Pages

Visi 2010

Salam,

Datangnya tahun barunya semacam ada satu tiupan baru dalam hidup teman. Dalam seminggu sebelm tahun baru teman mendapat khabar gembira dari pihak bank berikutan pinjaman dan diluluskan. Dan serentak dengan itu teman menerima satu peluang dan pelawaan dari sahabat baik teman dan juga rakan sekolah teman di MRSM dahulu. Rakan sama2 berkawad serta menjawab spm tahun 96. Dengan sejumlah wang diterima sekarang, tiba2 ketiak itu line internet teman diputuskan. Dan ketika itu jugalah teman diberi peluang untuk termenung direban sambil merancang perancangan perniagaan teman. Pikir punya pikir akhirnya teman memutuskan untuk menggunakan sepenuhnya ilmu yang teman ada sekarang untuk membina sebuat reban khusus untuk mengeluarkan anak ayam kampung asli disamping beberapa ayam lain untuk memenuhi permintaan sahabat teman yang lain.

Kalau diperhatikan, makin hari makin ramai mereka yang berminat dalam penternakan ini. Kalau teman nak kita jumlah pengujung dicampur dengan mereka yang menghubungi teman melalui talipon, teman rasa mereka yang bakal berkecimpung dalam ternakan ini mencecah 500 orang. Dan semuanya termasuk teman tak tahu mana nak carik benih anak ayam ini. Yelah masing2 skang dah ada simpanan dalam 10 ribu keatas untuk dilaburkan dalam penternakan ini. Namun reban dah siap makanan dah stanby, anak benih pulak yang takde.. pening dibuatnya kehulu kehilir mencari benih. Nak harapkan ladang besar menentaskan ayam ini nampak mustahil kerana keuntunganya kurang dari ayam jenis lain. So teman rase dah sampai masanya untuk teman melakukan satu lagi usaha bagi memastikan usaha anda menjadi kenyataan..

Jangkaan teman, teman mampu mengeluarkan 4000 ekor anak ayam dalam pertengahan bulan 2. Dan harapan teman juga anda mampu merealisasikan impian anda membuka reban yang diidamkan.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram