Pages

Proses memasukkan semua ayam bermula,

Salam semua,

Ingat tak lagi yang teman bercita2 untuk membina satu reban khas pertama di Malaysia yang menggunakan sistem flock bentuk sepenuhnya?. Maka malam ini semuanya menjadi kenyataan. Bermula dari lepas magrib tadi, teman mula mengutip semua ibu ayam dan jantan yang terpilih untuk dimasukkan kedalam reban baru teman yang telah disiapkan. Suasana reban mula kecoh dengan teriakkan ayam yang terganggu masa tidur mereka. Jiran mula membuka lampu dan datang melihat apa yang teman lakukan. Bila melihat usaha teman, maka ada yang tersenyum dan ada yang menunjukkan rasa simpati mendengar jeritan tersebut ayam itu yang cukup menyedihkan(macam ayam nak kena sembelih).

Mungkin apabila teman memasukkan semua ayam teman dalam reban nanti, jiran teman akan merasa tenang sebab mungkin tiada lagi ayam yang merayap dilaman mereka. Dan dengan itu juga teman tidak lagi perlu risau untuk menghalau ayam ini masuk kereban apabila hari hampir gelap. Semuanya akan menjadi lebih aman esok dan Insyallah akan lebih terurus selepas ini.

Cuma apa yang menyedihkan teman, huhuhu.. rupanya ayam betina teman hanya tinggal 300 ekor sahaja dari jumlah asalnya 500 ekor. Jumlah ini tak termasuk sijantan matang serta ayam dara dan ayam teruna. Jumlah jantan yang tidak berpasangan masih berbaki lebih kurang 30 ekor lagi. So teman ada kelebihan untuk membawa masuk lagi 300 ekor ibu ayam lagi nanti. mungkin menjadi backup bila ada peruntukan baru untuk menambah induk betina kelak.. huhu sekor jantan kalau beli dekat RM 70 wooo sekor..

Sebenarnya dengan jumlah wang yg telah teman pinjam dari bank khas untuk tujuan ini, telah digunakan untuk menambah bilangan betina sehingga mencapai 500 ekor. Namun apakan daya, panas tak semestinya sampai ke petang dan kita hanya mampu mengharap setelah segala usaha dijalankan. Mengikut rekod, sejumlah 45 ekor ayam teman mati akibat penyakit dan gangguan pemangsa antara bulan 1-2, manakala selebihnya mati akibat perbuatan pistol "melayu"(bulan lepas) yang marahkan teman kerana tak melayannya semasa berkunjung ke reban teman. Sungguh menyedihkan apabila perasaan amarah menyebabkan hati manusia sanggup menghantar sesuatu yang akan membunuh ayam tersebut. Sejumlah hampir 158 ekor ayam yang mati ketika serangan tersebut berlaku. Bukan sampar atau penyakit berjangkit sbb teman dah buat pembedahan dan merujuk silang dengan panduan penyakit yang teman ada.

Penyakit mesteri tersebut telah disahkan dengan 2 pelawat(otai jugak) reban teman dan "orang pandai" dikampung teman. Dah tangkap pun dah ibu ayam yang dihantar oleh mereka yang bertanggungjawab. Ayam yang mati tidak menunjukkan sebarang simtom pada siang tetapi dalam jam 4 pagi satu serangan atau suasana bising direban akan berlaku. Jam 6 pagi, beberapa ekor ayam akan jatuh dari tempat bertenggek dah terus senyap tak bernyawa. Hampir setiap hari perkara ini berlaku dan setiap hari teman akan membedah seekor atau dua untuk mencari puncanya.

Sekarang ini, taamn akan berusaha untuk membesarkan ayam dara dan ayam teruna teman dan mengasingkan lagi mungkin 500 ekor anak ayam keluaran sendiri lagi untuk tujuan pembakaan akan datang. dan harapan teman, mungkin lagi beberapa bulan, jumlah ibu ayam teman mampu mencapai 500 ekor untuk memenuhi cita2 teman memiliki pusat penghasilan benih skala sederhana besar.

Dan harapan teman juga pada tahun pertengahan 2011 teman mempunyai 1500 ekor ibu ayam dan seterusnya pada tahun 2012 teman mempunyai 5000 ekor ibu ayam. Insyallah, doakan untuk teman..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram