Pages

Ajar salah, tak ajar pun salah..

salam,

Hampir setahun teman berbloger, (bulan depan genaplah setahun) dah macam2 pengalaman teman terima. Segalanya mudah bila ada ada laman web sendiri walaupun menggunakan yang percuma macam teman. Bukanya kita nak buat web kita canggih manggih, cukuplah sedap mata memandang dan memudahkan kita berhubung dengan dunia luar.

Dari sini teman bertemu dengan ramai rakan baru yg sama2 meminati unggas samaada untuk hobi atau mata pencarian. pelbagai peringkat umur dan latarbelakang yang teman kenal. Sungguh menyeronokkan jika dikenang2. Namun biasalah kalau kita mencetus ilmu atau mengenegahkan ilmu ini, pelbagai reaksi yang akan kita terima. dan pelbagai ragam manusia kita terpaksa hadapai. Bukan semuanya menyanhjungi kita atau bukan semua dapat menerima kita seadanya. Ada juga yang menganggap teman seperti pegawai haiwan yang berkhidmat untuk masyarakat setempat dan akan mengunjungi reban anda kalau anda ada masalah. Padahal teman belum pun berdaftar untuk tujuan sebegitu hehehe.. ada juga yg mengubungi teman dan mengadu mengenai kegagalan reban atau setting yang dilakukan dengan meniru apa yg ada direban teman, huh.. tak sangka betul teman yang pelawat teman mampu untuk melakukanya tanpa berkunjung kereban teman. Teman rase bukan salah reban teman atau setup yang teman buat, cuma anda mungkin tersalah buat atau tersalah tiru kerana sukar nak melakukannya dengan hanya melihat pada gambar. anda juga perlu belajar selok beloknya dan tips dan kaedah yang digunakan dahulu sebelum membina reban anda. Insyallah barulah anda faham cara pelaksanaanya.

Oleh itu tak adillah kalau tuan-tuan semua memarahi hanya dengan kegagalan tuan semua mengurus ladang. Teman tak pernahpun menjual teknologi atau cara teman, semuanya hanyalah perkongsian maklumat untuk anda dan iainya percuma. Kalau anda rase salah, anda ada pilihan untuk tidak ikut. Kalau ada yg menarik dan boleh diguna pakai, silakanlah anda menggunakanya. Tiada yang larang. tetapi kalau boleh belajar dulu apa yg dibuat serta dapatkan maklumat yang tepat sebelum anda melakukannya.Nak berubah bukannya mudah kan? sedangkan kalau anda mengubah cara anda menggenggam kedua2 jari tangan anda pun anda dah rase tak selesa inikan pula mengubah cara anda mengurus reban selama ini.

Apa yg teman harapkan agar kita bertukar pendapat dan masing2 keluar dengan idea baru untuk mengembangkan cara kita menternak sekarang. Kalau banyak Wadah untuk kita bertukar pendapat, makin suburlah budaya ilmu dikalangan penternak kita. Bukan kekayaan sekelip mata yang dicari tetapi ilmu yang berguna kerana dengan ilmu yang baik, ianya akan menjanjikan kejayaan anda menternak selepas ini. Anda perlu meminda semula cara anda berfikir dan sentiasa bersedia untuk mencuba benda yang baru. Biarpun benda yang baru itu tinggi risikonya tetapi untuk ilmu itu yang lebih penting. Jika anda enggan berganjak, biasanya anda akan tetap berada dalam takuk yang sama sampai bila.

teman sendiri, dalam reban sekangkang kera, dah beberapa kali melakukan perubahan serta meruntuhkan reban semata2 untuk mencari setting terbaik atau ilmu pembinaan baru. Banyak wang yang diperuntukkan serta masa yang tak ternilai harganya. Semua ini hanya untuk kepuasan diri serta mengkayakan diri dengan ilmu terbaru, barulah kita mungkin akan berjaya kelak.

Akhirnya, teman harap minda kita terutama penternak melayu diubah supaya membudayakan ilmu tanpa mengikut atau menjadi pengikut secara membuta tuli. Hilangkan sikap suka perkara tahyul serta mendengar khabar angin, dan anda perlu berdiri atas kaki sendiri. Tak kiralah siapa kita sebelum ini atau latar belakang kita, yang penting kita dapat meningkatkan ekonomi keluarga serta melangkah menjadi penternak berjaya. Cuma persiapkan diri anda untuk gagal dalam apa yg anda buat agar nanti mudah untuk anda bangkit semula. Mana tau nanti ada dikalangan kita diangkat menjadi penternak berjaya peringkat kebangsaan nanti? .. sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram