Pages

Gambar untuk tatapan umum..

Salam,

Ini ada beberapa gambar untuk tatapan anda yang meminati ayam dan setia mengunjungi blog teman yang tak seberapa ini. Gambar yang ada dibawah adalah mengenai setting serta gambar reban terbaru teman. Harap anda enjoy dan mendapat sedikit manfaat dan idea baru mengenai ternakan ayam kampung hendaknya..





gambar diatas pula adalah gambar reban lama teman atau reban utama teman yang tekah teman runtuhkan dindingnya. reban ini akan dipasang jaring sekeliling untuk menempatkan ayam remaja yang sedang menunggu mencapai usia matang atau usia boleh jual. Ayam ini hanya akan dilepaskan bila cuaca baik serta pada waktu petang untuk bebas berkeliaran dalam tempoh masa yang ditentukan. Ini bagi mengelakkan ayam terdedah terhadap penyakit serta cuaca. Gambar lain juga menunjukkan pemandangan dari hadapan reban terbaru kami yang sudah mengalami perubahan. Kini teman hampir berpuas hati dengan reban ini dan mungkin akan menggunakanya terus untuk projek akan datang.
Gambar yang satu lagi adalah timbunan net hijau untuk bumbung yang telah teman tanggalkan berikutan perubahan konsep yang berlaku didalm reban teman. Kini mungkin teman boleh menggunakan net ini untuk tujuan lain seperti membuat reban kecil untuk ayam yang sedang membesar. Gambar yang seterusnya adalah gambar rangka reban teman sebelum dipasang dengan zink dan pintu. Anda juga boleh mengubah sedikit dengan memasng bumbung secara menegak di separuh bahagaian reban untuk menutup sepenuhnya dengan zink. Dengan ini, jika berlaku ribut kuat, si ayam mampu untuk menyorok didalam bahagian reban yang terlindung sepenuhnya. Terpulang kepada anda untuk membaikinya atau membinanya mengikut cita rasa anda. Yang pasti, pastikan semua keperluan seekor ayam dapat dipenuhi.

Gambar direban besar yang telah ditanggalkan dinding masih didiami oleh sijantan yang tidak mempunyai pasangan. Yelah, tak cukup partner lagi so kenalah tunggu awek baru masuk.




Kemudian diatas ini adalah setting untuk bekas telur serta pintu kecil atau tingkap yang berada dibelakang reban. Pintu ini digunakan untuk mengutip telur setiap pagi dan untuk menangkap ibu ayam yang sedang memasuki fasa mengeram iaitu mulai duduk diatas telur.Kalau kita biarkan, ada kemungkinan telur pecah, berebut tempat telur, ibu bertelur diatas tanah sbb takde ruang bekas telur yang kosong boleh terjadi. Bekas telur ini perlu diletakkan lebih rendah dari para tempat bertenggek bagi mengelakkan ayam menggunakanya sebagai tempat tido. Pastikan tempat bertenggek mencukupi. Biasanya sebatang katu berukuran 8 kaki yang melintang ditengah2 reban ini cukup untuk menampung 11 ekor ayam dalam satu2 masa.




Gambar yang ini pula adalah cara kita membina palang untuk ayam ini bertenggek. Ayam terlindung sepenuhnya dari hujan serta cuaca sejuk serta mengurangkan gangguan dari nyamuk. Apa yang teman perhatikan, gejala ayam membuat bising seperti memberi amaran kepada yang lain dengan cara berkokok dan berketak jarang sekali berlaku. Kita semua tahu yang ayam ini pada waktu malam penglihatan mereka sangat terhad. Oleh itu, mereka menggunakan satu lapisan lemak serta senser dibawah tapak kaki mereka untuk mengesan sebarang gegeran dari kaki pemusuh yang ada. Apa bila ada gangguan dari tikus yang berlari diatas palang atau bumbung, biasanya tidor ayam ini akan terganggu.








Gambar ayam betina diatas adalah reban yang teman asingkan khas untuk merawan siibu ayam yang sedang "gila mengeram". reban ini berlantaikan jaring dan sedikit papan untuk membenarkan siibu dirawat. Ibu ayam ini ditangkap melalui tingkap reban A ketika sedang duduk untuk memulakan eraman. Ibu ayam ini akan ditempatkan dalam reban khas ini selama sebulan selepas direndam dengan air untuk menyegarkan kembali. Aktiviti merawat ini akan membantu ibu ayam memulihkan tenaga dan tabienya untuk mengeram selepas bertelur.
Gambar ini adalah gambar terbaru reban teman yang diambil pada waktu magrib tadi. kalau diperhatikan keadaan reban sangat aman dan damai dimana tiada aktiviti perebutan untuk mengawan dan tiada aktiviti bergaduh untuk mendapat tempat tido. Masing2 dah tau "port" masing dan selalunya naik awal ke tempat tido yang disediakan. Biasanya selepas beberapa hari, tiada lagi ayam yang tido diatas lantai kerana sudah dapat membiasakan diri dengan reban mereka yang baru. Reban akan nampak lebih kemas serta ruang yang ada dapat dimaksimumkan sebaik mungkin. Dapat juga kita lihat sijantan didalm reban ini yang sedang memerhatikan betinanya naik masuk tido. Biasanya setealh semua betinanya naik, barulah sijantan pula mengambil tempat.




Gambar atas ini adalah gambar ayam sabung yang teman rakamkan ketika melawat perkampungan arab dimana terdapat masjid salah satu Wali songo dari tujuh wali yang ada. Perkampungan ini terletak di bandaraya surabaya Indonesia. Waktu rakaman diambil adalah sekitar pukul 7 pagi dimana aktiviti masyarakat baru bermula. Apa yang teman kagum adalah tuan punya ayam ini sanggup membina mahligai untuk ayam ini betul2 didepan rumahnya dan reban direka khas untuk kesesuaian kawasan rumah yang rapat2. Yang paling bestnya, si tuan ayam ini belum lagi mandi tetapi dah siap memandikan ayamnya serta memberi makan sebelum mengusapnya manja. Begitulah sayangnya tuan ini terhadap ayam beliau. Gamabr yang teman letak ini teman tak tau hebat2 atau tidak pasal teman tak tau pasal ayam laga ini. Saja amik apa yang patut.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram