Pages

Nak bela ayam kampung asli? ubah minda anda dahulu..

Salam semua pelawat blog teman,

Hari ini teman ada satu pandangan yang nak teman kongsi bersama anda. Ianya berkaitan dengan mereka yang bermain dengan penternak ayam kampung asli ini. Sememangnya kita tak dapat nak nafikan bahawa sekarang ini ternakan ayam kampung asli ini menjadi tajuk utama perbualan mereka yang baru nak menternak ayam kampung asli. Bagi mereka yang dah lama berkecimpung dengan ayam kampung asli ini sangat faham kelebihan dan kekurangan ternakan jenis ini. BAGI YANG BARU NAK MULA, yg tangan masing2 belum busuk lagi dengan tahi ayam biasanya tertarik kepada harga jualan ayam ini. Masing2 dah berkira untuk memulakan penternakan ini dan mengimpikan pendapatan 5 angka setiap bulan.

Sejak dua menjak ini, bilangan pelawat reban teman semakin bertambah. Kalau ditulis dalam buku log, teman rase dah dekat ratusan orang dah. Macam2 latar belakang yang teman jumpa. Dan selalunya pada penghujungnya pelawat teman akan mengeluh dengan maklumat yang teman berikan.. Biasanya berbunyi macam ini, "huh, tak tau pulak nak bela ayam pun banyak kerenahnya". dan yang paling suka teman dengan adalah " laaa. tak sangka pula kos nak bela ayam ini tinggi macam nie sekali".. Dan soalan yang teman tak sedap dengar pula, " berapa harga sekor ayam nie(sambil tunjuk kat induk betina teman)"... Boleh dikatakan 95 daripada 100 orang yang datang kereban teman (ini bagi kategori yang baru nak menternak laa) tersalah tafsir tentang ayam kampung ini. Semuanya beraggapan salah tentang ternakan ini dan ada juga yang macam nampak kegusaran dalam hari bila meninggalkan reban teman.

Kegusaran yang terpancar diwajah pelawat temann biasanya bukan kerana teamn tak layan atau teman sengaja mengomok2kan dengan cerita salah tentang penternakan. Tetapi ianya terjadi bila teman terlalu berterus terang dengan fakta dan realiti yang ada. banyaklah reaksi spontan yang diberikan tentang cadangan untuk mengkomersialkan ayam kampung ini seperti menggunakana konsep ayam telur, mengunakan ubat perangsang telur, mengkacukkan dengan ayam sabung, mengkacukkan dengan ayam gajanh, memeberi makan sepenuhnya dedak sehingga jual bagi meningkatkan berat badan dan sebagainya. Dan juga idea yang teman nak tergelak sbb kalau anda sendiri terdengar mesti tak percaya boleh keluar dari seorang yang terpelajar.

Sebenarnya, mungkin penternak baru tersalah paham atau menerima maklumat yang salah tentang ayam kampung asli ini. Ada kemungkian beliau telah melawat ternakan ayam kampung kacuk yang nampak lebih besar rebannya serta banyak sekali jumlah ayamnya. Tak kurang juga yang beranggapan menternak ayam kampung asli ini mudah kerana dah biasa menternaknya dikampung dahulu kala. Namun bila diceritakan masalah serta apa yang dihadapi penternak sekarang, hampir separuh enggan mempercayainya. Yang kerap teman perhatikan, rata2 penternak baru ini yang belum menternak langsung, memandang rendah terhadap reban teman. Ada kemungkinan gambaran mereka melalui blog teman tak sama dengan keadaan reban sebenar. Mungkin mereka membayangkan reban teman mempunyai ribuan ayam serta settingnya sangat cantik seperti menternak ayam kampung kacuk. Bila dah sampai kereban teman, mereka macam tak percaya yang reban teman hanya mempunyai kurang lebih 350 ekor ayam sahaja. Punyalah sedikit. Macam tak komersial langsung. memang layak digelar reban belakang rumah(backyard farm)

Untuk menternak ayam kampung asli ini, kita mesti membuang pikiran kita yang terdahulu mengenai ayam kampung ini dan menerima seadanya ayam kampung asli itu sendiri. Perkara yang perlu kita elakkan adalah untuk berpikir yang :

1. yg kita perlu mempercepatkan kadar pembesaran ayam kampung diternak supaya menjadi dalam lingkungan 3 bulan sahaja. kekuatan ayam kampung asli itu sendiri terletak di jangka hayat penternakan itu sendiri sehingga mencapai usia matang(6 bulan)

2. yg kita perlu menggunakan semua teknik supaya ayam kita bertelur banyak. Kita perlu ingat yang ayam yg normal hanya bertelur 60 biji sahaja setahun, namun kita boleh meningkatkan jumlahnya dengan menggunakan sistem merampas dan merawat dan bukannya menggunakan ubat2an.

3. Kita mesti meningkatkan jumlah berat ternakan kita sehingga mencecah berat antara 2- 2.5 kg. ayam kampung asli mendapat harga atau potensinya dengan berat diantara 1.2 -1.5 kg sahaja. Kalau kita dah melepasi range atau lingkungan itu, kita akan emnhadapai maslaah ketika menjualnya nanti.

4. Yg kita harus menggunakan dedak sepenuhnya demi mengkomersialkan ternakan kita. Sebenarnya dengan fcr 1:4, kalau kita menggunakan dedak sepenuhnya maka ternakan kita dah kehilangan nilai komersialnya kerana kos yang terlalu tinggi. Takkan kos makanan sahaja dah mencecah RM8 sekilo?

5. Yang kita boleh membina satu reban besar seumpama bangsal ternakan ayam kacuk, ini kerana jumlah benih yang ada sekarang sangat terhad dan jumlahnya tidak menientu, oleh itu keseragaman usia benih tak dapat dicapai. Jika kita menghumbankan semuanya dalam satu bangsal besar, kadar kematian ayam akan meningkat.

6. Yang kita sekarang ini mudah mencari sejumlah anak ayam mengikut bacth yang kita mahukan seperti 1000 ekor satu reban. Kalau ada yang dah semaju ini, teman rasa temanlah yang pertama mengodernya dan menternak ayam untuk jualan daging.. Kalau 1k sebulan, cukup 6 bulan ada 800 ekor yang hidup dan boleh dijual. sekor dalam RM20 kali pula dengan 800 ekor. WOW...

Oleh itu, sebelum anda terjun dalam bidang ini, cari ilmu sebaik mungkin. Adalah baik sekiranya anda mencabar diri anda dahulu dengan menternak 50 ekor anak ayam (beli dari penjual kecil2 yang ada) dan membesarkanya sehingga mencapai umur jual. Dan dengan sejumlah ayam yang ada itu anda cuba pula mendapatkan hasilnya dari telur yang dikutip dan melakasanakan proses mengeramnya dengan menggunakna incubator. Sekiranya anda berjaya membesarkanya dan berjaya menetaskan anak ayam secara incubator, maka anda dah bersedia untuk menternak. Dengan ini anda telah ada pengetahuan asas untuk menternak.. sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram