Pages

Sayangi ternakan anda, Insyallah semuanya akan baik.

Salam, 
Saje je kali ini teman nak bercerita tentang perasaan kasih sayang terhadap ternakan yang kita bela. Ini merupakan sifat yang paling penting kalau kita terlibat dengan benda yang hidup. bukannya kita nak mengucapkan "i love u" kat ternakan kita seharian tetapi lebih kepada tindakan atau perhatian yang kita berikan kepada ternakan. 

Biasanya yang dah lama menternak, mereka ada hubungan istemewa dengan ternakan mereka. Kita akan perhatikan yang seseorang penternak akan mempunyai ternakan istimewa yang sangat diberi perhatian. Kalau kita menyayangi ternakan, kita akan pastikan ternakan tersebut selesa, sihat, senang denagn rumahnya dan mendapat perhatian yang secukupnya. 

Kalau kita kurang kasih sayang atau melihat ternakan sebagai sumber kewangan semata2, kita biasanya akan terdorong kepada mengandakan duit atau membuat sesuatu yang lebih menguntungkan. Maka kita akan mengabai keperluan ternakan dan seboleh menjimat kan sesuatu yang tak sepatutnya. Perkara ini akan membawa kepada kegagalan yang hakiki. 

Semasa teman mula menternak dahulu, perasaan sayang sangat meluap2 sehinggakan tak sanggup menjual ternakan kerana taknak berpisah. Teman juga merasakan yang teman dah mula kenal setiap ekor ayam dan sebolehnya nak terus menjaga mereka sebagai pet yang disayangi. Namun dengan tanda nama yang dipasang sebagai peniaga, mesti ada barangan dagangan untuk dijual. Oleh itu teman mula mengurangkan kasih sayang dan hanya menggagap yang ternak ini adalah untuk dijual. Perasaan sayang tersebut adalah bagi memastikan ternakan teman selesa dan membesar dengan baik didalam reban. 

Kita biasa melihat mereka yang menternak tetapi terdorong kepada RM sahaja. Kita akan lihat reban yang dibina sangat kecil dan kotor. Reban tidak terurus dan najis berkerak dibawah reban. Ayam tak terjaga dan diberi pelbagai ubat penggalak untuk meningkatkan hasil telur dan daging. Bila ada ayam yang sakit , ayam tersebut tidak diubati tetapi dijual dengan harga yang sama dengan niat untuk menipu. Anak ayam kurang diberi perhatian dan kadangkala sengaja membiarkan begitu sahaja dan apabila pelanggan membeli, anak ayam tersebut mudah mati. Begitu juga kita lihat dengan pengurusan reban dimana kerja pengurusan diserahkan bulat2 kepada pekerja yang langsung tiada minat untuk bekerja bersungguh, cukup bulan dapat gaji. 

Kalau kita perhatikan juga, mereka yang dah otai atau dah banyak mengumpul wang hasil jualan ternakan ini, biasanya bukan baru menternak. Mereka sentisa sabar dan menyayangi ternakan mereka sama seperti mereka menyayangi keluarga. Jika ada ternakan yang sakit, mereka bersunggug2 mengubati dan memastikan ayam tersebut diberi perhatian yang lebih. Hari demi hari mereka balajar tentang perangai dan tabiat setiap ternakan mereka dan kadangkala kita perhatikan mereka sangat mengenai ternakan induk mereka seperti "kawan" lama. Kalau anda baru mula nak meneternak, jgn sesekali anda terlalu memikirkan keuntungan yang ingin dijana seperti satu skim cepatkaya. Jgn selalu memikirkan pengandaan bilangan ternakan dan anda akan emngaut keuntungan setiapkali anda menuai. Perkara ini kalau didahulukan dalam pemikiran anda, anda akan mudah putus asa sekiranya musibah berlaku. 

Sebagai penternak baru, perkara yang paling panting adalah untuk mengenai ternakan anda terlebih dahulu. Anda harus paham semua keperluan ternakan dan pastikan ternakan sentiasa dalam keadaan terbaik dan mendapat penjagaan yang rapi. Sekiranya anda mampu untuk melakukannya dan ternakan anda terus menerus membiak dengan baik, anda telah berjaya dan anda kini boleh meneruskan niat anda untuk menjadi penternak atau usahawan ternakan. Kemudian anda perlu mematuhi rutin kehidupan sebagai penternak. Seorang penternak biasanya tidak mempunyai masa lapang yang banyak. Ini kerana anda perlu sentiasa memantau perjalanan reban anda dan langsung tak boleh leka kerana itu semua akan mendatang musibah kepada anda. 

Sekiranya anda dah menternak sekarang, teman ada satu nasihat untuk anda. Anda perlu dari sekarang meyusun satu sistem untuk reban ada atau menyusun satu jadual perjalana reban. Sisitem ini bukannya sistem canggih yang mengunakan peralatan mahal. Sistem yang dimaksudkan adalah turutan kerja yang perlu dilakukan setiap hari direban. Ianya merangkumi masa untuk semua perkara seperti jadual permakanan, jadual pemberian ubat, jadual pembersihan najis, reban perpindahan ayam mengikut umur, jadual jualan, mencipta sistem dalam reban seperti lokasi memasak dan prapersedian sebelum memasak dan banyak lagi. Bila anda sendiri dah sedia dengan apa yang anda rancangkan,, anda kena mahir dan mendisplinkan diri mengikutinya kerana jika anda gagal, ternakan anda juga gagal. Perkara ini tidaklah serumit yang anda jangkakan kerana iaiya lebih kepada rutin hairian anda dan sekiranya anda dah terbiasa ianya nampak mudah kelak. 

Semua ini sangat penting kerana bila tiba masanya anda mengambil pekerja, anda sudah ada satu garis panduan bagaimana anda mahu reban ada diuruskan. ketika itu anda mudah untuk membuat satu panduan untuk memeriksa segala tugasan yang dilakukan oleh pekerja anda. Ini memudahkan pengurusan kerja serta pengagihan kerja dikalangan pekerja. Sekiranya anda berjaya, anda akan dapati sistem yang anda gunakan akan bekerja sendiri untuk anda dan pengurusan menjadi lebih mudah.. sekian.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram