Pages

Cuba dulu baru tau..

Salam,

Kalau tuan2 semua perasan, tajuk2 post teman kadangkala agak terlalu umum atau tak dapat kita nak teka isinya. Kena baca dahulu baru tau hehehe.. itu agaknya corak penulisan teman selama ini. Kalau ada yang tak berkenan terpaksalah bersabar kerana dah sukar sekarang ini teman nak menukarkannya.

Bercerita pasal "cuba dulu baru tau." ini adalah kalau tuan semua pembaca setia, tuan mesti pernah terbaca
satu posting mengenai salah seorang pembeli incubator teman yang merungut apabila banya telurnya tak jadi. Pelbagai usaha telah teman beritahu dan banyak kali pemeriksanan dilakukan. Apabila teman dapati setiap kali pemeriksaan dilakukan, semua setting berada dalam dalam keadaan terbaik, teman syak yang masalah yang dihadapr adalah dari pihak pengguna itu sendiri. Ini kerana trouble shooting yang dilakukan kebanyakan ber
kisar kepada kekuatan benih dan pengendalian telur itu sendiri semasa ianya dieramkan.

Namun kini, pengguna tersebut mula berpuas hati apabila semuanya mula berjalan dengan lancar, Ini kerana tanggapan bahawa incubator sebagai kotak ajaib yang boleh menetaskan telur 100% tidak pernah wujud. Malah, dilaman web yang terkenal dari luar negarapun hanya mensasarkan peratusan menetas bagi incubator hanyalah sekitar 70% sahaja. Kalau anda dapat lebih maka anda bertuah dan beruntung. Intipati dari apa yang berlaku adalah dari segi pengalaman serta usaha kita dalam menggunakan incubator ini. Pengalaman adalah perkara yang paling penting. Untuk sekali guna dan anda gagal, teman rase anda kena teruskan lagi. Kalau tidak yakin, jgn terus memasukkan semua telur sekali gus. Buat percubaan dan telur yang ada dibiarkan ibunya mengeram.

Ibu ayam ini ada banyak kelebihannya dari segi mengeram. Ini kerana ayam adalah agen semulajadi yang akan meneruskan bakanya sendiri. Kita sebagai manusia yang mempunyai akal, akan cuba meningkat atau meniru proses tersebut agar pengeraman berada dalam kawalan manusia. Tiada incubator yang boleh melaan kekuatan dan keberkesanan ibu ayam kampung terutama yang bebas liar dalam proses mengeram. Cuma kalau selepas proses itulah yang merisaukan kita. Seringkali ibu ayam gagal membesarkan anaknya sehingga mencapai usia perpisahan. Ini kerana bilangan pemangsa serta gangguan lain yang menghalang. Untuk mengatasinya, sebab itulah kita beralih kepada incubator.

Ada juga sahabat kita yg mempunyai kepercayaan atau skillnya tersendiri. Beliau merupakan pengguna pertama incubator teman dan yang paling kerap bertandang kerumah dan reban. Boleh dikatakan macam dah kawan rapat. Satu cara atau skill yang tak boleh dia lupakan adalah dengan menggunakan ibu ayam sebagai pengeram untuk fasa pertama. Kalau diperhatikan reban beliau adalah reban secara bebas yang hanya memagar kawasan selamat untuk mengeram dan tidor sahaja. Satu pokok didalam kawasan berpagar tersebut sering dijadikan tempat ayam tidor. Selepas ibu mengeram dalam tempoh 10 hari, kaan kita ini akan memasukkan telur tersebut kedalam incubator dan menggantikan telur tadi dengan telur baru dibawah perut ibu tadi. Agak unik caranya. Tetapi kita akan dapati sedikit huru hara dalam reban terutama di kawasan khas untuk mengeram apabila si ibu kerap merebut tempat bertelur.

Apa yang kawan kita lakukan adalah dengan menempatkan puluhan bekas telur dan kedudukannya segaja tidak diatur rapi bagi memberi pilihan kepada siibu. Apabila siibu dah mula jemu atau lenguh badan (yelah.. mengeram berbulan2 tapi anaknya tak keluar2..) maka bekas tersebut akan diganti dengan ibu baru. Kelakar juga bila melihat siitik mengeramkan telur si belanda, sibelanda mengeramkan telur ayam dan ada satu bekas semuanya ada termasuk ayam belanda beliau hehehe. Apa2 pun reban beliau sentiasa aktif dalam pengeluaran anak ayam dan sehingga kini incubatornya sentiasa penuh walaupun ada 4-5 biji sekarang.

Apa yang teman nak sampaikan adalah, tak kiralah bagaimana kita melakukannya asalakan ianya bersesuaian dengan apa yang kita faham dan kehendaki. Janji hasilnya adalah terbaik dan mungkin anda akan mencipta cara baru dalam menetaskan lebih banyak baka baru ternakan anda.. So selamat mencuba.

ps.. teman punya incubator auto berkapasiti 300 biji (2 tingkat) menggunakan kotak plastik dah masuk fasa ke 3. Ini bermakna dah hampir 3 bulan teman meng"test"nya. Nampaknya hasilnya sangat bagus dan memberagsangkan. Kalau anda datang kerumah teman mungkin anda takkan melihatnya kerana teman menyimpannya dirumah orang seseorang teman sbb bagi mengelakkan teman gatal2 ubah setting yang teman dah buat.

Yang uniknya teman langsung tak menggunakan sebarang motor dalam incubator unik dan kalau dilihat cara ianya beropersi langsung tak sama dengan mana2 incubator yang pernah ada dipasaran negara kita. Saiznya kecil sahaja (cuma besar sikit dari saiz incubator 160 teman)dan ianya akan berpusing secara outo setiap 2 jam sekali.
Cuma masalahnya adlah dari segi rupa dan pertukangan iaitu masih kurang "hensem" sbb masih dalam kajian. Dan teman memikirkan cara nak menjadian settingnya kalis ralat pergerakan atau kalis tersalah pusing. sekiranya berjaya, teman juga perlu memikirkan tentang harga serta cara nak menjadikanya hak exskulif dari citypull. Maklumlah dunia penternakan kini kecil sangat, so kurang adillah kalau hasil kita bersusah payah mereka sesuatu yang begitu asli ditiru tanpa kebenaran. Orang lain yang penat mereka, orang lain pula yeng mendapat untung yetak?Kalau nak menjadi ornag yang hebat, keluarlah produk hasil usaha sendiri..

So teman harap akan ada satu lagi jenis incubator fully auto yanh akan mewarnai dunia perternakan kita. Ianya akan dikeluarkan sedikit masa lagi.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram