Pages

Ciri ciri reban untuk pembakaan

salam,

rasenya tak salah teman nak cerita tentang ciri2 yang perlu ada dalam sebuah reban yang dikhursuskan untuk menghasilkan baka. Mungkin bukan satu rahsia lagi kerana rata2 post teman sebelum ini banyak menceritakan bagaimana nak setting reban.

Untuk setting khas menghasilkan baka, seeloknya kita mengkengkang pergerakan ibu ayam supaya tenaga yang ayam ini perolehi dari makanan digunakan sepenuhnya untuk mengeluarkan telur. Ibu yang dibiarkan bebas tanpa kawalan akan menggunakan banyak tenaga untuk beraktiviti dan merayap. Akhirnya bilangan telur yang kita perolehi berkurangan serta kualitinya akan menurun. Ada yang membangkakng cara ini kerana kita menyekat sifat ayam kampung itu sendiri yang perlukan bergerak bebas dan merayap sekitar reban. Jika kita berazam untuk menhasilkan telur secara maksimum, kita perlu berkorban dan memerah sepenuhnya ayam ternakan kita dalam erti kata tanpa menyiksa ayam dan memastikan semua keperlaan ayam tersedia dan ayam hanya ditempatkan dikawasan sederhana besar. Tujuannya adalah memungkinkan kebarangkalian persenyawaan antara sijantan dengan betina dilakukan. Tanpa persenyawaan atau mating maka telur yang dikeluarkan sudah tidak bernilai dari segi penghasilan baka.

Apabila si ibu dan sijantan ditempatkan dalam satu tempat terkawal, peratusan telur yang dikeluarkan yang berbenih akan lebih tinggi, Satu lagi ciri ayam kampung melayu ini, adalah sikap mencari hariki untuk mengawal sibetina. Jika kita membiarkan baka kita berada dalam satu kelompok 30-50 ekor ibu dengan 5-6 ekor jantan kesulitan akan kita lihat didalam reban. Ini kerana dalam satu2 masa bukan semuanya ibu ayam kita dalam keadaaan sedia untuk mengawan. Bagi sibetina yang belum dalam fasa nak bertelur, biasanya akan melarikan diri dari dipanjat oleh sijantan. Maka akan berlakulah kejar mengejar dan pergaduhan antara ayam. Yang lagi parah apabila hanya beberapa ekor sahaja si ibu yang berada dalam berahi untuk mengawan. Apabila hanya sedikit sahaja yang si ibu untuk 'dipanjat' maka apabila sampai masanya sijantan memanjat, akan berlaku serangan dari sijantan lain yang akan cuba merampas tahta untuk mengawan, dengan proses ini yang kerap berlaku maka kesempurnaan proses itu terganggu.

makanan juga adalah perkara yang penting bagi seekor ibu, makanan yang mempunyai cukup zat akan meningkatkan kadar pengeluaran telur. makanan perlu diberi mengikut jadual serta kita perlu memberi makanan tambahan lain termasuk tumbuhan hijau. Ubatan seperti vitamin, antistress dan elektromisis juga perlu diberi dari masa ke semasa untuk menjamin kesihatan ibu dan pejantan ayam.

Reban yang kita bina khas untuk induk perlulah menghadap matahari terbit bagi membenarkan matahari pagi masuk kedalam reban dan mengeringkan lantai reban. Jika kita silap menghalakan reban kita, gejala lantai lembap dan berlecah akan terjadi. Dan bila bercampur pula dengan najis dari induk ini, bau serta penyakit mula menyerang. Kita yang selalu berada direban pun mungkin akan terganggu dengan bau yang meloyakan, inikan pula pendudk setempat yang sering terhidu bau ini dari aingin yang membawa haruman ini . So kalau masalah ini tak dapat anda atasi juga, gunakanlah apsir dibahagain berlecah dan pastikan tanag yang berada dalam reban ini sentiasa tebal dan lebih tinggi sedikit dari tanah luar reban. Kalau ada kemampuan anda perlu mencerunkan sedikit tanah dalam reban anda supaya aliran air dapat keluar apabila hujan. Paling tidak anda bina longkang kecil didalam reban supaya tiada air dapat bertakung.

Antara keperluan lain yang diperlukan adalah bekas telur yang sesuai bilanganya berbanding jumlah ibu yang ada. jika jumlah terlalu sedikit, kekecohan akan berlaku dan kesesekan yang tidak diingini tak dapat dielakkan. Kesesakkan ini biasanya disumbang oleh si ibu yang telah diambil telurnya tetapi masih juga mahu meneruskan aktiviti mengeram. Kita tak boleh salahkan si ibu berkutan nalurinya mengatakan dia perlu mengeram selepas bertelur. So selagi tak keluar anak dari telur maya dalam fikiranya, maka selagi itu dia perlu mengeram. Bila semua kotak telur telah penuh dengan si ibu gile mengaram, siibu yang sedang bertelr akan terganggu dan gejala ini kekadang akan menurunkan peratusan telur yang dikeluarkan, ini tak termasuk telur yang pecah semasa perebutan berlaku.

Namun ada beberapa teknik penting yang perlu digunakan bagi memastikan kejayaan sesebuah reban itu menghasilkan telur yang berkualiti untuk dieramkan menggunakan incubator. Hanya incubator mampu menampung sejumlah telur yang dihasilkan dan mengalakkan ibu ayam untuk bertelur lagi. Jika anda mahu mengunakan teknik tradisioanal, pastikan anda hanya memisahkan ibu dan anaknya selepas usia 1 bulan, sekiranya terlalu awal, teman kuatir si anak ini tidak dapat hidup lama dek kerinduan kepada siibunya.

Rasenya dah banyak teman membebel malam nie, dan teman yakin banyak sekali kesalahan ejaan yang teman buat.. penat sebenarnya nak menaip ini, nak mereka ayat dan nak menaip tambahan kalau mereka yang menaip macam burung belatuk.. satu2 hurup ditekannya.. kalau tak percaya cuba salin balik post teman ini dengan menaip.. menti anda akan merasa penat tangan dan penat otak hehehehe.. namun teman harap otai2 diluar sana luangkan lama untuk berkongsi pengalaman dan membantu mereka yang betul2 memerlukan bantuan dari anda. Jgn simpan ilmu yang dimiliki untuk keuntungan perniagaan kononya, ilmu itu datangnya dari tuhan dan kita sekadar meminjamnya.. sampai masanya kita perlu memulangkanya kembali.. jadikanya satu sedekah jariah yang akan terus dihitung selagi penerima ilmu masih mengamalkanya..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram