Pages

memang ada harga tapi susah nak bela..

Salam,

Saje je teman nak bercerita kali ni,dah takde apa agaknya nak dicerita teringat cerita mula2 teman terjabak dalam penternakan ini. pada mulanya banyak kali teman bertanya kepada penternak belakang rumah mengenai macammana nak menternak ayam kampung ini. Rata2 mempersetujui bahawa dorang boleh buat duit segera atau duit kecemasan dengan menjual ayam yanga da ke peraih yang datang kerumah. Katanya kadangkala kalau musim ayam menjadi, boleh buat belanja dapur samapi seminggu lamanya.

Akibat terpikir peluang begini, teman berazam nak mencuba benda yang baru yang pastinya akan memberi kepuasan kepada teman kalau teman berjaya memecahkan ruyungnya. Terlalu banyak kepahitan dan keperitan yang teman alami sepanjang permulaan menternak. Ketika itu iaitu lebih kurang 2 tahun yang lalu, pengetahuan serta perkongsian maklumat tak seperti sekarang. sekarang jika anda mengambil masa dalam seminggu dua mencari maklumat dalam internet, dengan adanya perkongsian sesama bloger yang ada teman rasa anda tentu dah yakin nak memulakan penternakan anda. Syukur juga dengan perkembangan ini.

Sebenarnya ada juga sahabat atau rakan teman yang menasihatkan teman supaya tidak menyebarkan apa2 pengalaman atau cara menternak dihalayak umum kerana kuatir dengan persaingan kelak. bagi teman, sememangnya ada yang teman simpan tetapi banyak yang teman suka berkongsi. Ini kerana dunia penternakan ayam kampung asli terlalu kecil dan terlalu dekat dengan masyarakat kita. kenkangan penternakan serta kesukarannya untuk diternak membataskan ianya menjadi kes seperti cacing, lintah serta keli sebelum ini. Hanya mereka yang betul2 berminat nak menternak dan mempunyai kesabaran sahaja boleh melakukannya. Takkan ada mereka yang bersifat tamak dan melakukan pakej2 giler yang pasti akan merugikan penternak. Menternak ayam boleh dilakukan sesiapa yang ada sedikit kemahuan dengan modal yang tak besar. Kalau modal kecil masih boleh menternak untuk kegunaan sendiri dan ada kemungkinan akan berkembang dengan sendirinya dari pengalaman serta bacaan.

Maklumat yang teman tak sebarkan dalam internet adalah biasanya berkaitan dengan pengalaman atau diperolehi semasa kita menjalankan tugasan harian direban. Ini kerana ianya sukar dikongsi dan adakalanya lebih kepada kepercayaan kita semata2 dan takda fakta kukuh yang boleh menyokongnya. Ada juga sumber yang tak dikongsi seperti cara melihat kelakuan ayam pada semua peringkat usianya, melihat keperluan ayam dair hari kehari dan sebagainya. tetapi dari segi teknikal serta nak menternak teman rasa teman dah banyak berkongsi dengan anda semua.

Bercakap kepada nak mengkomersialkan penternakan ini, bagi teman skala yang sesuai adalah dengan meningkatkan kapasiti reban kita sehingga kita mampu untuk mengeluarkan 1000 ekor ayam setiap bulan untuk jualan daging atau dijadikan induk. Kalau nak menternak induk pula, kita mesti paling kurang mempunyai 2000-3000 ekor didalam reban supaya bekalan anak ayam dan telur tak akan putus saban bulan. Bagi memastikan semua ini tercapai, anda mungkin akan dapati settingnya atau cara pengurusannya sangat berbeza dari menternak ayam daging atau ayam kacuk. Ini kerana keperluannya sangat berbeza dari penternakan tersebut.

Mencerita kepada pasaran pula, bagi teman dengan kemudahan internet serta jaringan penternak sekarang, setakat nak menjual 1000 ekor ayam bukanlah perkara yang susah, malah mungkin kepelbagaian produk boleh dilakukan. Yang penting kebolehan kita untuk mengeluarkan sejumlah ayam ini secara kosistan. Penjualan secara hidup dipasar melalu ejen jualan jug akan membentu anda menjualnya. Cuma setiap ladang perlu merangka sistem mereka sendiri mengikut kesuaian reban anda. Dan  bila sistem anda telah benar2 mantap, teman yakin yang sistem itu akan berkerja dengan sendiri dan memudahkan anda menguruskanya. Yang penting adalah pemerhatian dan kawalan terhadap apa yang sedang berlaku.

Walau bagaimanapun, teman tetap dengan pendirian teman yang barang sesiapa yang baru kali pertama atau baru nak memulakan penternakan ini perlu memulakannya denagn sedikit dalam jangka masa tertentu sehingga anda yakin barulah anda mengeluarkan lebih banyak modal untuk menjana perniagaan anda. Itu pendapat teman lah. Kalau korang tak percaya cubalah, sememangnya akan banyak dugaan semasa anda mula menternak. Dah paham betul perangai dan keperluannya barulah anda besarkan. Dan kalau boleh janganlah anda terus berhenti dari pekerjaan anda sekarang semata2 untuk menternak. Ini kerana jika jumlah ternakan anda sedikit atau kurang maka pembelikan modal atau hasil jualan anda tak mampu memenuhi keperluan anda saban bulan. Dari bulan kebulan anda akan merasai kesempitan kewangan dan akhirnya ternakan anda akan terbiar dan mati kerana kurang penyelengaraan.

Saya doakan anda nanti mampu untuk mengeluarkan sejumlah 1k ayam sebulan selepas ini dengan harga purata RM 20 seekor. Mungkin jualan bulanan anda selepas ini akan mencecah RM 20 ribu sebulan jika anda berjaya. Nak mengeluarkan 1000 ekor ayam ini tak banyak kalau nak dibandingkan dengan pengeluaran ayam daging yang main jutaan setiap bulan, namun ianya cukup mencabar dan memerlukan kesabaran anda.

Sekian..
(sekarang sembang2 biasa..)

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram