Pages

Hebat juga sahabat penternak kita nie,

Salam,

Terlupa pula idea teman nak menulis pasal perihal satu sahabat kita nie yang nama n lokasinya beliau tak benarkan saya beritahu. Itu janji dia yang terpaksa teman tunaikan sehingga beliau bersedia untuk berblogger dan menyertai kita dalam dunia penternakan.

Dalam bulan puasa lepas, teman berkesempatan menghantar sebuah incubator kapasiti 80 biji untuk beliau berikutan beliau mengharapkan teman dapat menghantarkannya dan sekali gus melawat reban belakang rumahnya. Bukannya tak mampu nak datang sendiri tetapi beliau perlukan sedikit nasihat mengenai penternakan yang dijalankan.

Sedikit latar belakang beliau ini, beliau sudah berkerjaya dan gaji bulanan pun boleh tahan juga, yelah kerja yang mungkin boleh dikatakan dah menjamin masa depannya. Usia masih muda dan jauh berbanding teman nie, belum beristeri dan masih tinggal bersama orang tua, kereta ada 2 biji dan rumah pun dah macam banglo. Lihat cara berpakaian teman macam tak percaya dengan jawatan yang dipikulnya. Kata beliau walaupun suasana kerja seakan koprat tetapi jiwannya masih lagi kampung dan sukakan suasana desa. sbb tu lah sanggup berulang alik sejam sehari untuk ketempat kerja.

Cerita pasal penternakan, beliau masih baru n mentah dalam bab menternak tetapi daya usaha dan minat sangat mendalam. dengan hanya memperuntukan RM 500 sebulan selama 6 bulan dari sekarang, teman terkejut dengan rebanya sekarang yang begitu mewah dengan ayam serta pelbagai ternakan lain. Binaan rebannya simple tetapi nampak kemas. Dengan berdakit sedikit demi sedikit beliau hanya memperuntukan sedikit sahaja jumlah dari gajinya untuk mula menternak ayam. Anda juga boleh melakukannya sekiranya anda mahu mencontohi sahabat kita ini menternak.

Pada mulanya beliau hanya membeli 10 tiang batu konkrit berharga RM 12 sebatang. Kemudian beliau terjumpa dengan conveyer belt buangan kilang dibelakang tempat kilang itu beroperasi, sangat kuat dan tahan bahan ini kalau dibuat pagar. Dengan sedikit usaha beliau mengerat dan memagar keliling bakal rebannya seluas kira 40x40 kaki sahaja. tinggi pagar bawahnya hanya 3 kaki dan selebihnya beliau hanya menggunakan net orked yang berwarna hitam dan menaikkan lagi pagarnya sehingga 10 kaki, dah siap pagar beliau mula mencari kayu terpakai dan membeli kayu yang utama untuk tiang dan senagainya. Reban yang dibina adalah berkonsep lantai atas dengan ketinggian lantai hanya 3 kaki dari tanah.  Saiz reban ini cukup untuk menampung 30 ekor anak ayam setiap masa sehingga berusia 4 bulan. Saiz yang dibina kalau tak sialp teman adalah 1 meter kali 1.5 meter panjang. Pada mulanya beliau membina 4 biji reban ini. Kemudian beliau membeli 100 ekor anak ayam pelbagai usia dari penjual tempatan dan beliau menempatkan dalam reban yang ada. Cukup katanya budget tersebut untuk permulaan.

Seterusnya bulan2 mendatang, beliau hanya memperuntukan RM 500 untuk urusan pemberian makanan dan membina beberapa reban yang kecil yang termampu untuk budgetnya. Dengan mendapat bekalan 100 ekor dari 2-3 orang penternak sekelilingnya, beliau membina brooder simple dengan menggunakan jaring semata2 dan dibentuk seperti sangkar dibawah tempat letak kereta stail kampung yang ada ditepi rumah. dengan menutup separuh dengan canvas terpakai milik orang tuanya dan menutup bahagian atas dengan net orked nipis atau jarang (nak benarkan udara masuk)  lokasi reban ini mampu menampung 10 brooder ciptaannya dalam satu2 masa. Satu brooder beliau letakkan 50 ekor anak ayam. Bila dah usia 2 bulan beliau akan pindahkan kereban yang dibuat di reban utama sebelum ini. Kini setelah 6 bulan terdapat 20 biji reban saiz yang teman sebutkan tadi dalam kawasan reban utama beliau. Walau pun rupa setiap reban tak sama sebab bahan yang digunakan berlainan tetapi saiznya tetap standart dan binaanya tetap sama.

Kini reban beliau dah menampung hampir 100 ekor ayam termasuk anak dan yg hamir mencapai induk. Yang dah besar beliau lepaskan sahaja dalam kawasan reban dan hanya membina tempat berteduh dan bertenggek sahaja. Disebabkan ayam nie macam dah terlatih, ianya hanya lepak dalam reban sahaja. Bulan depan beliau akan mula menjual ternakannya untuk jualan daging yang terdiri sari ayam jantan sahaja. Dari jualan ini jata beliau akan beliau gunakan untuk membeli beberapa ekor ayam jantan otai untuk menemani 50 ekor ayam betina yang hampir matang. Kata beliau lagi hanya 50 ekor ayam betina sahaja akan ditinggalkan didalam reban kerana saiz reban dah mula padat. Telur akan dikutip dan dimasukkan kedalam incubator. Bekalan anak ayam akan di gunakan semula untuk diternak dan mengurangkan kos pembelian anak ayam yang menjadi kos terbesar setiap bulan.

Bagi teman, apa yang dilakukannya sunggup smart dan cekap memandangkan beliau tidak mempunyai masa untuk menjaga ternakannya. Pada waktu pagi sebelum pergi kepejabat, beliau dengan pakaian ladang akan menyediakan semua keperluan anak ayamnya. sebelah petang beliau akan meminta ibunya menyambung tugas kalau beliau lewat. Yang teman bangga adalah apabila melihat keseronokkan ibunya menjaga ternakan dan kelihatan bersungguh menjaga ayam yang ada. Jumlah ternakan yang ada sekarang bagi teman sudah boleh teman banggakan dan kadang2 membuatkan teman cemburu dengan apa yang telah dikecapi.

Bagi teman, beliau melakukan kerja direban dengan menggunakan akal dan beliau berjaya membuat satu sistem dimana ianya menjadi satu kewajiban untuk beliau dan ibunya menggunaknya. sebagai contoh, beliau mempunyai 2 set bekas makanan dan minuman yang diperbuat dari bahan terpakai (buat sendiri) dan akan menukarnya semasa beliau memberi makan. Makanan dah siap diisi dalam bekas yang satu lagi sebelum membawa bekas tersebut terus kereban dan menukarnya. Setealh bekas lama dikutip, beliau akan membasuhnya ditempat khas bagi memudahkan kerja dan terus mengisi dengan makanan dan minuman baru untuk keesokkan pagi ketika beliau hendak pegi kerja.

Setiap pagi beliau hanya membawa troley ciptaannya sendiri dan mengantikan bekas makanan dan minuman lama yang dah siap diisi pada sebelah malam. sekejap sahaja tugasannya akan selesai.Dedak dibeli pada awal bulan dengan sukatan yang betul. Pada waktu petang Ibunya akan membancuh dedak khas dengan ramuan rekaannya yang cukup mudah nak disediakan. Ini adalah untuk mengimbangi kos makanan dan beliau mampu menjimatkan kos makanan sehingga 50%. Apabila diberitahu yang beliau pernah menghubungi dan berjumpa teman sebelum ini, barulah teman ingat yang beliau pernah datang ke reban teman sebelum ini dengan rombongan 2 biji kereta penuh. Patutlah teman tak berapa cam mukanya semasa pertama kali kereban. Dengan resipi pemberian teamn dan sedikit perubahan yang dilakukan sendiri sebelum ini benar2 membantu dalam proses penjimatan kos rebannya.

Pada waktu hujung minggu beliau akan lepak dengan ibunya direban sambil bersantai dan membersihakn reban. Katannya beliau lakukannya ini semua kerana minat dan ingin memberi kegembiraan pada ibunya yang sedikit murung dengan masalah yang baru menimpa keluarganya sebelum ini. Sata kenyataan yang sangat membanggakan teman ialah beliau denan bersungguh berkata didepan ibunya yang segala keuntungan menternak ayam ini akan diberikan sepenuhnya kepada ibunya sebagai pengurus reban hehehehe.. satu yang asngat baik untuk diteladani. Kata beliau, gajinya sudah cukup untuk menampung ibubapanya tetapi hasil dari reban inilah yang akan membuat ianya lebih berkat disamping membantu ibunya menjalani usia persaraan denagn aktiviti penternakan yang sangat dekat denagn hari ibunya.

Mungkin ibunya tidak pernah menyangka, anaknya mampu memikirkan cara yang lebih baik untuk menternak ayam ini memandangkan sebelum ini ternakan ayam dirumahnya hanyalah sekadar suka2. Mungkin dari perkongsian ini anda boleh menjadikannya pembakar semangat sekiranya anda juga ingin mencebur bidang ini secara suka2 atau serius.. sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

1 comment:

The Gentlement Farmer said...

Pull, takde gambo reban teman tu ke? Kalau ada letaklah kat sini, boleh dijadikan contoh..

Instagram