Pages

Terjumpa telur luarbiasa

salam,

lupa lak nak amik gambar pasal 2 ekor anak ayam teman yang agak ajaib kejadiaanya. Bukan apa dibahagaian depan rumah teman memang ada satu kotak yang segaja teman letakkan kerana ada ibu ayam yang taknak bertelur didalam reban belakang. Ini kes ketika teman merobohkan bumbung reban belakag aritu lah.. Teman nak guna net bumbung itu semua menjadi jaring reban baru yang teman buat.

Nak dijadikan cerita sibu pun mengeram dalam bekas yang ada telur tersebut, dah ada 2-3 ekor menetas teman pun turunkanlah ibu dengan anak yang baru lahir. memang tak harap pun anak ini akna jadi.. paling kuat pun nanti tinggal sekor. So telur yang berbaki teman tak eramkan pasal tahu samada tembelang atau dah terlebih masa eraman. Lepas 3 hari tetiba teman dengar bunyi anak ayam berdecit dalam kotok tu.. huh menentas sendiri walau tiada ibu sambung mengeram. Pastu 3 hari pulak tu dibiarkan.

Mungkin kebelakangan ini suhu negara kita agak panas dan kelembapan tinggi menyebabkan telur tersebut masih menetas. Persoalan teman bagaimana telur tersebut leh menahan kesejukan pada malam hari.. paling rendah suhu mencecah 26 darjah?..

Apa2 pun teman dah suh sekor ibu lain menjadi ibu tumpang kepada anak tersebut. Cara nak suh ibu jaga anak ayam lain senang je. Kita tak leh main taruk je anak ayam dekat ibu tu sbb biasanya siibu akan menyerang anak ayam lain yang bukan anaknya. Mau belubang kepala kena patut, Trick dia adalah dengan memasukkan anak ayam tersebut dibaah perut ibu tumpang pada waktu malam. Pada ketika itu siibu biasanya tidak melarang dan menerima kerana menyangkakan anak yang bising menjerit tu anak nya. Pada keesokkan pagi anda akan melihat siibu tersebut dah bersedia membawa anak barunya berjalan merayap mencari makanan.

Teman terpikir juga cara terbaik untuk kita menggunakan ibu untuk menjaga anak kerana biasanya anak ayam yang ada ibu membesar lebih cepat dan sihat. Cuma banyak faktor yang membunuh anak ayam tersebut ketika membesar. pada fikiran teman..(nie baru pikir je belum buat.. jgn ikut pulak.. kang naya je teman kene sembur) kita mungkin memerlukan reban sederhana besar dengan berlantaikan tanah dan tempat tidur yang selesa. Setting reban perlulah rendah bagi mengelakkan siibu sibuk memanjat keatas tempat tenggek pada waktu malam kerana nak tido. Anak ayam akan mengikuti si ibu berjalan keliling reban menacari makanan. Trick nak bagi makan pada ibu dan anak ini adalah dengan menabur makanan sedikit demi sedikit dikeliling reban supaya siibu boleh menjumpa makanan ketika mengais.

Apa yang teman perhatikan, anak ayam mudah mati akibat perkara remeh yg pada kita tak terlintas langsung. Biasanya anak mati kerana gigitan serangga pada waktu malam seperti semut gatal atau api, termasuk dalam bekas minuman untuk ayam dewasa, ibunya terpijak semasa sibuk bersabung atau bergaduh dengan ibu ayam lain dan pelbagai lagi. so kita kena bina satu reban sederhana besar saperti saiz 6x6 untuk membenarkan siibu merayap. kalau kecik sangat biasanya anak yaam nanti mati terpijak. Manakala reban tersebut perlulah berbumbung dan makanan perlu sentiasa ada bagi mengelakkan ibu mengelupur nak keluar mencari makanan untuk anaknya.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram