Pages

Salam Tahun Baru


Salam,

lama betul teman tak menulis nie, teman pasti ramai yang bengang atau tertanya2 mana teman menghilang, dan ada juga yang dah mula hilang kepercayaan tentang janji teman untuk nota percuma yang teman janjikan. Insyallah akan teman tunaikan.. cuma teman baru sahaja bayar bil beruk band hehehhe.. duit pun dah kurang maklumlah skang nie..

So skang nie teman dah ada duit dah, loan yang teman idamkan dah lulus, dengan bantuan seorang pelabor tambahan, skang duit untuk modal teman dah mencukupi 30k. pada mulanya teman macam semua penternak yang ada sekarang mahu menternak ayam sehingga mencapai usia boleh jual dan menjualnya sebagai ayam kampung untuk daging. Dengan harga yang tinggi serta sentiasa ada permintaan, teman rase tak de masalah untuk teman menjalankan perniagaan ini. Tetapi berikutan waiting list yang nak beli anak ayam teman dah mencecah 5000 ekor, teman merasakan tidak adil untuk meneruskanya. Yelah teman dah ada sedikit pengalaman serta ilmu untuk menternak ayam dan teman dengan tamaknya nak membolot semuanya.

So dengan ini teman menukar semula perancangan teman untuk menjadikan reban teman sebagai pusat penetas ayam kampung asli berikutan pemintaan yang tinggi dari penternak yang sdia ada atau yang baru nak menceburi. Dengan wawng yang dah ada dalam tangan teman nie, teman akan mencari sejumlah inu ayam dari sesiapa yang mahu menjual dan mengumpul sebolehnya 700 ekor ibu ayam. Teman mohon jasa baik kepada mereka yang mahu menjual ibu ayam atau ayam dara yang berusia lebih 4 bulan untuk teman beli. Insyallah teman akan beli dengan harga berpatutan dengan RM 15 sekilo dan untuk mereka yang tiada peluang menghantar, teman akan ambil sendiri ditempat tuan. Kawasan yang akan teman ambil adalah dalam lingkungan perak, selangor, kl, n9 dan pahang. Jumlah yang minima untuk teman ambil adalah 30 ekor dan kalau boleh anda semua kumpul dulu ayam ini dan setkan tarikh untuk teman ambil dari rumah anda.

Kepada mereka yang ingin mencari sedikit pendapatan, bolehlah mencari ibu ayam dari kampung anda dan teman akan bayar RM 2 ringgit untuk setiap ekor. Ini bermaksud jika anda dapat membeli ibu ayam dengan harga RM 12 sekilo, anda akan dibayar RM 17 ringgit sekilo dengan syarat anda bukan penternak atau ayam yang anda jual tersebut bukan ayam anda. Dengan cara ini anda dapat membuat sedikit keuntungan dengan mengambil upah RM 5 seekor. Sejauh mana pendapatan anda terpulang kepada kecekapan anda berurusan mencari dan membeli ayam dan men'deal' harga dengan penjual. dengan in anda mungkinj dapat belajar cara berniaga dan menimba pengalaman denganya. Hubungi saya di talian 012-3332273 dan saya akan ambil ayam anda secepat mungkin.

Dengan permulaan perancangan ini, teman jangkakan akan mula mengeluaran 4000 ekor ayam dalam pertengahan bulan 2 dan mula menjual kepada mereka yang telah membuat tempahan dahulu.. kemudia teman akan buka kepada mereka yang telah menjadi ahli jaringan penternak dan peserta kelas keman. Jika ada lebihan bekalan barulah teman akan buka kepada umum. Harapan teman apa yang teman harapkan dan idamkan selama ini akan tercapai pada tahun 2010 berikutan pengorbanan teman selama setahun untuk mengkajai selok belok menternak ayam kampung ini.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram