Pages

80% pendapatan seisi rumah dibawah RM3k?

Salam ,

Terkejut teman tadi bila baca surat khabar yang mengatakan bahawa 80% penduduk negara kita berada dibawah pendapatan seisi keluarga dibawah RM 3k. Ini bermakna kesemua golongan ini kalau dicampur pendapatan suami isteri masih tak mencapai rm 3k sebulan. Satu yang mengejutkan teman. Kalau jumlah kumpulan ini sekadar 40-50% teman boleh terima kerana bagi teman itu yang sepatutnya berlaku.

Persoalan teman adalah kalau betul jumlah yang dinyatakan berikut, teman mencari jawapan kepada kes2 sebelum ini dimana berjuta wang orang kita ditipu dalam skim2 cepat kaya atau skim yang seumpamanya. Dari mana datangnya duit sedemikian banyak kalau pendapatn kita tak sampai 3 k sebulan dicampur suami isteri? Setahun baru dapat dalam RM 36 kalau dikira pendapatan tahunan.  Adakah jumlah ini adalah dari pinjaman duit kepada pihak bank semata2 untuk turut serta dalam skim sedemikian?.

teman masih ragu2 juga dengan jumlah yang dinyatakan dimana pendapatan seisi keluarga dibawah 3k seisi rumah nie. Ini kerana 57% penduduk Malaysia adalah terdiri dari kaum melayu dan selebihnya dari kaum yang lain. Kalau kaum Cina dengan peratusan 38% peratus sekarang, agaknya, kaum cina juga termasuk dalam golongan dibawah pendapatan ini. adakah selama ini pendapat kita yang kaum ini semuanya kaya raya adalah tidak benar? ataupun adakah peratusan 20%(yang lebih  dari 3 k) yang terakhir tersebut semuanya takde yang datang dari kaum Melayu?

TOpik ini bukannya bersifat perkauman tetapi kepada persoalan mengenai kemana arahnya kedudukan kita sekarang. Ini kerana peratusan isteri yang bekerja atau kaum anita yang mempunyai kerjaya sangat tinggi dan bagi teman mereka yang mempunyai pendapatan melebihi 2k cukup banyak. Lihat sahaja kepada pemohonan kad kreadit yang menimbun2 dimana pendapatan seseorang sepatutnya melebihi RM 1500 sebulan. Kadanagkala kita lihat suami isteri mempunyai kad kreadit individu iaitu atas nama akaun masing sbb 2-2 dah bekerja.

Pernah sekali teman membeli dedak dipekan banting. Penjual dedak tersebut sering kelihatan usang dan kusam dengan baju yang tak dah kekuningan sama seperti kedainya yang dah uzur sangat. Baliau bertanya kepada teman tentang penternakan ayam dan berapa tahap pendidikan teman. Bila diceritakan (setelah ditanya berkali2) beliau berkata dengan nada hampa.. sedikit juga pendapatan walaupun kita dah masuk U kan? yelah tak sampai 3k pun sebulan. Dia kata 3k sebulan bukannya banyak, sedikit sahaja.. senang2 boleh habis.. Kemudian beliau bercerita tentang anak perempuannya yg masih menuntut di U luar negara dalam jurusan perundangan. Semua perbelanjaan yang diperlukan adalah tanggungan sendiri beliau yang mengusahakan kedai usang tersebut.

Beliau sempat berungut tentang nasib anaknya kelak, Adakah dengan belajar yang menelan belanja setinggi tersebut akan membuahkan hasil kelak? adakah berbaloi dengan pendapatan dibawah 3k? atau berpuas hati kalau gaji yang diperolehi melebihi 5 k? Persoalan yang membuat teman termenung sekejap. Teman yakin ketika dahulu ketika teman masih bekerja makan gaji, gaji yang diperolehi sebagai manager Maxis dan pizza hut langsung tak mengambarkan jawatan tersebut. Sungguh sedikit.. Hanya kerja yang setanding dengan nama jawatan tersebut tetapi gaji langsung jauh panggang dari api.

So kemana agaknya arah tuju kita.? kalau didengar laungan2 kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai negara berpendapatan tinggi, teman amat setuju dengan perkara tersebut. tetapi kalau ianya benar berlaku atau segala usaha dilakukan, soalan teman kepada rakyat Malaysia.. Adakah anda telah bersedia? Kenapa teman tanya adalah kerana untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, Nilai pasaran serta kewangan negara juga perlu tinggi. Ini bermakna semua baranagn harian serta nilai mata wang akan tinggi. Anda mungkin akan membeli barangan harian dengan niali 3-4 kali ganda denagn harga sekarang.

Sebagai contoh: di USA seorang kerani mendapat gaji antara USD 1200 sehingga USD 1500. Jumlah ini pada dasarnya sangat tinggi kalau nak dibanding dengan negara kita antara RM 800 sehingga RM 1200. Kalau nilai ini ditukar dengan nilai USD, teman rasa adlah disekitar 3-4 ribu sebulan dalam duit kita. Nampak seperti mewah kerani disana, Kalu pengurus pula lagilah tinggi gajinya. Tetapi, kalau kita perhatikan pula harga barangan serta subsidi yang tawarkan disana.. boleh tercekit kita sendiri dengan air liur. Minyak juga mahal dan sewa rumah dikira mengikut minggu. Kadang kala sewa bilik sahaja dah seperuh dari gaji mereka. Mereka akan merasa duit mereka besar apabila keluar dari negara dan berbelanja ke negara dunia ketiga.

Begitu juga kalau kita dengar mengenai gaji seorang guru di Indonesia. Seorang guru hanya mendapat gaji antara 120 sehingga 180 sahaja sebulan kalau dikira dalam duit kita. Kalau guna USD lagilah kan.. So itulah kekuatan ekonomi yang cuba digarapkan. Cuma teman tertanya2.. macam mana kita nak tingatkan pendapatan seisii keluarga kita? dengan berniaga? dengan melakukan kerja 2 kali ganda dari sekarang? atau meningkatkan mutu pencapaian akedemik agak kelayakan tangga gaji dapat dipertingkatkan?

Semua persoalan ini anda sendiri yang perlu pikirkan. Sekiranya anda kreatif dan sangat teruja untuk mencapai kejayaan nada sendiri akan menjumpai jawapannya. Yang penting jgn terlibat dengan dengan perkara yang berbentuk skim cepat kaya. Carilah sumber yang boleh dipercayai dan kurang risiko. Mungkin dengan melakukan perniagaan kecil2an atau mula bercucuk tanam kita dapat menambah pendapatan seisi keluarga. Ataupun anda berhijrah dari mendari makan dengan makan gaji dan kemudiannya menjadi peraih atau peniaga. Buka minda dari menjadi peniaga nasi lemak atau goreng pisang. Buka lagi sehingga semua perniagaan didepan mata. Bukan modal menjadi soal utama tetapi lebih kepada daya usaha kita disamping daya pemikiran kreatif untuk menjana pendapatan.

Terbuka satu cerita mengenai sahabat teman yang sebelum ini bekerja sebagai Mat despecth. Dulu dia buat dua kerja termasuk menjadi penghantar makanan segera pada waktu malam. Pendapatn bulanan jika dicampur kedua2nya sekali tak sampaipun RM1500. Tah macam mana sekali tu teman bercerita tentang perniagaan burger di satu simpang di kawasan perumahan yang baru nak naik. Terus dia bersemangat dan mula mencari barangan second hanb berupa pan dan payung. Sama lah kami bertukang stall yang koboi dan mula berniaga dalam beberapa hari selepas itu. Pada mulanya jualan tak lah seberapa sangat. cukup untuk beli barang balik dan ais untuk cold box. Minggu petama sekadar menjadi port lepak 2-3 kawan pada waktu malam sebelum mata masing2 mengantuk dan tutup kedai. Kemudian kami menukar lokasi ke simpang satu lagi dimana banyak bas turun.

Alhamdulilah setelah masuk bulan kedua, dapat juga kawan teman nie menjual kadang2 sehingga 4 papan. Kemudian beliau mula seronok dan dah nak buat serius dengan perniagaan burger beliau. tetapi teman nasihatkan supaya jgn berhenti kerja kalau setakat nak jual burger.. benda ini ada turun naiknya. Apa yang teman sarankan adalah menjadi peraih dikawasan kampung tersebut untuk dijual semula. Berat hari kawan teman ini nak mulakan. Macam2 dalih diberikan termasuk takde kenderaan sesuai dan sebagainya. benda yang paling besar adalah mengenai kepenatan untuk melakukan kerja sedemikian. Namun dengan kereta kancilnya dia buat jugak. Maka pisang, bunga kantan, ubi, daun pisang, dan macam2 lagi dimuatkan dan kemudian dihantar kepasar atau ke adik iparnya yang kebetulan menjadi oenjual sayuran di pasar. Kadang kala itik dan ayam juga diangkut.

Bila dah seronok, terus dia berhenti kerja dan melakukan 2 perniagaan. Kini beliau dah mampu untuk membeli satu lori selepas 5 tahun memulakan perniagaan. Burger masih dijual sbb katanya di stall tersebut tempat port beliau merehatkan diri disamping bersembang dengan kawan2. Lama dah tak singgah ke gerai beger beliau. nanti ada kesempatan teman akan ambil gambar dan menunjukkan wajah beliau yang cekal berniaga demi meningkatkan pendapatan seisi keluarga.... Sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram