Pages

Perhatian kepada semua pengguna Incubator teman ..



Salam,

Sebenarnya teman tercara2 cara mudah untuk tuan2 semua sebagai pengguna incubator teman untuk menggunakan incubator tanpa setting yang sukar atau sesuatu incubator yang mesra pengguna. apa yang anda perlu lakukan hanyalah plug ini dan terus menggunakanya. Namun ada beberapa pengguna yang kelihatan sukar sekali menggunakan incubator teman sehingga membaa kepada kegagalan penetas, Lalu teman berusaha keras untuk meningkat kemudahan anda.

Bagi meningkatkan keboleh menetasan dalam incubator anda, teman cadangkan anda melapik lantai dalam incubator anda dengan carikan kertas atau lapik kayu bagi alas Hamster. Tujuannya adalah bagi mengelakkan telur yang bakal menetas terhala muncungnya kebaah yang menyebabkan anak ayam mati lemas kerana gagal menebuk. Cara lain adalah dengan melapik dengan jaring plastik yang seakan mata punai. Ada beberapa warna dan saiz, ada yg biru dan ada yang hijau. Anda hanya perlu potong mengikut saiz lantai incubator anda dan mengalasnya. Ini bagi membenarkan sedikit ruang udara dan sedikit jurang permisah telur dengan lantai. Ini bagi mengelakkan anak ayam tertebuk dan lemas kerana mengadap lantai.

Satu lagi bagi memudahkan anda yang kadang kala terlupa nak pusing kan telur dan mengisi semula bekas air, Anda sekarang perlu menambah satu bekas air didalam incubator anda. Pilih bekas air sederhana besar iaitu lebih kurang berkeluasan koley atau mug minuman. Bekas perlulah tinggi bagi mengelakkan anak ayam yg baru menetas memasukkan bekas air tesebut. Bekas air tambahan ini mampu membantu anda menambah peratusan penetas dalam incubator anda.

sila lakukan penambahan ini serta merta sekiranya anda terbaca post ini. Perubahan ini mampu untuk menyelesaikan masalh anda sebelum ini dek kerana ketiadaan masa atau terluap untuk candling serta memusingkan telur. hubungi teman untuk sebarang pertanyaan.

Gambar diatas adalah contoh bekas(jika ada) untuk anda memasukkan kedalam incubator anda. Jika tiada cukuplah anda memasukkan satu gelas air sederhana besar didalam incubator anda.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram