Pages

Jawapan untuk soalan dari rakan FB

Salam,

Mungkin teman akan kurnag menulis blog bagi beberpaa bulan akan datang.. So kalau anda buka blog dan lihat entry yang sama harap tuan semua janganlah meradang atau cepat marah. Harap memahami keadaan teman sekarang yang sedang berusaha untuk menambah induk dan mencari kekuatan reban kembali. Jumlah ternakan kini hanya tinggal suku dengan tanda serangan semakin berkurangan. Hari ini tiada lagi yang mati dan cuma 2-3 ekor sahaja yang masih menunjukkan tanda masalah.

Oleh itu teman akan mula bekerja dalam minggu ini atau minggu hadapan untuk menampung kos operasi dan mungkin masa untuk berbloger berkurangan disamping tugasan reban yg perlu dilakukan seawal 6 pagi sebelum pi kerja dan selepas pulang dari berkerja. Bangla teman dah teman pecat kerana kurang bertanggungjawab dan tidak dapat mengikut arahan dengan baik. So dengan ternakan yang berbaki, teman rase teman akan mengurusnya sendiri walaupun jumlahnya tak seberapa sekarang.

Untuk menjawab soalan seorang rakan baru dari fb, teman rase ada eloknya teman menceritakannya juga kepada anda agar bagi yang baru berhajat nak menanyakan soalan yang sama akan mendapatkan jawapannya terlebih dahulu. Soalan dari sahabat kita adalah mengenai perkara yang perlu dilakukan untuk memulakan ternakan ayam kampung kerana minat yang sangat mendalam terhadap ternakan ini. Seperti biasa kebanyakan yang bertanya kepada teman sudah mempunyai tanah sendiri atau tanah milik saudara terdekat yang boleh diusahakan bila2 masa sahaja. Bunyinya seperti akan menjadi sia2 sekirnaya kita tak mengusahakan tanah tersebut dan membiarkan ianya tidak mendapatkan apa2 hasil. Dan soalan cepu emas yang peling kerap ditanya adalah macam mana saya nak mulakan ternakan ini dan soalan seterusnya yang berkait rapat adalah baraa kos untuk memulakkannya.

Untuk menjawab soalan ini biasanya akan membuatkan teman berada dalam keadaaan serba salah dimana kesemua jawapan yang harus diberikan adalah bersifat subjektif. Ianya seperti soalan macam mana saya nak berjaya dalam perniagaan atau macam mana kita nak menjadi kaya. Itu soalan yang perlu disesuaikan dengan banyak faktor dan lebih banyak soalan yang perlu ditanya terlebih dahulu sebelum kita boleh menjawab bagi pihak anda.

Untuk soalan bagaimana saya boleh memulakan peneternakan ini bagi teman jawapannya adalah sama. kalau anda perasa sudah banyak pendapat teman mengenai cara anda ingin memulakan ternakan ini. Pertama lihat dahulu lokasi yang ingin ada bina reban dan menjadi base ternakan anda. perhatikan kawasan tersebut sama ada pernah berlaku bencana atau adalah sengkangan yang perlu diambil kira seperti stuktur tanah, pengaliran, banjir, sumber bekalan air dan api dan sebagainya. Tanah juga memain peranan dalam memastikan reban anda samaada nak buat reban semuanya bertingkat atau boleh dibuat diatas tanah. Kalau tanah anda jenis yang mengandungi banyak air seperti tanah gambut atau tanah rendah, teman galakkan anda lebih banyak emmbina reban yang tinggi atau bukan diatas tanah kerana tanah yang lembab dan mudah lecah apabila hujan akan membehayakan ternakan anda. Sememangnya kalau anda menghadapi tanah sebegini, kos pembinaa reban akan menjadi lebih tinggi dari sepatutnya. Kemudian lihat kepada pergerakan air bila hujan, kalau perlu bina longkang, anda bina dahulu agar air dapat disalirkan dengan lebih baik bila hujan mencurah atau ketika anda mencuci reban.

Kemudian dari segi pembinaan reban, anda perlu tanya dahulu samada anda ingin menterak dari induk dan kemudiannya mendapatkan sendiri benihnya. Atau anda hanya ingin mendapatkan benih anak ayam dari sumber luar dan membesarkannya sehingga keperingkat matang sebelum anda menjualnya kepada pembeli. semuanya mempunyai setting yang berbeza. Am nya dalam satu reban kita perlu 4 jenis reban iaitu reban induk, reban asuhan tanah untuk ayam yang 3 bulan dan keatas, ayam asuhan tingkat dan reban perindukan atau ramai yang lebih suka mengelarnya brooder. Jumlah dan cara pembinaaanya adalah mengikut kesesuaian ternakan anda mengikut jumlah yang ingin diternak. Ianya juga bergantung kepada konsep ternakan anda samada separah bebas, bebas terus atau terkawal(bebas dalam kurungan). Yang paling penting adalah memastikan anak ayam dikurung sehingga mencecah usia 3-4 bulan terlebih dahulu sebelum boleh kita turunkan diatas tanah. Ini bagi membenarkan anak ayam ini bersedia atau berlatih menghadapi dugaaan sebelum ianya benar2 mampu untuk bebas direban.

Dari segi kos untuk memulakan pula, suka teman membahagikannya kepada 2 bahagian besar iaitu kos untuk pembinaan reban dan kos untuk emmbeli induk atau membeli baka ayam. Kos untuk membina reban adalah mengikut kebijaksanaan anda. Ada yang boleh membina reban yg mampu untuk menampung 100 ekor induk dengan hanya beberapa ratsu sahaja dan ada juga yang terpaksa membinanya dengan kos menghanpiri 5 ribu ringgit. terpulang kepada konsep anda dan juga keadaaan muka bumi anda menternak. Jika anda menternak ditebing sungai atau dikawasan rendah, anda akan membina reban dengan ketinggian yang lebih berbanding dengan yang membina dikawasan tinggi. Dengan ini apabila air naik ketika musim hujan, anda tak perlu memindahkan ternakan anda kerana ayam sudah berada diparas yang lebih tinggi.

Begitu juga penggunaan bahan dalam reban anda. kos bahan akan berubah mengikut saiz dan jenis reban yang dibina. menggunakan kayu terbuang atau kayu kitar semula mungkin akan menjimatkan anda tetapi untuk jangka masa panjang anda perlu menggantikannya akibat sudah reban dan sebagainya. penggunaan kayu hutan dan juga buluh boleh dilakukan tetapi memerlukan kerja penyelengaraaan yang tinggi dan perlu diperbaiki dari masa ke samasa.

Oleh itu, untuk mereka yang masih lagi berkerja dan ingin menternak, anda dinasihatkan menternak sedikit terlebih dahulu untuk mengetahui apa yang diperlukan. Yang paling penting adalah aspek pengurusan masa serta bagaimana anda dapat membahagikan masa anda bekerja dan mengurus ternakan. Menternak ayam iaitu menternak benda hidup memerlukan perhatian penuh dari anda dari segi makan minum dan keperluan lain yang perlu, kalau anda kurang berdisplin atau tak pernah menternak sebelum ini, anda perlu belajar dari mula dan dari kecil.

Setelah anda membina reban, anda masukkan ternakan yang ada beli. Kiraanya cukup mudah seperti untuk seekor ayam anda mengambil purata RM 20 seekor dan anda kalikan dengan 100 ekor untuk permulaan. mungkin anda perlu memperuntukkan Rm 2000 untuk induk dan mula menternak. Kemudian anda hanya menyediakan duit untuk mengurus makan dan minum ternakan anda saban bulan. Untuk membela induk, anda perlu mengamalkan sistem merampas telur dan mengeramkannya dalam incubator. Kalau ada ternakan sebanyak 100 ekor betina, cukuplah anda dengan mempunyai 2-3 biji incubator bersaiz 160 biji. Anda boleh memilih untuk membeli atau membuat sendiri incubator anda. Banyak pasaran incubator sekarang samada yang manual atau auto untuk anda. seterusnya anda mula mengumpul benih dari ternakan anda sendiri. Pada ketika ini perhatian lebih perlu diberikan kerana ternakan akan bertambah dan perhatian yg lebih diperlukan.

Anda boleh memilih untuk menjualnya pada peringkat anak, peringkat usia 3 bulan, peringkat matang bertelur atau peringkat ayam otai(untuk jantan sahaja). Jika anda berjaya melepasi semua ini maka jika ada peruntukan lebih, anda bolehlah menggandakan ternakan atau menyimpan semua ternakan yang dihasilkan diladang anda sehingga mencapai jumlah yang anda hajati dan barulah ladang anda mencapai pengeluaran maksimam yang dicadangkan.

Sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram