Pages

Bantuan nasihat untuk email..

Berikut adalah salah satu email yg teman terima berkenaan ternakan ayam kampung.. dek kerana penjelasanya boleh kita kongsi bersama, teman jawab sahaja dalam ruangan blog ini..

Soalan:
1. saya menternak ayam kampung sekitar dalam 130 ekor dan 50 ekor itik serati. adakah perlu saya memberi ubat utk mencegah penyakit utk penyakit2 yg selalu terjadi kepada ayam? setakat ini ayam saya masih belum ada tanda2 penyakit dan jika ada ayam yg sakit seperti monyok saya akan terus kuarantin dan memberi ubat penadol.

Jawapan saya:
Seperti semua penternak tahu, apabila kita menternak dalam jumlah yang kecil, masalah penyakit jarang ditemui, tetapi bila ternakan dah mencecah ratusan ekor, pelbagai ragam penyakit akan timbul. Masalah ini pada asasnya berpunca dari penyelenggaraaan reban itu sendiri seperti pembersihan najis secara berkala, kebersihan serta pencegahan jangkitan biologi dari luar atau pembawa yang lain. Kadangkala kita terleka sedikit atau kurang beri perhatian sehingga membenarkan penyakit menyerang ayam ternakan.

Jika anda mengalami maslah seperti ini, tindakan anda mengkuarantinkan ayam adalah betul Kalau boleh reban kuarantin ini berada jauh sedikit dari reban utama dimana ayam lain yang sihat tidak terjebak sama. Untuk langkah pencegahan, biasanya kita perlu beri ubat pencegahan ringan yg biasa penternak lain pakai iaitu ubat Neo TM atau bahan yang mengandungi elektromisis. Dengan pemberian ubat ini yang berkala iaitu bancuahan cair untuk mingguan dan bancuhan pekat untuk yang telah diserang panyakit, reban kita mungkin telah dilindungi dari penyakit ringan.

Jika anda berminat atau mempunyai kemahuan untuk menvaksinasi ternakan anda, anda boleh mendapatkan vaksin dari pengedar sah untuk menjamin mutu vaksin. Vaksin yang digunakan adalah vaksin hidup
dimana vaksin tersebut disimpan dalam suhu dingin bagai menyediakan dirinya dalam keadaan separah pasif. Jika vaksin yang dijual ini terdedah pada suhu tinggi, kemungkinan besar vaksin tersebut telah mati. Cara penyedian vaksin ini ada pelbagai, anda boleh mendapatkan nasihat dari pembekal vaksin anda. Namun penjualannya agak sukar kerana tidak semua kedai haiwan mempunyainya.

 Vaksin biasanya disediakan dengan melarutkan kedalam air yang bersuhu antara 1-4 darjah celsius iaitu dengan memasukkan ais kedalam air sehingga mencapi suhunya. Kemudian minuman ini diberi kepada ayam secara oral dimana ayam perlu menghabiskan air ini atau meminumnya dalam masa 2 jam pertama. Ini Kerana vaksin akan mati selepas berada 2 jam dalam air. Teman pernah juga mendengar ada yang menggunakan susu untuk medium pemberian kapada ayam tetapi tak tahu butirannya.

Adalah penting untuk anda mengetahui penyakit ayam terlebih dahulu sebelum anda merawatnya. Ada juga kes penternak yang terkeliru antara penyakit yang dihadapi dan merawat dengan ubat yang salah. Sebagai contoh ternakan kita diserang cacing dimana ayam akan berada dalam keadaan pucat, tak bermaya, berbulu kusut tetapi masih berselera makan. Makan banyak tetapi badan tetap kurun melidi. Kita pula merawatnya dengan rawatan elektromisis sedangkan ubat yang sepatutnya adalah ubat anti cacing. Begitu juga kekeliruan antara CRD dan sampar. Sampar mempunyai gejala lain yang perlu dipelajari dan crd pula menyerang sistem pernafasan. Ayam kelihatan dah nyawa2 ikan dan terkulai dan akhirnya mati. Kita sangkakan yg sampar dan menyerang sedangkan yan menyerang adalah crd. CRD juga mampu membunuh hampir 50% dari ternakan anda.

 2. saya ada membeli satu inkubator yg dapat memuatkan 50 biji telur ayam dlm satu2 masa. alat tersebut diperbuat daripada kayu. pertama kali saya menggunakan alat tersebut saya masukkan 25 biji telur ayam kampung dan 18 biji telur itik serati. setelah cukup harinya anak ayam mula menetas (kump. 1 =10bj) hanya 4 biji sahaja yg menetas tapi cuma satu ekor sahaja yg berjaya keluar 3 ekor lagi mati dlm telur (telur nampak dtolak dari dlm). kenapa yer?....telur yg lain tiada tanda2 akan pecah setelah itu saya ada pecahkan 2 biji untuk melihat adakah terjadi pembenihan. tapi telur kuning dlm keadaan berketul2 dan tiada darah. telur itik serati lak cuma 1 ekor sahaja yg menetas. adakah telur yg tidak terjadi pembenihan ini masih elok dan blh kita jual?

Jawapan:
Untuk menjawab soalan ini perlu teman karang dalam bebapa muka surat kerana banyak yang perlu diketahui. secara amnya boleh teman katakan masalah pengeraman ini terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Masalah mekanikal
2. Masalah biologi

Masalah mekanikal adalah terdiri dari setting incubator yang mungkin tidak tepat dari segi suhu, kelembapan serta maslah jangkitan dari bekas itu sendiri.

Masalah biologi pula mungkin terjadi dari bapa yang tak matang, ibu yang berpenyakit, bekas telur yang kurang bersih, telur telah terdedah kepada faktor luaran yang merosakkanya, jangkitan dari telur lain yang bersebelahan dengannya semasa berada dalam incubator, telur tamat tempoh, persenyawaan tidak sempurna dll. Anda bole menrujuk dari tulisan teman sebelum ini mengenai pemikiran dan pendapat tentang pengeraman telur.

3. bagaimana ingin memastikan tali pusat anak ayam (dlm inkubator) betul2 kering?
pengalaman : inkubator : - tali pusat lambat putus dan tidak kering (saya tidak sempat membuat pemerhatian selanjutnya sebab anak ayam di makan kucing saya dan kali ke-2 pula anak ayam di urung semut, hu...sedih betul. eraman ibu ayam : - permerhatian saya ke atas ibu ayam yg mengeram telurnya saya lihat setelah anak ayam keluar dari telurnya tali pusatnya sudah putus dan kering.

Jawapan:
Apabila telur mula menetas, tali pusat akanterputus dari sarung dalam telur. sebelum ini ianya bersambung terus kepada cairan dalam telur untuk mendapat sumber makanan untuk pembesaran. Perkara pertama yang berlaku apabila ayam mula menebuk adalah pengeringan cairan dalam telur. Kemudian anak yam akan bergerak2 bebas buat kali pertama selepas berada lama dalam cairan tersebut. Setelah kering dan anak ayam tersebut berlatih bernafas denagn peparunya sendiri, anak ayam akan menebuk keliling telur seperti tali pinggang sehingga ianya mampu menendang cengkerang dan keluar.

Semasa proses ini, tali pusat akan mengering mengikut keadaan sekeliling. Tali pusat ini masih terlekat kepada pusat anak ayam seperti bayi manusia. Kita tak digalakkan menarik tali pusat ini atau memotongnya kerana kuatir perut anak ayam yang masih lembut ini akan terburai atau dijangkiti penyakit. Biasany tali pusat ini akan mengering dalam masa 6 jam pertama. kes paling lewatpun dalam masa 10 jam. Kalau selepas itu anak ayam masih mempunyai tali pusat yang basah, ada kemungkinan kelembapan dalam incubator terlalu tinggi atau suhunya yang terlalu rendah dari standart pengeraman. Anak ayam akan berada dalam proses bertatih dan mengeringkan bulunya selama 12jam ke 24 jam pertama. Dari bulu yang basah sehingga menjadi betul2 kering dan gebu.

Kalau kita perhatikan, anak ayam akan kekal dibawah perut ibunya sehingga benar2 kering iaitu selepas 2 hari. Kemudian berulah siibunya akan mengajak anak ayam semua terjun kebawah untuk mul amenjamu selera. Oleh itu proses yang sama juga perlu kita lakukan jika kita menggunakan incubator. Pastikan anak ayam sentiasa berada dalam incubator(suhu yg sama seperti bawah perut ibunya) selama yang perlu sehinga anak ayam itu cukup bersedia dan lincah berdiri diatas kakinya sendiri.

4. kata emak, telur ayam yg telah terkena tahi ayam ini sudah tidak blh dieram samada oleh ibu ayam atau dgn inkubator. jadi mcm mana saya ingin membersihkanya dan menjualnya.

Jawapan:
saya akan adakan post khas untuk tujuan soalan ini..

setakat ini sahaja pertanyaan saya. di harap en. epul dapat menjawab pertanyaan saya ini.....

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram