Pages

Mungkin cara terbaik untuk anda menternak ayam kampung kacuk

Salam,

Teman nak cerita mengenai sahabat kita dalam penetrnakan ayam kampung kacuk ini. Teman baru kenal dan baru 2-3 kali melawat dan dilawati beliau. Selalu juga kami berbincang panjang mengenai penternakan serta bertukar pendapat serta idea mengenai ayam ini. Dirumah beliau terdapat pelbagai jenis ayam tetapi jumlahnya hanya  sepasang sejenis, Katanya hanya nak buat main. Tetapi dibelakang rumah ada reban kecil seluas setengah ekar tempat beliau menternak ayam kacuk.

Sahabat kita nie agak berjaya bagi teman dalam penternakan kerana kebijaksanaannya dalam mentakbir perniagaan. Walaupun beliau masih bekerja tetapi beliau masih mampu menjana pendapatan tambahan dengan menternak ayam kacuk. Walaupun mengharapkan pembantu warga asing(bangla) tetapi kehebatan pengurusan serta cara mendekati perniagaan ini cukup mengkagumkan. Berikut adalah beberapa tips dari beliau yang teman nak kongsikan bersama.

Kata beliau, pada mula nak menternak ayam ini, dia hanya membela dalam 200 ekor ayam sahaja. dan kemudian disebabkan selalu mengikut nasihat teman(cewah puji diri sendiri nampak hehe) dia tak berani nak buat besar terus dengan mengeluarkan sejumlah duit dari akaun simpanan. Dia tetap meneruskan menternak sbb bacth yang pertama gagal sbb last sekali tinggal 6 ekor sahaja, Itupun hidup segan mati tak mahu.

Dan kemudian untuk bacth kedua jumlah yang sama dimasukkan tanpa sebarang perubahan pada reban atau setting. Yang berubah adalah hal pengurusan seperti pembersihan reban yang kerap, penukaran alas reban, pemakann tambahan serta makanan tambahan lain, penggunaan ubat dan vaksin(ni dia cuba2 je) pastu lebih kerap berada direban untuk study pasal ayam. Alhamdulilah kali ini menjadi semua, hanya 4 ekor sahaja yang mati pada usia 4 minggu. Kemudian dia menghadapi kesukaran dalam menjual ayam walaupun duduk bertenggung depan pasar menjual ayam setiap hujung minggu. Kadang kala pekerja bangla dia juga buat promosi dikalangan rakan senegara untuk menjual ayam yang sedia ada.

Menyedari kesukaran nak menjual serta kekurangan beliau dalam berniaga ayam terutama untuk jumlah yang banyak, beliau memberhentikan jualan ayam dahulu untuk 2 bulan. Maksudnya membiarkan reban kosong dahulu sebelum menambah tahap kebersihan termasuk membina sistem peparitan dikeliling reban. Apa yang dilakukan oelh beliau adalah dengan mengajak si isteri menemani dia makan dimana2 rest. yang menyajikan ayam kampung sebagai juadah. Kamudian dengan perlahan2 beliau berkenalan dengan tokey kedia tersebut. Selepas dah yakin dengan ikatan yang dibuat dengan beberapa kedai ayam tersebut, beliau memberanikan diri untuk mengikat kontrak dengan tokey tersebut dengan perjanjian menjual ayam secara tetap mingguan. Harga ditawarkan murah sedikit dari pasaran sebagai bukti komitment beliau.

Beliau juga memberi duit deposit jaminan sekiranya beliau gagal membekalkan ayam duit tersebut akan hangus. Huh satu tindakan yang sangat berani bagi teman. Selepas mendapat perjanjian yang bermula hanya 2 bulan selepas itu, beliau terus menerus membekalkan ayam kepada pelanggannya dengan jumlah yang ditetapkan. Beliau hanya menambah 20% sahaja dari jumlah permintaan yang diperlukan. Ayam yang diternak dibahagikan kepada bacth mengikut 2 minggu sekali demi mengelakkan bekalan terputus atau terlebih tempoh membela ayam berikutan jumlah yang telah ditetapkan.

Namun adakalanya penternakannya tak menjadi dan beliau berusaha juga membeli ayam dipasar dan menjual semua kepada pelanggan dengan sedikit kerugian. Itu prinsip yang teman hormati. Dan bila berita dah tersebar, beliau mula mendapat tempahan rest. terdekat dan jumlah ternakan dah meningkat kepada 500 ekor seminggu. Bagi anda jumlah tersebut mungkin sedikit tetapi dengan jaminan pasaran serta pengurusan yang betul, teman yakin beliau telah berjaya dan kini dah berhenti terus kerja makan gaji. di ladangnya sekarang ada 2 pekerja dan beliau sendiri dah menjadi majikan. Namun beliau masih merahsiakan lokasi reban beliau kepada orang lain dan hanya keluarga serta teamn yang tahu. Katanya beliau belum bersedia untuk membuaka satu blog dan berkongsi dengan orang ramai. Katanya nanti kalau dah ramai tahu, makin banyak pelawat datang yang seterusnya meningkatkan peratusan pembawa penyakit kereban. Teman terpaksa menghormati pendirian beliau tetapi berterima kasih kerana sudi menjemput teman kerebannya.

p/s: reban asalnya hanya bekas garej kereta berkembar dan kini beliau dah membina bangsal yang mempunyai keluasan 10 biji kereta..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram