Pages

Ucapan tahniah kepada IR Firdaus

Salam.

Sebelum teman terus berkata2, teman nak mengucakan tahniah keatas kejayaan Ir Firdauas kita yang menternak ayam daging putih. Anda boleh melawati blog beliau ditajuk http://mariafirdaus.blogspot.com/ ini. Sememangnya kejayaan beliau boleh kita contohi dengan dada terbuka untuk meningkatkan usaha yang ada sekarang.

Walaupun beliau menternak ayam daging, tetapi bagi teman beliau dah berjaya memecah monopoli dengan menjadi penternak melayu diperingkat Negeri Perak. Teman harap selepas ini beliau terus maju selangkah lagi untuk ke peringkat kebangasaan. Anda boleh membaca atau mengetahui pencapaian beliau dalam blog yang beliau sendiri kendalikan seperti di link diatas.

Sebenarnya teman nak mencoretkan mengenai perniagaan ayam ini. Semua orang diNegara kita ini meminiti ayam dalam menu makanan seharian. Kita juga dapati ayam ini telah menjadi bahan kawalan dinegara kita terutama ketika musim perayaan. Rasanya yang enak serta sumber protien yang mudah menyebabkan ianya sangat lari dan sentiasa mendapat permintaan tinggi dikalangan pengguna.

Kalau kita ingat suatu ketika dahulu selepas negara kita baru merdeka, ayam merupakan makanan mahal bagai kebanyak penduduk. Kalau ada kerayaan atau majlis besar sahaja baru kita berjumpa dengan lauk sedemikian. Namun sekarang semua golongan merasa untuk menikmatinya kerana ekonomi yang lebih baik berbanding 40 tahun dahulu. Syukur atak nikmat kemajuan ekonomi yang sedang kita alami sekarang jika dibandingkan dengan jiran sebelah kita yang ratanya serumpun. Disana boleh dikatakan ternakan ayam pedaging kurang popular disebabkan permintaan yang rendah serta kekuatan ekonomi negara tersebut.

Ternakan ayam kampung juga menerima tempiasnya bagi mereka yang meminati rase unit ayam tersebut. Maka dengan peredaran zaman, terdapat 2 jenis ayam kampung yang ada dipasaran iaitu ayam kampung pedaging dan ayam kampung Malai kai. Ayam kampung padaging mula diternak secara komersial kini dengan stuktur penternakan yang lebih moden dan mengeluarkan hasil yang lebih baik berbanding ayam Malaikai. Dengan adanya usaha serta teknologi seperti Incubator bersaiz mega, maka kemungkinan untuk kita mengkomersialkan ayam kampung tetap ada. Namun ternakan ini sentiasa mendapat tempat kedua selepas ternakan ayam daging kerana faktor permintaan serta harganya dipasaran.

Kita akan melihat bahawa penternak ayam kampung padaging mensasarkan pengeluaran sekaligus dengan jumlah yang dapat menampung permintaan selain dari espek kegemaran pengguna dari segi kualiti daging, kelembutan, rase serta harga. Bagi mengurangkan harga jualan serta meningkatkan daya saing penjualan, ayam kampung ini diternak secara moden dengn menitik beratkan soal permakanan serta penjagaan. Dengan jumlah ternakan yang besar serta sistem yang mengurangkan luas kawasan serta pekerja, kos pengeluaran dapat diturunkan kepada kadar minima agak ayam ini dapat dijual dengan harga yang berdaya saing seperti ayam daging.

Namun, terdapat usaha2 untuk mengkomersialkan pula ayam kampung asli atau malaikai dikalangan penternak kecil2an termasuk kami sendiri dengan harapan satu cara penternakan yang lebih sistematik dapat dilaksanakan kelak. Dengan sistem yang lebih baik dan permintaan yang labih tinggi akibat usaha bagi meningkatkan pengeluaran ternakan ini, suatu hari nanti ayam kampung asli mula mudah didapati dipasar awam. Itulah objektif kami dari hari ke hari dengan melaburkan ribuan ringgit untuk membuat kajian cara penternakannya. Namun segala usaha ini tidak akan diselesaikan dalam masa singkat kerana kurangnya rujukan dan minat "big player" dalam industri.

Namun, usaha ini tercapai, teman yakin satu lagi sektor dalam ternakan ayam akan berkembang. Maka kini masyarat akan ada 3 pilihan untuk menikmati ayam iaitu ayam daging, ayam kampung pedaging dan ayam kampung asli. Kesemua mempunyai kelebihan dan kekurangan masih2 dan mempunyai peminatnya sendiri. Namun mungkin juga peratusan pemintaan mengikut kategori tidak akan sama dan peratusannya berubah mengikut lokasi permintaan.

Cuma teman harap, kepada yang berminat dengan ternakan ayam ini, teruskanlah berusaha untuk memajukan dan jgn cepat berpuas hati dengan penternakan yang ada sekarang. Jgn hanya menjadi pengikut semata2 tetapi lebihkan usaha untuk mencipta atau mengkaji cara baru untuk menternaknya. Kalau kita duk asyik ikut sahaja nanti bila kepada terjun kegaung, kita juga berusaha untuk terjun sama..Jiak kegagalan yang anda terpaksa tempuhi, jangan jadikan ianya alasan untuk terus berhenti, kita menternak bukannya memasuki skim cepat kaya. Segalanya memerkuakn usaha yang kuat serta kemahiran yang dipupuk melalui latihan direban. Jgn berhenti belajar dan jangan berada dalam takuk yang lama tak kiralah berapa usia anda sekarang. Ini kerana otak yang sering diperah untuk belajar atau berpikir tidak akan habis atau lusuh, malah ianya akan bertambah tajam dan bijak kerana sering berpikir. Kepandaian manusia boleh digilap dengan ilmu dan pengalaman walaupun kita tak pernah sekalipun menjejakan kaki kemenara gading.

Sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram