Pages

Perjuangan yang perlu diteruskan..

Salam,

Seperti yang anda semua tahu, reban teman telah dilandar sampar dan untuk pengetahuan anda semua ini adalah serangan kali ketiga sejak 2 tahun dahulu.. Sebenarnya teman sendiri tak menyangkakan perkara ini boleh terjadi disebabkan langkah awal yang telah teman buat sebelum ini.. reban teman telah divaksin tetapi teman terlupa yang tempohnya dah tamat. Kali terakhir teman menggunakan vaksin adalah pada bulan 3 tahun ini.. ini bermakna vaksin ini hanya boleh bertahan sehingga bulan 7 sahaja.. tetapi kealpaan teman menyebabkan teman terlupa nak meng'vaksin' kembali reban teman pada bulan tujuh yang lalu... melihat ayam teman selamba je pada bulan 9 ketika wabak ini melanda kampung teman, teman seakan yakin yang reban teman cukup imun terhadap sampar yang melanda..

Sehingga kini kalau nak dikirakan jumlah ayam yang terkorban menghampiri 300 ekor ayam sepanjang teman mula menternak. Jumlah yang cukup banyak kalau kita mengira nilai semasa ayam ini iaitu RM 15 sekilo.. Jumlah ini adalah melalui rekod teman dari jumlah kerugian melalui sampar. Kalau ada yang bertanya mengapa teman seakan seperti tak de perasaan langsung dengan kematian ayam ini, teman selalu menjawab dengan senyuman..

Mana ada penternak yang tak akan sedih dengan kematian ayam mereka. Tambah2 pula bila ayam yang mati adalah ayam yang dikumpul dengan penat lelah melalui pembelian ayam serta penjagaan anak ayam sehingga dewasa apabila pernah diserang sampar dahulu. Pada bulan 3 lepas teman dah kena serangan ini tetapi kurang kuat kesannya.. so teman mula lah mengumpulnya kembali, tetapi bila terjadi sekali lagi kali ini memanglah tersentuh juga jiwa.. seperti yang dialami oleh saudara ajin, teman juga merasa hiba.

Seperti yang anda semua tahu, reban teman sentiasa dikunjungi oleh pelawat sama ada melalui pengenalan dalam internet atau melalui mulut ke mulut dari penduduk kampung atau yang pernah melawat reban teman.. oleh itu sepanjang teman masih membuka reban teman ini, teman sanggup menerima apa sahaja risiko demi membenarkan pelawat mempelajari sesuatu dari reban teman. Sebab itulah teman masih lagi membuka reban teman walaupun teman dah pernah diserang dengan sampar 2 kali sebelum ini.

Mungkin dalam bulan 6 tahun depan teman akan mula menutup reban untuk mengkomersialkan ternakan dan segala proses perkognsian hanya akan dilakukan melalui internet sahaja. Seperti yang anda tahu hampir keseluruhan farm yang berfungsi secara komersial atau secara serius akan mengamalkan pengawalan biologi yang tidak membenarkan sebarang lawatan dilakukan. Ini kerana semua orang paham risiko yang bakal ditempuhi sekiranya kita membenarkan pelawat masuk ke kawasan produksi.  Setakat ini teman masih lagi dalam proses pembelajaran dan masih belum2 pasti yang teman telah bersedia untuk mengkomersialkan ternakan ini.

Kesempatan petang tadi untuk bertemu dengan Tuan Haji Mat (nama singkatan) di wangsa maju ketika menjual sebuah unit incubator telah membuka mata teman mengenai konsep perjualan serta perkongsian ilmu yang semestinya bukan milik kita. Tuhan yang memberi dah tuhan juga yang menariknya kembali.. Jika suatu ketika anda mempunyai banyak ternakan dan apabila tuhan nak menguji kita dengan sekelip mata sahaja ianya akan mengambilnya kembali.. cukup mudah begitu sahaja,. tetapi yang penting adalah reaksi kita terhadap ujian yang kita terima. Kalau kita marah dan menyalahkan takdir maka masuk lah kita digolongan yag kufur. Dan bila kita ada ilmu dan kita menyimpannya seakan ianya hak kita semata2 maka kita termasuk dalam golongan terlalu angkuh dan tak pernah berterima kasih..

So buat masa ini teman hanya boleh berkelana dan melihat perkembangan reban teman dan melihat sejauh mana serangan penyakit terhadap reban teman.. dan yang paling penting bagaimana nak menambahkan semua bilangan induk teman apabila serangan ini reda kelak. Kalau diizinkan reban teman masih lagi berbaki dalam seratus lebih induk dan mungkin teman perlu menghadkan penjualan anak ayam atau buat masa sekarang teman perlu terus memberhentikan penjualan anak ayam untuk menunggu selama beberapa bulan lagi sebelum reban teman meriah kembali dengan ternakan. Untuk beberapa panggilan mengenai kelas yang akan datang.. maka teman rasa kurang sesuai untuk teman pada masa ini untuk melakukan kelas. Jumlah ternakan kurang meriah serta mood penternakan kurang baik.

Mungkin dalam masa terdekat ini teman perlu mencari perkerjaan dahulu untuk menampung hidup disebabkan mungkin tiada lagi jualan anak ayam dalam bulan mendatang. Teman tak mampu untuk meneruskan penjualan disebabkan jumlah induk yang ada tak menjamin bekalan anak ayam yang mencukupi untuk jualan. Untuk mengharapkan jualan incubator dan kelas, teman rasa anda semua telah sedia maklum yang harga dan bayarannya tak seberapa dan jauh dari mampu untuk menyara keluarga teman.. So mungkin kelas terdekat yang akan diadakan adalah hanya sekitar pada bulan 12 tahun ini atau awal tahun depan..

Oleh itu sama2lah kita doakan agar ternakan ini akan terus berkembang dan mungkin suatu hari nanti ternakan ini lebih mudah dijumpai dimana2 sahaja dinegara kita dan masyarakat dapat menikmati kelazatan ayam kampung asli yang sememangnya menjadi kegilaan penggemarnya.. teman juga akan sedaya upaya untuk terus berbloger semampu yang mungkin untuk terus berkongsi idea dengan anda sebagai penggunjung setia blog teman.. sekian.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram