Pages

Alhamdulilah produksi kembali semula

(dalam gamabr ini telur yg tak elok@ ada blood ring teman tandakan dengan marker warna merah utk mudahkan teman kenalpasti.. sbb teman tahu yang peratusan telur tak menetas tinggi)

Salam,

Bulan lepas( 5 ),ayam teman galak bertelur sampai sehari teman boleh kutip dekat 1 papan, iaitu lebih kurang 30 biji. Seronok masa tu pasal ayam dah lama cuti, kelang kabut jugak bila telur dah ada dekat 400 biji terkumpul. Tgk2 incubator yang ada tak cukup muat dah pasal telur yang ada melebihi kapasiti incubator.

Namun bila proses peyaringan dilakukan sebelum dimasukkan kedalam incuabor, teman dapati lebih dari 200 biji dah ada blood ring @ bekteria ring walaupun telur tersebut baru sahaja dikutip. Mulalah rase tak sedap hati sbb tak pernah alami perkara macam tu. Teman cuba juga untuk eramkan tetapi bila teman periksa pada hari ketujuh, keputusan menghampakan dengan 300 biji tak berbenih@tak berapa jelas "mata" dan dah kena jangkitan. Teman mulalah ragu2 ketika itu dengan pengurusan reban teman, Jenuh berpikir apa yang tak betul semasa teman ternak. Adakah sbb teman bagi makanan berkurangan? adakah sebab teman tak jaga kebersiahan? adakah sbb teman kurang bagi ubat? adakah sebab keracunan amonia?

Tetapi bila teman dapat tahu ramai yang menghadapi maslah yang sama, maka teman pun berasa lega dan mengharap semua ini akan berubah kelak. Teman terpikir juga apa akan berlaku kepada teman sekiranya perkara ini akan terus berlaku. Mungkin teman akan terpaksa ubah semua sistem kerana ianya menunjukkan kesilapan besar. Namun kutipan untuk bulan 6, teman dapati semuanya ada benih dan dalam keadaan baik, hati teman berasa gembira. Maksudnya iaiya bukan disebabkan incubator dan bukan juga disebabkan setting reban teman. dalam 80 biji yang ada semuanya menunjukkan tanda positif. Dan akhirnya 12 ekor pertama menetas dengan jayanya. Dari sini hanya 1 biji sahaja yg tak menetas. Wah, ini dah petanda baik.

Dan kemudian teman terus mengutip telur dan bagi teman ayam yang bertelur untuk musim ini baru mencecah 30% dari jumlah semua ibu ayam teman. Ini satu petanda yang baik kerana mungkin teman akan terus mengutip telur sehingga bulan 7 nanti. Jumlah telur belum lagi memuaskan kerana pusingan telur untuk seekor ayam belum lagi mencapai target yang teman harapkan. Hari ini telur yang dikutip sudah memenuhi 4 incubator, yang dalam gambar ini adalah incubator minggu lepas. Gambar terbaru belum sempat teman ambil kerana cable penyambung dengan camera hilang.

Malam tadi teman dah candling telur ayam dan proses perkembangan ayam nampaknya baik bagi semua telur. Harapan teman agar bulan 6 ini akan ada dalam 400 ekor ayam yang akan menetas. Kalau nak diikutkan jumlah RM yang akan diterima tak lah banyak sangat berbanding dengan usaha yang telah dijalankan. Namun untuk satu usaha permulaan, teman rasa ianya dah mencukupi. Untuk mengendalikan anak ayam sebanyak itu bukanlah tugas yang mudah. Kita perlu sentiasa memantau keadaan anak ayam dan memastikan semau keperluannya tercapai. Namun kalau tuan2 semua berhajat nak booking anak ayam, teman belum membuka lagi jualan kerana jumlah pembeli yang dah booking dah melebihi kuata yang ada. Kini jumlah tempahan sahaja mencecah 4000 ekor padahal ayam baru sahaja bertelur dalam 4-6 ratus biji. Bila lah nak memenuhi permintaan tersebut.

So kalau ada kelebihan nanti mungkin dalam bulan 8-9 teman akan iklankan dalam blog teman ini. Bukan apa teman taknak anda semua merasa hampa dengan mengharap anak ayam anda. nanti yang ditunggu2 tak kunjung tiba anda pula yang berasa benggang atau merasa yang teman menipu, maaf sekali lagi yek.

Sekian.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram