Pages

Jauhi sifat riak..

Salam,

Sering kali teman menasihatkan diri sendiri mengenai sifat riak. Baru2 ini di TV disiarkan dalam rancangan tanyalah Ustaz mengenai sifat riak. Sungguh menyentuh hati dengan syarahan dan jawapan ustaz tersebut mengenai sifat riak. Sangat dekat sekali kita dengan sifat munafik sekiranya kita riak. Dalam syarahannya mengatakan terdapat 2 jenis riak riak terang-terangan iaitu yang paling tepat sidatnya dengan orang kafir iaitu membuat kebaikan bukan kerana tuhan tetapi kerana untuk mendapat pujuan dan sebagainya.Yang kedua adalah riak yang hanya dilakukan bila ada orang disekeliling iaitu untuk menunjuk2. Yang kedua ini sering berlaku tanpa kita sedari.

Sebenarnya perkara yang paling teman takutlah adalah berasa riak tanpa teman sedari atau terdorong dengan pujian yang rakan2 berikan. Teman takut sebenarnya apa yang teman niatkan untuk mengajar dalam blog ini menimbulkan perasaan riak yang akhirnya tiada langsung mendapat ganjaran dari tuhan. Sungguh menyedihkan denagn niat kita apda mulanya hanya untuk menyebarkan ilmu akhirnya menjadi satu benda yang haram kerana telah timbul rasa riak iaitu kononnya akulah yang paling hebat dan sebagainya. Takut betul dengan perkara ini berlaku.

Sepanjang teman menulis blog, ada yang mengutuk dan ada yang memuji. Bila ada yang mengutuk, kekadang mengikut darah muda teman ni, teman akan melenting dan naik marah. Cuma tak lah sampau menulis serampah atau makian dalam blog ini, Masih lagi ingat untuk lebih rasional dalam blog kerana apa yang kita tulis mencerminkan diri kita sendiri. Kalau ada yang memuji mungkin teman akan tersenyum dalam hati. Itulah lumrah manusia. tanpa teman sedari sekiranya penyakit hari ini tidak dikesan dengan awal, teman akan terus hanyut dengan dunia berlagak dan sombong kerana berpikir temanlah yang paling hebat atau sepertinya.

Namun, teman sedar yang ilmu yang teman ada ini langsung teman tak boleh nak banggakan kerana terlalu cetek berbanding mereka yang berada diluar sana. Kadang kala teguran dari mereka yang lebih Senior juga perlu bagi menyedarkan teman sekiranya teman terover sedikit, Teman juga orang biasa yang tak terlepas dari melkukan kesalahan. Cuma teman harap yang mereka yang diluar sana jgn sesekali meninggikan diri dan berlaku riak kepada mereka yang baru nak belajar sekiranya anda telah lama menternak. Atau pun anda memilih untuk tidak memberi muka atau ilmu kepada mereka yang memerlukan kerana status seseorang itu. Sikap menyombongkan diri atau terasa riak bila ada orang meminta tolong mungkin akan memakan diri kita sendiri kelak.

Apa yang teman tuliskan bukan untuk memandai2 memberi nasihat tetapi lebih kepada peringatan kepada diri teman sendiri kerana orang yang pertama membaca tulisan ini sendiri. Sikap terlalu riak ini kadangkala akan memakan diri dan kadangkala tanpa disedari menyakitkan hati orang sekeliling. Sebagai contoh, sekiranya kita menulis atau mengajar sesuatu mengenai penternakan semata untuk dipuji, maka riaklah yang melekat pada diri kita. Bila sering dipuji kita menjadi senang dan bangga dengan nama kita yang sering naik, tetapi bila dikritik kita marah dan mengatakan ornag tersebut sengaja nak menjatuhkan kita. Pikir2kan lah..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram