Pages

Skala dalam penternakan

Salam,

Sebelum ini Mr Kamal ada mempersoalkan penggunaan makanan lebihan restauran untuk makanan ternakan ayam serta makanan tambahan lain yang dikira tidak sesuai untuk penternakan skala besar atau skala komersial. Sebelum teman menjelaskan sebab munasabab serta perihal tentang ini, teman faham yang Mr kamal hanya meminta pendapat serta tidak bermaksud untuk memperlekehkan usaha yang teman dan mungkin beberapa lagi penternak lakukan.

Untuk tujuan rujukan, skala dalam penternakan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu kecil, sederhana dan skala mega. Penerangan bilangan ini agak mengejutkan berikutan kepada saiz pasaran serta faktor ayam itu sendiri yang telah menjadi makanan paling popular diMalaysia setakat ini.

Skala mega: ayam yang dikeluarkan untuk jualan dalam sebulan mencecah 250 ribu ekor dan kawasan ternakan biasanya merangkumi 5 ekar dan lebih. Ayam diternak dalam kawasan yang terkawal lengkap dengan sistem kawalan yang canggih dan terkini. reban biasanya menggunakan alatan canggih serta mendapat atau menggunakan tenaga mahir dalam memastikan kesihatan ayam mereka. Kadangkala kita akan dengan ada pakar kesihatan haiwan yang akan mengikat janji dengan ladang ini untuk memantau perjalanan penternakan didalam reban. Biasanya pekerja yang diperlukan diladang melebihi 50 orang termasuk dari segi pengurusan pejabat dan ladang. Modal untuk menternak juga sangat besar serta pulangan yang diperolehi mampu menjana pendapatan syarikat. Makanan yang digunakan dihantar melalaui pengangkutan traler dan memerlukan gudang untuk menyimpannya.

Skala sederhana: biasanya meliputi pengeluaran ayam tidak melebihi 50ribu ekor ayam dan diternak dikawasan sederhana. Biasanya mereka yang menternak menjual ayam mereka kepada penternak besar atau menjual hanya untuk kawasan setempat. Ayam akan dihantar ketempat peyembelihan serta diproses sebelum dijual. Kebanyak mereka hanya menjual ayam kepada pemborong dan tugasan pemborong adalah untuk memproses ayam sebelu dijual. Makanan yang digunakan ada yang dimask serta ada juga yang menggunakan dedak komersial. Ayam biasanya ditempatkan dalam dalam beberapa bangsal yang bermuatan 50 ribu untuk satu2 masa. Ayam dikeluarkan secara beperingkat dan hanya memerlukan beberapa pekerja untuk menguruskanya.

Skala Kecil: Melibatkan penternak ayam kampung dan sedikit ayam daging. Kebanyakan perniagaan dijalankan dipendalaman dimana lokasi tersebut tidak mendapat liputan penghantaran dari kilang atau pemborong besar untuk membekalkan daging. Biasanya mereka memasak makanan sendiri dan hanya melibatkan kawasan tidak melebihi satu ekar. Ayam dijual secara beperingkat dan hanya dijual kepada pasar berdekatan dalam lingkungan 20 KM sahaja. Jumlah ternakan tidak melebihi 10 ribu dalam satu2 masa. Reban yang digunakan biasanya rendah teknologi dan kekdang tidak mencapai standard penternakan yang sepatutnya. Dengan modal yang tidak mencukupi biasanya pekerja yang yang diperlukan tidal melebihi 10 orang dan biasanya kurang terurus. Tiada pemantauan dari mereka yang mahir dalam perubatan serta biasanya perangacangan penjualan agak lemah. Ayam yang diternak kurang terurus dan peningkatan jumlah hauwan ternakan bergantung kepada musim serta permintaan setempat. Ia juga terlalu bergantung kepada modal pusingan pengusaha.

So dimanakah kita nie sebagai penternak ayam kampung atau khasnya penternak ayam asli?. Berapakh bilangan ayam yang mampu kita keluarkan dalam masa sebulan? 1000? 100? atau 10 ekor? untuk mengeluarkan 500 ekor ayam sekalipun, kita perlu ada sekurangnya 3000-4000 ekor ayam dalam reban. Ini bagi memastikan jumlah ayam dapat dikeluarkan berterusan setiap bulan. Kalau hanya mampu mengeluarkan 500 ekor dalam masa 3-6 bulan maka kita tak boleh nak gelarkan diri sebagai pengusaha pun. Kita hanya layak digelar penternak belakang rumah yang sekadar menternak sebagai hobi. sedangkan dalam tak sedar dah dekat RM 10k kita dah keluarkan untuk membina reban serta kos operasi.

So begitulah sebenarnya besar peniagaan ungas ini terutama ayam. so kalau kita ini menternak dalam skala Mikro yang melibatkan ternakan tak melebihi 300 ekor skali pun, kita sentiasa dikongkongi dengan kekurang modal serta teknologi. Dengan modal kecil serta keuntungan yang takseberapa, ditambah pula dengan aktiviti memberhentikan diri dari kerja bergaji tetap untuk menternak, bagaimana kita mahu survive dengan keperluan hidup. dengan jualan setiap bulan atau 2 bulan sekali yang tidak mencecah 5 ribu, perbelanjaan saraan diri sahaja sdah berjaya mengkikis duit jualan itu sehingga tinggal suku, So bila nak mula balik pelbagai masalah yang akan dihadapi. Dengan modal balik yang seciput bilangan ternakan terpaksa dikurangkan dan berterusan sehingga reban tinggal reban.

So apa yang perlu kita lakukan kalau nak terjun dalam bidang ini? kalau niat kita nak menjana pendapatan dari ternakan ayam kampung, kita perlu memastikan semua aspek dalam penternakan kit aperlu dijimatkan. Dari segi pembinaan reban kos yang perlu diperuntukan tidak melebihi 30 % dari jumlah keseluruhan modal yang dikeluarkan. Dari segi makanan pula kita perlu pastikan ianya tak melabihi 30% dari jumlah harga jualan setiap kilo ternakan kita. Maksudnya kalau jualan ternakan kita barharga 10 ringgit jumlah yang diperuntukan dalam permakanan adalah hanya RM 3 ringgit sahaja, So kalau kita gagal mencapainya, kita perlu memikirkan cara mengurangkan kos makanan. Dalam perniagaan penternakkan, jumlah kos makanan 30% tersebut perlu dicapai melaikan jumlah ternakan yang diternak melebihi 10 ribu ekor setiap bulan. Pada ketika itu kita mula mengambil kentungan atas jumlah ternakan yang banyak. Begitulah penternak mega lakukan untuk mengaal harga mereka bagi memastikan julana mereka berdaya saing serta terus hidup dalam perniagaan kita.

Merungkai pula pembinaan reban, peratusan keluaran modal yang tak melebihi 30 peratus ini penting bagi memastikan ROI atau return of Investiment dapat diperolehi secepat mungkin. Tiada gunanya kita memperuntukkan jumlah yang besar dalam membina reban sekiraya kejayaan dan pemasaran yang stabil dapat diperolehi.

Oleh itu sekiranya anda memperuntukan RM 10 k untuk menternak unggas, pastikan anda hanya menggunakan RM 6 ribu sahaja untuk segala keperluan anda termasuk makanan serta benih dalam tempoh masa. Simpanan baki RM 4 ribu perlu diadakan sentiasa untuk kecemasan serta kekuatan aliran tunai cair dalam perniagaan kita. Dengan RM 6 k tadi kita menjalankan perniagaan dengan jumlah ayam yang berpatutan dengan budget. Setelah pendapatn hasil jualan pertama diperolehi, kita perlu membuat budget untuk meningkatkan sejumlah 30% dari jumlah ternakan yang ada dan anda hanya mengambil sebilangan kecil sahaja dari keuntungan. Yng selebihinya anda perlu memasukkan dengan jumlah wang aliran tunai yang ada tadi.

Anda teruskan sehingga anda mendapat balik sejumlah RM 10k yang anda laburkan dari hasil keuntungan anda tadi. Setalah anda capai barulah anda boleh mengandakan perniagaan anda untuk musim yang seterusnya. Itulah cara yang digunakan oleh mereka yang telah berjaya dalam perniagaan. Bukannya melabur terus Rm 10 sehingga habis dan apabila berlaku kematian ternakan akibat bencana alam atau penyakit, kita tiada modal pusingan untuk memulakan balik.. akhirnya yang tinggal adalah reban yang makin condong atau hutang yang mula berkembang bunganya.. inilah hakikatnya yg terjadi kepada sadara kita akibat skim skim dan pertenakan yang tak tahu hujung pangkalnya.. ataupun melakukan penternakan yang tak masuk dek akal seperti benda dalam tanah atau benda yang menghisap darah tu..

so sama2 renungkanlah bebelan dari citypull ini..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram