Pages

Tugasan direban , kini

Salam,

Lama dah teamn tak menulis nie, mungkin sbb takde isu sangat 2-3 hari ini. Semua berjalan dengan lancar. Ayam pun duk relex je dalam reban comel dorang dan takde yang merayap sampai ke rumah jiran. Makanan pun mencukupi. penyakitpun takde yang melarat, reban pun senang nak dibersihkan .. cuma tinggal nak masukkan pasir dan beberapa tambahan ibu ayam sahaja lagi. Setelah itu selesai tugasan "besar" teamn. Selainya hanya tunggu telur dan merewat ayam yang gila mengeram.

Bila dah kurang kerja nie rase bosanlah pulak. Dah masan takde yang kena pikir sangat. Kalau nak dirisaukan sekarang jumlah telur yang kurang bagi teman yang dah 2 tahun bela ayam ini, itu biasa. Ayam bertelur kena ikut jadualnya. Biasanya kalau kita letakkan dalam satu kumpulan yang besar, ada kemungkinan ibu2 ayam ini akan berpakat untuk bertelur serentak. Dan kalau tak pun dia akan bahagikan kepada beberpaa set kumpulan. Bila masanya tiada yang bertelur, so kita tunggu sahajalah.

Kalau2 ada yang mengalami masalah tiada telur untuk dikutip, ada beberapa petanda yang mungkin kita boleh rumuskan.

Pertama, periksa jumlah telur yang telah dikeluarkan direban anda dalam masa 2 bulan sebelum ini. Jika anda tiada rekod maka susah lah sbb itu sahaja cara kita nak mengiranya. Jika jumlah telur yang berjaya dikutip adalah 200 biji, kemudian anda bahagikan dengan sejumlah 12 biji (purata jumlah telur)dan anda akan dapati 17-18 ekor ayam anda telah bertelur. Kemudian anda bandingkan dengan jumlah ibu ayam yang anda ada. Ibu ayam yang dimaksudkan adalah ibu ayam yang telah terkangkang buntutnya atau pehanya (ibu yang pernah bertelur) dan ibu yang normal iaitu ibu yang tidak diberi peluang untuk mengeram dan menjaga anaknya. Ini kerana kumpulan ibu ayam mengeram ini mempunyai kitaran yang berbeza denagn ibu yang kita rampas telurnya.

Jika kita dapati ibu yang belum bertelur sama banyak atau hampir kesemuanya, maka ada kemungkinan anda akan rehat sebulan dari mengutip telur kerana ibu ayam anda berada dalam mood rehat dan berpantang. Jangan risau kalau ada kes begini. Namun kalau berterusan sehingga 3 bulan tiada langsung telur yang dikutip, ini bermakna reban anda telah dilanda masalah. Pernah dulu teman mengalami masalah seperti ini kerana tersilap campur ternakan itik serati teman dengan ayam kampung. Sememangnya gabungan yang tak sesuai kalau kita menternaknya dalam jumlah yang banyak.

Kadangkala timbul rase panik dikalangan penternak baru bila dalam suatu masa tertentu, anda akan tersenyum dengan jumlah telur yang dikutip. Mengunung sahaja dalam bekas telur anda. Anda pun eramkan dengan bersungguh2 dan menjualnya kepada yang berminta. NAmun secara tiba2 taida langsung telur untuk dikutip. Kalau ada pun tak cukup untuk memenuhkan satu papan telur pun. Mulalah hati merasa risau dan merasakan perniagaan anda berada diambang kesesusahan. Pengalaman seperti ini dapat diatasi sekiranya anda ada cukup pengalaman dan memahami anatomi ayam itu sendiri. Perlu diigatkan bahaa kita bukannya menternak ayam penelur yang bertelur setiap hari dan hanya rehat sebulan dua setiap tahun. Kadang kala sehari anda akan disajikan dengan 2 biji telur sekali gus dengan bantuan cahaya terrancang. Ayam yang kita ternak pada tabienya hanya bertelur sebanyak 60 biji setahun dan biasanya akan mengeram anaknya sendiri. Setelah itu proses pembesaran anaknya akan mengambil masa sekitar 3 bulan sebelum berpisah dan bertelur semuala. Maka proses yang kita lakukan sekarang adalah dengan mengenepikan semua proses tabie itu dan mengajar ibu ayam kita menjadi ibu ayam penelur.

Mungkin bagi penternak tradisional, cara ini kurang diketahui dan masih baru. Tiada salahnya kalau pada mula anda mempersoalkan perkara ini. Dan tiada salahnya kalau anda mengatakan sistem yang digunapakai ini kurang berkesan kerana diluar kebiasaan. Namun untuk melangkah kepada pengurusan reban yang berdaya saing dan mempunyai nilai perniagaan, maka sistem ini perlu digunapakai. Namun ada juga beberapa penternak kurnag sabar dengan potensi pengeluran telurnya dan menggunakan pengalak telur untuk menambah bilangan telur yang dikeluarkan. Biasanya penggalak telur yang berada dipasaran merupakan bahan makanan tambahan yang ditambah dengan hormon tertentu untuk mengalakkan kilang penelur ayam untuk bekerja lebih keras. Maka proses pengeluran telur secara semula jadi akan terganggu dan ibu ayam seakan2 tidak tahu yang dirinya sudah mula bertelur. Akibatnya, berlakulah gejala yang teman gelarkan "tercirit telur" atau telur tercicir ditanah semasa ayam ini bergerak seharian. Ibu ayam normal akan mencari tempat bertelur yang tinggi dan selamat sekiranya mahu bertelur.

Gejala tercirit ini biasanya akan mengundang beberapa masalah lain seperti penyakit kekurangan nutrisi, kurang berat badan serta beberapa penyakit lain. Kalau untuk ayam khas penelur, biasanya ubat tambahan serta makanan bernutrisi tinggi akan diberikan sepanjang masa bagi menampung proses peneluran yang tinggi. "kilang" yang aktif semestinya memerlukan bahan mentah yang banyak serta sentiasa kosisten.

So, pesan teman, sentiasalah untuk membuat rekod jumlah telur yang dihasilan serta memahami perangai ayam ini sebaiknya. Dari rekod ini kiyta dapat mengurus reban kita dengan baik dan bukanya hanya mengadu kepada orang lain atas masalah yang dihadapi. kalau boleh dengan rekod ini jugalah kita dapat melihat sejauh mana prestasi reban kita samada mengalami keuntungan atau mengalami kerugian. Luculah kalau kita sebenarnya sentiasa untung tetapi tak sedar akannya kerana duit yang diperolehi dibelanja tanpa sedar. Asyik tak cukup sahaja.

Sekian,

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram