Pages

Perasaan Cemburu yang baik!!

Salam,

Buat 2-3 hari nie teman berada direban Allout. Cuma pagi tadi je teman pergi kerumah orang tua teman menghantar kad khawin home made yang diasiapkan dalam masa 8 jam sahaja.. Huhuhu.. sampai ke pagi.. Lepak sana pasal lama dah tak jengah dorang.. asik dorang je datang sini..

So petang tadi sibuk merepair dan menyiapkan reban yang masih berbaki. Reban yang dah siap sebenarnya dah ada 30 buah. Yang selebihnya ada yg masih berangka dan ada yang tinggal nak pasang pintu sahaja. So Insyallah sekarang teman dah run full kapasiti untuk ayam yang ada. Kalau ikutkan catatan dan tiada ayam mati secara drastik sejak bulan 3 aritu, tak muat nak masukkan ayam dengan 30 reban yang ada. Mesti perlu paling kurang pun 45 reban. Tapi apakan daya dah jadi macam nie.. just tinggal 300 ekor ibu sahaja.

Tajuk diatas cuba untuk teman rungkaikan kerana itulah yang selalu teman gunakan dalam hidup teman. Dan sekarang bila dah ada reban, teman sentiasa mengamalkan sikap ini. Kalau ada yang salah anggap biar teman jelas kan dulu. Sebenarnya, banyak sudah reban yang teman lawat sebelum ini. Ada yang secara bersendirian (semasa carik induk dulu) dan ada yang bersama rakan2 penternak. Dan banyak betul contoh2 reban yang boleh dibuat rujukan masa kelak jika teman nak menambah reban lagi. Dari lawatan ini, teman selalu merasa cemburu dengan kejayaan penternak lain yang membina reban dengan cantik dan bilangan ternakan yang lumayan jumlahnya. Tak kurang juga teman cemburu dengan cara mereka menternak dan peralatan yang digunakan untuk menternak. melihat sahaja dedak yang disimpan direban untuk makanan ayam atau ternakan lain teman merasa iri hati. Begitu juga dengan himpunan dan jumlah ternakan mereka. Sungguh banyak dan dalam hati teman bertanya bilakah teman akan mempunyai ternakan sebegitu banyak.

Dari perasaan camburu itu, teman mula menanam azam untuk menandingi mereka yang dah berjaya. Teman juga ingin bina reban yang lebih baik agar dapat memenuhi perasaan cemburu tersebut. Bila teman tgk pengusaha tersebut sangat rajin, teman akan cuba menjadi lebih rejin lagi. Oleh itu, perbuatan mencabar diri sentiasa ada dalam diri teman. Sbb itulah keluaraga teman pening kepala sbb teman kerap sangat menukar corak reban dan membuat banyak kali renovation. Semua itu adalah untuk membetulkan kembali setting reban teman agar menjadi lebih baik. Teman juga cemburu melihat sahabat kita memasak makanan ternakan mereka sendiri dan melihat betapa seronoknya ayam mereka mencekek makanan yang diberi. Lepas itu pulak kos makanan mereka sangat rendah dan menambah keuntungan mereka. So apa yang teman buat adalah mencuba dan terus emncuba untuk mereka makanan sendiri sehingga teman mandapat ilmu yang sama.

Kalau orang yang tak paham cara teman berpikir, mungkin mereka berkata yang teman ni tak pernah puas dengan apa yang ada. Bagi teman, apa yang ada direban teamn bukannya sesuatu yang muktamad. Semuanya boleh diubah sekiranya terdapat peluang untuk meningkatkan keupayaan atau keberkesananya. Dari sini, kita dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan tidak lagi menyusahkan diri dengan tidak merubah masalah tersebut. Banyak kali terdengan rungutan dalam gurauan dari sahabat teman yang mengadu tentang perubahan yang dilakukan. Ayatnya berbunyi seperti ini " la dah ubah pulak, aku baru je buat yg cam lama dulu.. ko dah ubah pulak?".

Sebagai contoh, dulu teman melaksanakan konsep melepaskan ayam dalam sangkar atau reban besar terkurung sepenuhnya seluar 1/2 ekar. Kita leh gambarkan dengan setting sangkar burung di KL tu (taman burung) dengan bahagian bumbung semuanya ditutupi dengan jaring. Ayam tidak dibenarkan terbang melepasi pagar reban dan merayap sekeliling rumah. Jiran rase aman dan teman pun tak susah hati ayam teman hilang atau terkena jangkitan penyakit dari luar. Pada hemat teman ketika itu, keluasan 1/2 ekar sudah cukup memberi ruang kepada semua ayam teman untuk bersosial dan menjalankan aktiviti biasa mereka tanpa terperasan yan sebenarnya mereka sudah berada dalam reban mega.

Namun bila dikira dan dirujuk semula, peratusan telur ayam tiada berbenih sentiasa tinggi dan reban sentiada berada dalam keadaan huru hara. penyakit pun senang menular dan taida kawalan langsung kepada ayam teman. Kalau disuruh kira ayam ketika itu sememangnya mustahil. Selalu juga teman hanya menjumpai bangkai yang dah mati 2-3 hari akibat penyakit terselit atau tersorok dicelah kayu, papan dan sebagainya. Dah menjadi lumrah bagi ayam yang sakit menjauhkan diri dari kawanan ayam lain kerana takut dibuli.

Oleh itu, tak salah anda mencemburui orang lain tetapi perlulah secara positif bukanya dengan berpikirna untuk merosakkan orang lain. Jgnlah pula ada perasaan untuk membunuh perniagaan orang lain dek kerana perniagaan mereka sedang naik. Ada baiknya kita berusaha mencontohi usahanya malah menambah baik agar kita pun sama menikmati nikmat kejayaan tersebut.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram