Pages

Cadangan membuka satu kedai online kepada semua visitors..

Salam,

berikutan lambakan panggilan dan sms yang teman terima menanyakan serta menjual stok dan produk penternakan, teman mahu mengutarakan cadangan untuk mengadakan satu lagi ruang untuk anda berjual beli didalam blog teman yang tak seberapa ini. Dengan hit dan visitor yang makin bertambah, serta jaringan yang sudi menerima menerima teman, teman cuba untuk memulangkan semula dengan menyediakan satu forum untuk anda mengiklankan barangan anda seperti ingin menjual anak ayam, baka ayam, pets mengenai ayam, makanan ayam dan peralatannya,Dengan ini anda mempunyai satulagi altenatif untuk menjual hasil ladang anda disamping kaedah sedia ada yang anda ada sekarang.

Mungkin teman akan mengubah blog link teman satu lagi untuk anda melakukan penjualan dan pengiklan tersebut, Namun sedikit usaha dan masa perlu diberi untuk teman memikirkan cara dan konsepnya agar tiada rungutan akan datang. Maklumlah kita berkhidmat kepada masyarakat kerja mesti seikhlas mungkin.

Mungkin juga kaedah anda menghantar email anda kepad teman untuk teman melakukan saringan serta mengposkanya kepada blog teman itu nanti. Anda mungkin akan menghadapi masalahpada peringkat permulaanya kerana teman nie bukan pakar IT yang mampu menjana satu web berbayar yang semestinya canggih.

Keputusan dan cara pengendaliannya nanti akan teman nyatakan dalam post akan datang..

harap maklum,
citypullagro..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram