang langsung tak boleh dibanggakan. Tujuan blog ini diadakan adalah untuk sama2 kita merangsang minat kita dalam penternakan. Bila kita diberi suntingan semangat atau galakan dari orang lain, keyakinan diri mudah terjana dan terus memberi semangat untuk terus maju. Dengan adanya kata2 perangsang atau contoh yang akan memudahkan kerja, kita dengan sendiri mengatakan diri kita boleh. Itu sahaja. Bukan semua orang berbloger untuk menjadi glamor atau mendapat pujian. Dan bukan semua orang menolong demi mendapatkan balasan yang setimpal. 

Teman akui yang sekarang ramai yang telah berjaya menternak melebihi 500 ekor ayam kampung asli. Kalau dilihatkan rebanya, boleh kita kelaskan mereka tealh berjaya membina empayar sendiri alaupun masih diperingkat bawah. Apa yang ada pada teman sekarang adalah sangat sedikit dan teman akui ianya langsung tak boleh dibanggakan. Tetapi teman memilih untuk berkongsi disamping mengumpulkan semua penteranak agar mereka paham yang mereka tidak keseorangan. Kita boleh berkumpul dan memajukan diri dalam penternakan yang lansung tidak dipandang oleh bangsa lain. 

Soalan seperti " boleh majukan penetrnakan ayam kampung asli ini" adlaah sangat subjektif mengikut siapa diri anda sendiri. Kalau anda berorentasikan wang atau keuntungan anda mungkin berpendapat yang ternakan ini langsung tiada nilai komersial. Bagi mereka yang sentiasa mempunyai sifat tamak dan ingin mudah kaya, merka akan berpendapat penternakan ini umpama lubuk emas yang boleh dimanupulasikan. Munkin orang seperti ini akan membaa ternakan ayam ini seperti mana yang terjadi kepada lintah, cacing atau ketam. Kalau anda tergolongan yang sedikit berada dan malas nak mengotokan tangan menternak ayam kampung asli yang kekampungan, anda mungkin akan terjebak dengan sistem paah yang kononnya menjana pendapatan berganda. Namun sekiranya anda adalah mereka yang tabah dalam melakukan satu2 perkara dan disulami dengan minat yang mendalam, anda mungkin sesuai menternak ayam kampung asli ini. 

Nasihat teman kepada mereka yang telah menternak, teruskan usaha anda dan berjanji kepad adiri sendiri untuk berusaha bersungguh2 menternak dan tidak akan mudah putus asa sekiranya anda dihadapi masalah seperti dialnda sampar dan sebagainya. Bagi mereka yang baru nak mencuba atau menggandakan ternakan ayam ini, ingatlah pesan teman, jgn samakan ternakan ini dengan cacing atau lintah dimana dikatakan pendapatanya adalah berganda. Jika anda "geram" dengan harga jualan ayam ini yang mencecah RM 15 sekilo dipasaran, anda harus sedar yang untuk mendapat jualan setinggi itu memerlukan kerahan tenaga yang kadang kala mampu membuat kita terduduk. Janganlah kajian atau analisa anda terarah kepada harganya semata tetapi kurang penyelidikan tentang peneternakan itu sendiri. Dan jangan sesekali gandakan nilai ternakan anda sebegini (dibawah) kerana gandaaan begini lah yang selalu membuat kita buta hati atau tamak.

Kononnya:
kalau...
1 ekor RM 15.00
10 ekor =RM 150.00
100 ekor = RM 1,500.00
1000 ekor = RM 15,000.00
10,000 ekor = RM 150,000.00

Ini semua pemikiran yang bahaya sekali. Hari2 mendapat akan akan terdorong untuk segera menjadi kaya. Anda mula meminjam dan membelanjakan kepada yang tidak perlu. Anda terus melakukan jump start dengan menternak dengan jumlah yang banyak. ini semua kerja giler. Ingat tu.. berpikirlah macam mana anda nak pastikan telur yang anda eramkan dari incubator menetas dengan peratusan yang baik, berpikirlah macam mana anak ayam nie dapat membesar sehingga usia matang tanpa banyak yang mati, berpikirlah macam mana nak mengurus reban dengan cara yang mudah dan banyak lagi yang melibatkan perihal ayam. Insyallah dengan berkat Ilahi, kita akan berolehi keuntungan dalam penternak. 

Sekian 
Aku menulis bukan kerna nama,

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram