Pages

Pengeraman bulan 5

Salam,

Apa khabar semua pengunjung blog teman?.. harap sihat selalu.. nie teman nak mintak maaf lama betul tak menulis.. tetiba terasa macam takde idea atau takde mood nak menulis pula minggu nie. Buka blog hari2 tapi jari jemari rase berat pula nak menulis.. agaknya dah sampai tahap takde apa nak tulis.hehehe..

Sebenarnya dalam minggu nie teman menerima kejutan besar2an apabila tempahan incubator masuk mencurah2... macam tak percaya.. tak tahu mana pula datangnya.. dan ada pula kes bekas plastik besar untuk saiz 160 biji kehabisan stock di kedai yang selalu teman beli.. dah mula tension semacam menunggu stock sampai.. bila dah ada stock balik.. nak masuk gear 2 dari gear satu pula malas... huhuhu...

Ada pesanan 8 biji dari peserta kelas teman dahulu di Muadzam Pahang.. tu dah mengejutkan teman.. dan serentak dalam 3 hari 7 lagi tempahan masuk dengan 2 dari Sarawak dan @ lagi dari Sabah.. sorang tu pelangan dari Sabah tetapi bunyi intonasi suaranya dari Kelantan hehehe.. pelik teman sekejap hehehe mungkin berhijrahkot... So teman terpingga sekarang sebab baru kejap tadi ada tempahan dari rakan kepada rakan yang pernah menggunakan incubator teman.. Dia pun nak cuba bila melihat jiran rumah dia dah berjaya menetaskan anak ayam dalam mesin tersebut. Tetapi teman nasihatkan bahawa incubator teman bukan kotak ajaib yang kalau kita masukkan telur je terus menetas semua.. banayk tugasannya serta perlukan displin.

Berbalik kepada penetasan bulan 5. Pelik tapi macam boleh dipercayai. Sepanjang teman menerima lawatan serta teman sendiri melawat reban kengakawan di kawasan banting atau yang berdekatan,, semua berungut yang bulan 5 banyak telur tak jadi. Dorang kata walaupun menggunakan ibu ayam atau mesin penetasan keputusannya tetap sama. Semuanya susah nak jadi. Ada seorang sahabat tu mengadu yang incubator buatan sendirinya yang selama ini tak pernah mengecewakannya (kotak kayu) dan ibu yang turut mengeram (dalam 11 ekor) langsung tak menetas. Yang incuabtor dimasukkan dekat 150 biji yang menetas hanya sebiji.. itupun cacat..

Ada pula pakcik yang mengadu tanaman bulan 5 semua tak berapa elok.. kalau tanam pisang, tandanya takde buah sangat.. kalau dragon fruit.. bunganya macam tak lekat dan gugur.. so tak jadi buah lah nanti.. Teman terpikir.. adalah ini satu kebetulan atau ada sesuatu yang berlaku? Denagn berita seranan sampar pula dibahagian selatan tanah air. Apa sebenarnya yang berlaku? Teman pun tak boleh nak simpulkan apa2 sbb tiada bukti sahih. Apa2pun, telur dalam incubator teman mengalami masalah yang sama bila teman katakan pada bulan 5 ayam teman mula bertelur kembali dan masih lagi aktif sehingga sekarang. Sehari teman bolehlah mengutip sehingga 30 biji dan mengumpulnya selama 4 hari sebelum memasukkanya.

Yang kelakarnya incubator teman dulu hanya ada satu sahaja sbb semuanya dah jual kepada pelanggan. Semua incubator teman yanbg telah teman pakai mendapat permintaan tinggi dari otai2 yag datang.. Tah kenapa dorang nak incubator yang dah teman pakai selama ini.. mungkin ianya dah terbukti berjaya menetaskan telur. So bila telur dah mula banyak sekarang terpaksa teman bertungkus lumus membuat incubator untuk diri sendiri. Kini dah ada 3 biji yang bersaiz 200 biji dah telahpun penuh.. telur ada lagi dalam 8 papan belun ditetaskan.. huhuhu.. Agaknya arini siapkot sebiji lagi ..

Setalah teman belek2 bacth pertama telur yang kurang menjadi dari bulan 5 aritu. teman dapati yang bila kita candling pada hari ke 5, 60 % telur mempunyai bekteria ring atau bulatan bekteria sama ada kecil atau besar. bagi yang belum kenal dengan bekteria ring nie.. rupanya kalau kita suluh seakan2 satu cincin bewarna merah didalam telur(biasanya jelas pada kulit telur). ada kalanya saiznya kecil sahaja seperti duit satu sen dan adakalanya merentangi separuh telur. Kalau kita pecahkan telur tersebut kita akan dapati satu jalur darah pada isi dalam telur tetapi bukannya pada kuning telur. Kalau telur yang berbenih, biasanya kita akan dapati wujud blood web atau sesawang darag. Atau lebih tepat lagi kita akan lihat satu dot hitam atau ketulan hitam sebesar kepala mancis yang mempunyai jaringan darah yang tersebar.. seolah2 mata kita kalau kena sakit mata. Itu tandanya benih dah mula membentuk embrio dalam telur. Kalua kita jumpa bulatan2 darah denagn betuk bulat tepat itu tandanya telur dah sijangkiti dengan bekteria. Kalau kita masukkan juga ada kemungkinan telur tersebut akan menjadi tembelang atau anak benih mati dipertenganhan pengeraman.

So teman harap bancth seterusnya akan ada lebih blod web dan bukannya blod ring bila teman candling nanti, So far semuanya menunjukkan tanda positif. sayanglah kalau telur yang kita kumpul tu tak menetas kan?..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram