Pages

Rancangan kami tahun ini

Salam,

Seperti yang dirancangkan bahawa tahun 2009 adalah untuk mengkaji sedalam yang mampu dalam mengetahui cara menternak ayam kampung ini dengan betul. Dan tahun 2010 adalah percubaan untuk menjalankan perniagaan yang dirancangkan.

Jika tahun 2009 banyak masalah dirasai dan Alhamdulilah hampir semua dapat diatasi. Dan tahun ini cabaran yang lebih besar akan menanti pula. Pada peringkat awal, kami merancang untuk menternak ayam kampung ini untuk keluaran daging, Dengan membina satu kawsan reban yang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu reban pengeluaran benih dan reban pedaging.

Reban penbenihan memperuntukan 200 induk betina untuk mengeluarkan 500 ekor anak ayam setiap bulan dan diternak direban kedua yang direka untuk mengeluarkan 500 ekor ayam sedia jual setiap bulan. Dalm perkiraan kami, dalam satu2 masa jumlah ayam yang berada didalm reban kami (termasuk yg masih kecil) adalah dalam lingkungan:

baka: 250 ekor
anak dalam peringkat pembesaran : (500x6 bulan):3000 ekor
anak untuk pemilihan induk : (50x6 bulan ) : 300 ekor
jumlah : 3500 ekor..
Kos setup reban dan ternakan adalah RM 15k sahaja.. (ngam2 loan)


namun bila perbincangan dengan rakan taulan serta melihat trend permintaan anak ayam masa kini, kami memutuskan untuk menukar dahulu perniagaan kami kepada pusat pengeluaran anak ayam kampung asli. Namun setelah dikira dan dicatat kami dapati jumlah modal yang diperlukan lebih besar berikutan sistem yang kami pilih memerlukan kos yang lebih tinggi,

Pada mulanya kami mencadangkan untuk menggunakan konsep lepas bebas dalam kawasan berpagar seluas 1/2 ekar dimana induk hanya perlu masuk kereban (kawasan tengah) untuk tidur sahaja. Pada siang hari induk bebas keluar menjalankan aktiviti harian termasuk memilih pasangan sendiri. Dari pengalaman setahun menggunakan konsep ini banyak masalah yang diperolehi seperti perebutan betina, pergolakan, sebarang penyakit, pengawanan induk yang tidak stabil serta masalah kawalan mutu telur serta kebersihan reban.

Oleh itu atas nasihat pakar serta bacaan sebelum ini, kami memilih untuk melakukan pembenihan terkawal dan terpilih dimana kami menempatkan ibu ayam dalam kawasan reban kecil yang hanya cukup muat untuk 11 ekor induk sahaja. kos ynag terlibat adalah pembinaa reban yang banyak dan penggunaan kayu untuknya.. Namun untuk jangka masa panjang, kualiti serta kawalan induk lebih baik disamping dapat menjimatkan penggunaan pekerja. Untuk menggunakan kaedah battery cage pula kurang sesuai untuk ayam kampung berikutan induk asal yang dikumpul biasanya dari jenis free range disekeliling rumah. Percubaan sebelum ini untuk menempatkan 10 ekor ibu didalam bekas yang 3 kali lebih besar dair battery cage memberi pelbagai masalah ynag langsung tak dijangkakan. penggunaan vutamin, anti stress serta ubat elektromisis diperlukan lebih banyak serta ayam kurang bertelur akibat di"penjarakan" sepanjang hari.

Oleh itu kami membina reban berbentuk "A" yang mengurangkan penggunaan kayu serta bumbung. Antara kelebihan lain adalah keboleh ubahan dimasa depan membolehkan kami meminda reban sekiranya diarahkan berpindah kelak. Pada asalnya konsep reban ini lebih dikenali sebagai "chicken Tractor" dimana reban ini dipasang dengan roda supaya boleh dipindahkan kepada rumput lain sekiranya rumput ditapaknya sudah gondol..

namun apabila kami menggunakan konsep bawa rumput masuk kedalam dek kerana kawasan ragut yang terhad, kami membinanya tanpa roda. konsep cukup mudah dan hanya memerlukan sedikit sahaja pekerja untuk membinanya tanpa perlu stuktur pertukangan yang kukuh.

Rancangan kami agak pada pertengahan bulan 2 atau awal bulan 3 kami sudah mula mengeluarkan anak ayam dengan kapasiti 4000 ekor sebulan. Waiting list yang ada pada kami sekarang pun hampir 7000 ekor. Namun tempahan muktamat semula akan dilakukan apabila kami mula beroperasi.

sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram