Pages

Halangan menternak ayam kampung asli..

Salam,

Teman mulakan bicara hari ini dengan satu perkara yang ramai tak suka dengar iaitu halangan yang bakal anda alami sekiranya mahu menternak ayam kampung asli. Tidak seperti ayam hibrid atau ayam kacuk, ramai pengusaha telah berjaya menternaknya dalam skala lebih seribu walaupun baru kali pertama mencubanya. Bukan teman nak kata senang nak ternak ayam ini, tetapi beberapa kelebihan menyebabkan semuanya nampak mudah. Ikut peraturan dan takde melanggar pantangnya maka ternakan anda akan membesar dengan baik.

Masalah yang mungkin anda alami sekiranya dalam tempoh terdekat ini anda mahu mula menternak adalah seperti berikut:

1. Ketiadaan benih

Ini merupakan masalah yang paling besar yang akan anda alami sekarang. Jika ada yang berjaya mengikat kontrak untuk mendapatkan anak ayam dalam jumlah yang besar, silalah beritahu kepada mereka yang memerlukan juga kerana setahu teman tiada ladang lagi yang mampu untuk mengeluarkan ribuan anak ayam ori setiap bulan. Kalau ada pun yang senyap2 dan mempunyai sekurangnya 300-500 induk betina, hanya mampu mengeluarkan dalam sejumlah 1000 ekor anak mengikut musim. Kalau ada rezeki sememangnya akan mencecah sejumlah 3000 ekor anak ayam dengan jumlah induk seperti diatas. Oleh itu, perancangan untuk memasukkan sebilangan anak ayam setiap bulan secara berterusan mungkin akan terbantut berikutan ketiadaan bekalan.

Kebanyakan penternak sekarang mengamalkan konsep menghasilkan benih sendiri. Maka biasanya mereka menggunakan incubator sebagai alat pemudah cara untuk menghasilkan anak ayam. Namun, menggunakan incubator bukanlah mudah kerana ianya memerlukan pengatahuan dan kemahiran hampir sama dengan menternak induk itu sendiri. Bukan sedikit pengusaha yang gagal pada mulanya untuk menetaskan anak berikutan menganggap mudah cara menggunakan incubator.

2. Masalah untuk mendapatkan induk.

Biasanya bila dah gagal nak mencari anak ayam, kita beralih kepada plan B iaitu untuk menternak induknya dan mengutip telur untuk dimasukkan kedalam incubator. Kalau dulu mungkin kit amudah mencari induk yang tealh matang disekitaran rumah kampung yang mempunyai laman yang luas. Kadang kala sijantan muda atau sijantan baka kurang baik dibiarkan lepas atau dihantar kerumah orang lain untuk mengelakkan terlalu banyak jantan direban( berlaku di pahang semasa teman membeli ayam) dan biasanya disembelih untuk dimakan. Namun sekarang, kehadiran peraih dan pembeli serata tempat meningkatkan permintaan serta harga pasaran. Teman dengar harga ibu ayam sekarang dah mencecah RM13 semasa diladang untuk sekilo. HUH.. dah terer dah semua penternak kampung. Tak kurang juga yang mempertahankan ayam masing2 takut kena masuk dalam bakul untuk ditimbang. Yelah kalau dah nak borong satu reban, apa lagi yang tinggal untuk tuan reban kan?

So masalah kekurangan ayam juga menjadi isu sekarang. Masalah kewangan bukan lagi penghalang. Setakat nak keluarakan RM 1 k untuk beli lebih kurang 60-70 ibu bukan susah. Ramai yang dah mampu. Ada dalam 10 ekor jantan dah cukup dah. So dari sini dah boleh mula menternak dan mengumpul baka sendiri untuk menambah bilangan induk untuk masa akan datang.

3. Masalah harga dedak.

makin banyak permintaan , makin tinggi harganya sekarang. Walaupun kita lihat dari segi harga dan barangan yang digunakan, macam tak lojik satu guni dedak mencecah sampai RM105 sekarang. kalau ikut kiraan kasar dengan ayam daging yang menggunakan sepenuhnya dedak jenis yang sama(hitam) nie... mau dah lama harga ayam kita mencecah RM 9 sekilo. Kalau tak dinaikkan memang gulung tidak lah masing2. So disini dapatlah kita rumuskan masalah dedak mahal dan sebagainya ada berkaitan dengan orang tengah atau pihak distributer itu sendiri. Bila permintaan meningkat(alaupun sorang duk beli seguni ke seminggu), maka harga dedak dinaikkan.

Oleh itu, skill memasak makanan anda sendiri penting untuk mengelakkan anda terpaksa menanggung kos makanan yang terlalu tinggi. Ada baiknya anda memahami dahulu keperluan seekor ayam dahulu dari segi keperluan nutrisi sebelum anda mula memasak makanan. Sebenarnya kalau kita tahu keperluan ayam ini, makanan percuma selain dedak boleh didapati dengan harga murah atau percuma disekitar anda. Anda juga berkemungkinan boleh mengurangkan FCR makanan sekaligus menurunkan perbelanjaan makanan saban bulan.

Dengan Internet juga, anda mungkin boleh mencari maklumat tambahan tentang bahan2 yang digunakan untuk memasak makanan ini. Ramai yang bertanya kepada teman cara nak masak makanan sendiri dengan kos tak sampai RM 0.60 untuk sekilo. Bukan teman taknak ajar tetapi semua proses tersebut memerlukan praktikal dan komunikasi 2 hala. banyak bahan dan skill yang perlu anda tahu sebelum anda boleh memasaknya. Perlu diingat, masak bukan sebarang masak sbb kita perlu mengira kandungan nutrisi dahulu sebelum memasaknya. Mungkin juga da yang mengatakan yang apa yang teman ajar itu hanya gimik semata2 untuk mendapat keuntungan.. tetapi bagi teman, yuran yang tak seberapa disamping beberapa ilmu yang berguna yang diajarkan mampu menyelamatkan poket anda selepas ini. kalau anda kurang pasti, terpulanglah.. Tetapi kalau rase yuran yang diberikan terlalu tinggi, teman rasa tidak patutlah.. Apa sangat yg boleh kit abeli sekarang dengan RM 100 tu?

4. Masalah peratus kematian.

Untuk mereka yang baru menternak, kematian ternakan serta kegagalan dalam menternak tak dapat dielakkan. Sedangkan dalam industri besar sekalipun, mereka membenarkan kematian ternakan bagi setiap pusangan sebanyak 5% iaitu kalau 1000 ekor, 50 ekor boleh mati dalam jagaan dan seterusnya. Ini bermakna, nak taknak anda terpaksa menghadapinya kerana ianya sudah menjadi pemilihan semulajadi alam haian, yang sakit akan mati dan yang kuat sahaja akan tinggal untuk meneruskan generasi.

Jika anda pernah mempunyai ibu ayam yang diternak bebas dibelakang rumah, anda boleh melihat atau mengkaji kejayaan seekor ibu ayam tersebut membesarkan anak ayam yg dieramkan. Boleh teman katakan dalam 1000 ekor tersebut, hanya 10% sahaja yang mampu memastikan anak mereka hidup melebihi 80%. yang selebihnya hanya mampu menjaga sekitar 4-5 ekor sehingga umur anak mereka mencecah 3 bulan(waktu cerai susu.. eh ayam menyusuke?). Dan ada kemungkinan juga untuk mencecah usia jual ada lagi kematian berlaku. BAnyak kali dah saya mencabar orang kampung untuk memastikan anak yam yang ditetaskan hidup paling kurangpun 50% sehingga mencecah usia selamat iaitu 3-4 bulan. Kebanyakkan gagal. So cara menternak yang lebih baik perlu digunakan untuk meningkatkan keupayaan anak ayam ini membesar dengan baik..

5. Masalah pemangsa.

Sekarang ini bukan sahaja pemangsa semula jadi sahaja menggangu ternakan anda. Dengan harga yang agak tinggi bagi seekor ayam, pencuri mula memasang rancangan untuk memecah masuk kedalam reban dan membuat duit mudah. Jika dan tak cukup sabar atau tinggi ketahanan mentel, ada kemungkinan masalah ini mampu membunuh kareer anda sebagai penternak.

Kalau anda mahu mula menternak, kaji dahulu kekuatan diri sebelum mengkaji ilmu penternakan. Selain kemampuan diri anda, minat juga amat penting bagi memastikan keserasian anda dengan ternakan terjamin. Minat yang dimaksudkan adalah minat tentang mempelajari ilmu serta minat dalam menyayangi ilmu. Jika minat anda lebih kepada RM.. ada kemungkinan penternakan anda tidak menjadi kerana terlalu berkira atau terlalu suka berangan sehingga ternakan terabai.

Akhir kata, teman turut rasa gembira dengan perkembangan sihat dunia ternakan unggas kita terutama ayam kampung asli. Apabila ramai yang berminat dan mengusahakanya, lambat laun jumlah ternakan ini akan bertambah banyak. Bila ada ladang yang berkemampuan untuk mengeluarkan 1000 ekor ayam matang setiap bulan, ketika itu juga masalah mencari induk dapat diatasai. Semoga pada tahun 2015 nanti, ayam kampung asli ini menjadi satu perusahan yang berjaya dan ramai yang mendapat manfaatnya termasuk dagingnya yang penuh berkhasiat lagi lazat.

*terima kasih kepada mereka yang menghantar email dan sms termasuk di FB yg memberi dorangan Dan semangat. Jasa anda semua tetap dikenang.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram