Pages

Awasi faktor yang akan menggagalkan anda..

Salam,

Alhamdulilah, telur yang dimasukkan kini dah kembali baik dan rumah dah mula meriah dengan anak ayam. Tetapi tak sempat "berkenalan" lama dengan anak ayam sbb semuanya dah ada yang booking. Cuma teman nak cerita tentang perkara2 yang boleh menggalkan kita sekiranya kita tak bersedia terlebih dahulu untuk menghadapinya. Semua ini teman cerita mengenai pengalaman teman. Antara perkara tersebut adalah:

1. Silap pengurusan: dimana anda berhenti bekerja semata2 kerana ghairah dengan hasil atau lawatan kereban orang lain. Melihat kelibat ayam yang banyak serta nampak macam best je kehidupan sebagai penternak, anda membuat keputusan untuk berhenti secara mengejut untuk beralih kerjaya. Kalau yang ada duit tu terus melaburkan dalam penternakan ayam ini. Kalau yang takde duit tu biasanya akan meminjam dari bank dengan pay slip gaji semasa bekerja dan berhenti serta merta selepas loan diluluskan. Namun apabila beliau dapati pendapatan segera yang diharap tak kunjung tiba kerana pembuatan reban dan nak mengset reban mengambil masa, mula masalah kewangan timbul. 

2. Salah membina reban, ada dua sama ada terlalu menghabiskan duit untuk membina reban yang salah atau terlalu berkira dalam membina reban sehingga reban yang dibina tak selamat. Kalau ini yang berlaku, ada kemungkinan anda tak dapat pulangan sebab reban anda tak dapat menampung kos atau ayam ternakan anda mati akibat penyakit. 

3. Salah memilih ternakan, ini boleh terjadi sekiranya anda gagal memasng strategi yang betul jenis ternakan yang sesuai. Kalau nak dapat pulangan yang cepat anda ternak ayam kacuk tetapi kalau anda kurang kekuatan dari segi marketing anda ternak ayam kampung asli. Namun kalau salah pilih dan anda gagal dalam penjualan atau pembesaran anak ayam maka anda akan kecundang,

4. Anda gagal untuk menyediakan makanan anda sendiri dan bergantung kepada dedak komersial sepenuhnya. Kos makanan anda membelengu anda kerana ianya kalau tidak dapat ditangani dengan baik akan merugikan anda semasa pengiraan pusingan modal kelak. 

5. Gagal memahami keperluan ayam mengikut peringkat umur termasuk dari segi perlindungan cuaca, makanan dan sebagainya. 

6. Gagal mendapatkan benih secara berterusan. Ini juga merupakan satu faktor kegagalan penternak kerana bekalan benih terhad. Ada yang bijak dengan meternak induk sendiri tetapi gagal menyempurnakan pengeraman kerana faktor yang anda sendiri tahi seperti pemakanan induk, kemahiran penggunaan incubator dan sebagainya. 

7. Displin anda yang lemah dimana anda gagal untuk memenuhi setiap keperluan tugasan sebagai penternak. Adakalanya anda leka dnegan urusan lain sehingga terabai reban anda dan yang paling kritikal adalah pengurusan amonia.

8. kegagalan anda mengubati penyakit akibat serangan sampar dan sebaginya. kekurang ilmu akan menyebabkan anda tak boleh bebuat apa2 bila diserang penyekit. 

9. Anda tak pernah mengambil sebarang pencegahan dari serangan cuaca setermapat dan masalah lojistik seperti bajir kilat dan sebagainya. Anda juga tak pernah terpikir untuk membuat longkang direban anda untuk sistem pengairan yang lebih baik. 

10. anda terlalu tak sub dengan ternakan anda dan tak mahu berkongsi dengan penternak lain idea atau kemahiran anda. akhirnya anda sendir tenggelam dengan keegoaan anda dan apabila dilanda musibah anda akan emnghadapinya seorang.

Dan ada banyak lagi masalah yang nbakal anda hadapai sepanjang anda menternak. Jika anda gagal menyerap serangan dan masalah ini anda akan kecundang. Teman bukanya suka melihat orang kita gagal dalam penternakan padahal itulah perkara yang paling menyedihakn teman., Kalau ada terdengar reban yang dah tutup atau gulung tikar, teman sangat bersimpati dan berharap tuan punya reban mampu bangkit semula kelak. Kalau kita melawat reban seseorang, bukan hasid denagn yang perlu dizahirkan tetapi kepada satu cabaran untuk diri kita menjadi lebih baik dari tuan punya reban. Itulah yang betul. Kalau ada melihat seseorang itu berjaya dalam penjualan incubator seperti EN bedin kita (medan usahawan) anda jangalah denagn dengan meniru incubator sedemikian dan menjual dengan harga yang murah. Sepatutnya untuk bersaing dalam perniagaan, anda reka sendiri incubator anda yang asli dari idea anda dan jual. Soal harga terpulang kepada anda kerana anda yang berniaga. 

Harapan teman, semua peniaga akan terus maju dan dapat memenuhi tuntutan ekonomi keluarga disamping menjadi ketua keluarga yang baik.. Amin.. sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram