Pages

lawatan ke Ladang Kota Warisan








Sehari sebelum Syahwal teman melaat sebuah ladang ternakan di Kota Warisan milik seorang penduduk Asli(pakai vios tu hehehe) yg selesa dengan nama samaran 'Aiman' hehehe.. tujuan sebenarnya adalah untuk menghantar 15 ekor ayam belanda yang teman bela dari kecil.. setelah duk pikir2 rasenya teman nak fokus pada ternakan ayam sahaja dan tambahan itik sedikit untuk perniagaan teman. Sbb tujuan sebenar teman adalah untuk menjalankan perniagaan ayam ni sahaja.. tapi bila dah tgk macam2 jenis ternakan yang rakan2 bela teman mula rambang mata.. bukan apa teman terpikir mengenai harga dan profit yang kita bakal perolehi sekiranya kita menternak ungas bernilai tinggi seperti mutiara, turkey dan burung merak.. tapi teman tak sedar yang ternakan nie agak manja n senang mati. kekuranganya adalah jenis nie tak leh campur dengan ayam kampung biasa dalam reban sekiranya ayam kampung jumlahnya melebihi 100 ekor kerana ayam kampung ini lebih tahan penyakit dan akan mempengaruhi ternakan jenis lain.. untuk membela unggas berharga tinggi ini adalah lebih baik untuk kita menternak disatu kawasan khas yang kalis cuaca dan perubahan suhu untuk menjamin kehidupan unggas ini.. so teman rase tak mampu lagi nak ternak spesis ini.. dengan terjualnya semua ternakan selain ayam n itik teman dapat fokus kepada ternaknan ayam ni..

Teman jual 15 ekor ayam belanda usia 4 bulan dengan harga RM 200 kepada kawan teman ini..
semasa teman sampai ke reban beliau teman terperanjat dengan jumlah ternakan direban, mutiara, belanda, jambul,silky dan itik berkeliaran bebas dan nanpak sihat2 belaka.. dan jumlah yang ada pun boleh menyesakkan nafas, rupanya rakan teman ini dah dikatogori otai rupanya, beliau sentiasa rendah diri dan low profil.. tu yg teman tak sangka reban dia semeriah tu..

Sedang teman leka negok ayam teman di'temankan' oleh sekor ayam otai kat reban.. tgh amik gambar dia sbb taji power teman ditaji bertalu talu kat tulang kering teman. peah kena 4 das lubang kena taji.. berdarah kaki. power ayam nie.. hehehehe..

Gambar: baris atas, gambar ayam belanda teman yg teman dah jual.. gambar tengah adalah sekitar kawasan reban dan bawah adalah ayam yg taji teman hehehe..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram