Pages

Kadang kala telur juga tak elok..

Salam,

Sebenarnya teman dah banyak kali ulang mengenai perkara ini. Kadang kala lita sering terlalu ghairah untuk mendapatkan hasil dalam reban sehingga kita terlupa yang kita sebenarnya bermain dengan banda hidup. Kita sering berharap setiap biji telur yang dikaluarkan oleh ibunya akan menetas dan boleh menjadi harapan baru untuk membesarkan anak.

Sebenarnya, dalam penternakan kita juga perlu melihat keadaan beberapa faktor yang sering mengagalkan kita dalam membiakan baka terutama yang melibatkan ternakan. Kalau dipikirkan kembali kenapa agaknya tuhan mencipta ayam supaya ayam ini bertelur sebanyak itu dalam sekali musim. Kenapa tidak satu sahaja setiap kali. So kalau kita nak mengeramkan telur, kita pasti akan menemui telur yang tak akan menetas kerana pelbagai masalah.

Dalam hampir 2 tahun teman mengeram telur menggunakan incubator atau ibunya sendiri, teman sangat yakin yang peratusan telur yang dieram tak akan mencapai 100% setiap masa walaupun sebaik mana kita menjaganya. Banyak pemboleh ubah yang perlu dinilai semula dan apa yang boleh kita lakukan adalah rutin sepanjang masa untuk memastikan telur yang dihasilan berkualiti. sekiranya anda masih berdepan dengan masalah telur, tiada apa lagi yang boleh dilakukan dari berharap dan menambah baik sistem yang ada.

Sememngnya kalau kita yang kali pertama mengeramkan telur yang mahal seperti telur esotik ayam yang mahal kita akan akan meraca canggung kalau tiada yang menetas. Seringkali kita mempersalahkan incubator tersebut walaupun incubator yang kita berharga ribuan ringgit dan telah disetting sebaiknya. salah siapa agaknya? dan jika kita menggunakan ibunya pula teman tak yakin yang ayam esotik ini kadang kala pandai mengeram.

Oleh itu dilema ini selalu menghantui pengguna indubator terutama yang baru. Teman sendiri pun yang dah lama menggunakan incubator akan terjumpa set atau bacth yang kurang penetasannya. Kadang kala tak menetas langsung pun ada kerana telur yang diperolehi dari reban dah bermasalah. Musim hujan yang tak menentu seperti cuaca sekarang dimana pada siang hari panas mengering dan pada aktu malah hujan turun selebatnya. kadangkala masalah seperti ini akan membawa gejala telur yang tidak baik dari kesan kesihatan induknya serta perubahan cuaca yang terlampau. Oleh itu, sekiranya anda mengalami kegagalan penetasan, anda perlu memastikan usaha tersebut dicuba sekali lagi dan seterusnya sehingga anda mahir atau ada bacth yang baik.

Sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram