Pages

Pengalaman mematangkan kita..

Salam,

Baru tadi dapat email dari orang yang tidak dikenali.. teruk teman kena kritik dan dikutuk dalam email tersebut. Niat dihati nak siarkan email didalam blog ini namun tak sampai hati pulak. Dari siap2 nak tido terus tercelik mata nie mangurut dada menahan sakit hati.

Marah betul sahabat kita nie dengan teman. Keras ayat yang digunakan. Kalau diikutkan hati memang terus teman taknak menulis dah dalam blog. Terus sahaja teman nak delete blog ini dan duk diam2 dalam reban bela ayam. Tak yah susah nak menaip (teman kan out bab taip menaip nie) setiap hari menceritakan hal menternak ini.

Setelah teman baca beberapa kali email yang dihantar tersebut, teman dapat cari punca mengapa sahabat kita nei marah sangat. Kalau teamn tak salahlah puncanya adalah sebegini:

sahabat kita nie dah keluarkan dekat RM 30 k untuk menternak ayam. Tetapi sampai sekarang tak nampak hasilnya lagi. lepas tu pulak dia buat projek dia dengan seorang kawan lagi yang agaknya turut menabur modal.

selama ini beliau belajar menternak ayam dengan berpandukan maklumat dalam blog teman, so beliau menyalahkan teman apabila ternakan dia gagal atau mengalami masalah.

Beliau mengatakan kerjanya sia2 mencetak semua post teman dalam blog teman untuk dijadikan rujukan tetapi banyak maklumat yang teman berikan salah dan tak leh pakai..(huh.. terkedu teman bila baca part nie)

Beliau menuduh yang teman nie giler glamour dan suka berbangga diri termasuk sombong.. ( ya Allah, kuatkan lah diriku)

Beliau juga marah sbb baru2 ne ayamnya banyak mati serta anak2 ayam yang dibela kena penyakit dan hampir semua mati.

Dan beberapa perkara yang dibangkitkan tetapi kurang pedas bagi teman.

So bagi teman, apa yang sedang dia lalui sekarang pernah teamn lalui dahulu masa mula menternak. Kejadian ayam mati, anak ayam gagal dibesarkan, reban yang salah dan sebagainya pernah teman lalui. Dan lebih perit, ketika itu teamn tiada Internet dan tak dapat mencari ilmu sebelum memulakan penternak. tapi teman anggap itu semua satu dugaan dan pembakar semangt untuk lebih maju lagi kedepan. Bukannya mencari salah orang lain.

Rasanya luahan kemarahan beliau hanyalah disebabkan perasaan marah dan kecewa beliau dengan masalah yang dihadapi. Ataupun tak tahan malu dengan rakan sepelaburanya akiba kegagalan yang dihadapi. atau mungkin juga disebabkan tekanan yang diberikan oleh orang terdekat atau rakan pelaburan apabila melihat prestasi yang merundum.

Jika tuan yang menghantar email tersebut terbaca post teman kali ini, teman tidak akan melatah atau menyimpan dendam terharap tuan. Bagi teman itulah asam garam kita sebagai hambaNya. Mungkin tuan boleh berpikir sejenak atau menenangkan diri seketika dan merenung kembali masalah yang sedang dihadapai. Cuba berpikiran positif dan menganggap masalah yang tuan hadapi sekarang adalah ujian dariNya.

Sikap sabar sangat penting terutama melibatkan bidang penternakan. Anda perlu sentiasa belajar dan terus belajar agar segala masalah yang mendatang dapat ditepis dengan sebaik mungkin. Jangan terlalu strees kalau anda ada masalah dan luangkan sedikit masa untuk melawat reban lain yang telah berjaya dan belajar secara dekat. Kalau perlu, anda jadi pelatih direban tersebut dengan duduk bekerja direban selama beberapa hari untuk lebih mendalami cara menternak. Ataupun anda menggunakan maklumat didalam internet untuk mempelajari cara menternak yang betul. Kalau anda merasakan maklumat yang diberikan didalam blog ini salah atau tidak betul, anda mempunyai pilihan untuk tidak mengikutinya. Tiada paksaan dari saya dan tiada sebarang jaminan yang boleh diberikan oleh pihak saya yang maklumat dalam blog ini bertauliah dan benar sepenuhnya.

*** kadang kala teman gembira dan kadangkala terguris juga perasaan ini..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram