Pages

Reban oh reban,

Salam,

Dah menjadi kewajipan seorang penternak membina reban sebagai rumah perlindungan bagi ternakan mereka. Bagi penternak baru, pembinaan reban adalah halangan atau tempuhan pertama yang perlu dilakukan sebelum boleh menternak apa2 ternakan. Setelah siap reban, maka bolehlah ternakan dibawa masuk dan memulakan ternakan.

Masalahnya sekarang, kita tiada rujukan khas untuk membuat reban untuk ayam kampung asli. Yang biasa kita tengok adalah reban orang "kampung" yang membinanya dengan lebihan barang terbuang yang ada. Setakat nak masukkan 30-40 ekor aym bolehlah. Niat dihati nak bina reban yang boleh menempatkan sejumlah 200 ekor ayam. So mulalah otak berpikir cara terbaik untuk membina reban. Macam2 cadangan dikeluarkan dan mungkin pada akhirnya terpaksa ditolak kerana kos yang tinggi selalin macam susah sahaja nak dibina. Maklumlah kederat tulang 4 kerat belum pernah dikerah sepenuhnya sebelum ini.

So banyaklah rujukan dibuat sebelum reban dibina. Ada beberapa cadangan yang tealh dikenalpasti sesuai untuk digunak pakai. Nak upah orang pula masalahnya sekarang. Kalau dulu boleh amik sapa2 sahaja pekerja asaing atau tempatan yang ada tetapi sekarang merak dah masuk dalam golongan pro dah. Kalau kita tanyakan harga, mesti kebanyakkan mereka dah meletakkan harga dulu mengkut standart yang mereka biasa buat. Dan biasanya bayaran upah diminta mengikut kong atau uapah lumsum mengikut kepayahan atau saiz reban yang dibina. Kadang kala kos upah sahaja dah melebihi harga barang yang dibeli.

So mulah kita membina reban yang cincai asalkan ayam atau ternakan lain kita boleh berteduh. Bahan yang digunakan pun dijimatkan sepenuhnya. Apabila sampai masanya nanti, anda akan dapati masalah demi masalah datang menimpa2 dek kerana reban yang anda dah buat tadi.

So bagaimana nak buat reban yang paling sesuai dengan ternakan? Susah juga nak jawab soalan ini. Teman sendiri masih mencari cara terbaik dan termurah nak buat reban ini. dah pelbagai cara dan kaedah teman buat. Dan teman dapat simpulkan beberapa ciri seperti berikut:

*kita mesti bezakan 2 jenis reban sekiranya nak menternak iaitu satu reban untuk induk dan satulagi reban untuk pembesaran anak ayam.

Untuk reban induk:
1. reban perlu ada tempat bertenggek yang sesuai dengan jumlah induk yang ada.
2. sebolehnya ayam dikurnaung dalam jumlah yang kecil atau tidak melebihi 30 ekor ayam. Ini bagi memudahkan ayam tersebut dikawal.
3. Induk telahpun mencapai usaha matang dan keperluan untuk membiak perlu diutamakan.
4. Reban yang dibina perlulah cukup kuat untuk menghalang pemagsa semula jadi atau pemangsa tak cukup iman( pencuri kepala itam). Harga induk semakin mahal dan mendapat sambutan sekarang. Senang2 sahaja ayam yang dicuri boleh dijual dipasar. Kalau ada 300 ekor pun yang berjaya dicuri, dalam sehari sahaja mesti setle semuanya dijual.
5. Reabn perlu disediakan tempat untuk ayam berjemur, mandi tanah, berehat serta beberpaa lagi keperluan.

Ada beberapa lagi ciri2 yang perlu diambil tahu. Bahan yang digunakan juga perlu sesuai dengan induk itu sendiri.

Bagi reban untuk pembesaran.

1. sambung esok.. ngantuk pulak..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram