Pages

Citypull sedang mencipta incubator baru..

salam semua,
dari pengalaman teman menjual incubator nie ada banyak pengalaman teman dapat dari telatah pelanggan teman.. namun jualan teman taklah boleh dibanggakan sangat tapi jumlah jualannya tak pernah pun teman angankan sebigitu banyak.. sehingga kini teman dah jual hampir 25 biji incubator dan kebanyakkanya dari jenis 120 biji.. hanya ada 3-4 biji sahaja yg order saiz 60 biji.. teman sebenarnya menjual incubator pada mulanya hanya suka2 dan ada niat nak bantu penternak ayam lain memandangkan teman sukar nak mendapatkan incubator ini dulu.. teman ingat hanya kawan2 terdekat sahaja yg akan order incubator ini.. tapi bila masuk bulan puasa aritu jumlah jualan meningkat dengan mendadaknya sampai ada 4-5 tempahan yg terpaksa teman tolak kerana terlalu hampir dengan tarikh kita menyambut hari raya.. sehingga 2 hari sebelum syaal baru teman dapat hantarkan order terakhir.. pada yg nak order lagi, anda masih boleh melakukannya pada bulan syawal ini sbb teman duk sepenuh masa ada direban..

Dalam teman sibuk bulan lepas ada juga otai2 yang membantu dari segi khidmat nasihat dan semangat pada teman, jutaan terima kasih dari teman kepada mereka ini yang tak lokek ilmu serta percaya bantu2 membantu tidak menutup rezeki mereka sebagai pembuat incubator juga.. teman sangat menghargai usaha tersebut.. bagi teman kelebihan rekabentuk incubator yg berada dalam pasaran kita sekarang sangat membanggakan dan semuanya sangat unik, dari budget rendah untuk penternak hobi sehingga fully outo yang sama taraf dengan produk org putih.. tapi dari pengalaman teman yg baru setahun jagung jual incubator(sbenarnya bukan niat teman nak jadi penjual incubator ni) teman dapati banyak pengguna yg rasekan incubator saiz 120 biji tak cukup bagi mereka.. kalau ada lebih 20 ekor ibu kat reban dan masuk musim bertelur tak muat incubator dibuatnya.. tu yg ada modifit sendiri dgn menambah satu tray lagi tapi penghujungya lapisan bawah tak jadi sbb konsep incubator teman adalah satu layer(lapis) sahaja.. kalu ada 2 lapis, lapisan bawah tak dapt suhu terus dari cahaya mentol yg teman pakai.. pastu call teman n marah2 hehehe teman siasat balik baru dapat tau benda yg dia buat.. so teman cadangkan dia beli lagi satu atau dia order saiz yg lebih besar, tak pun order yg pakai force air punya.. bila dia kata tak mampu nak beli lagi satu, teman cadangkan dia pi shopping kat jln pasar dan datang rumah teman n teman ajarkan cam mana nak buat.. tapi dijawabnya takde masa.. so teman jawab yg takde apa lagi yg teman boleh tlg.. harap dia bersabar dan rancang jumlah telur yg dimasukkan kedalam incubator.. mungkin dia boleh menjual lebihan telur yg ada dan kumpul duit tu untuk beli satu yg baru.. atau pun dengan jualan semua anak ayam yg menetas selepas 3 minggu teman pasti ada cukup wang untuk membeli satu lagi atau paling tidak membeli alatan dan datang kerumah teman untuk membuat incubator..

ada juga kes yg bila kali pertama menggunkan incubator bertanya pada teman. kat mana nak masukkan ibu ayam masa nak eramkan telur dalam incubator.. hehehe teman tahan gelak dan teman terangkan kegunaan incubator yg sebenarnya.. mungkin penggunaan incubator terlalu asing bagi beliau.. ada juga yg terlalu teruja dengan adanya incubator sehingga membuka incubator yg dia beli dari teman.. mungkin dgn tujuan untuk pembelajaran.. teman tak kisah kalau nak copy pun itu hak masing2 dan teman galakkan.. tapi bila dia tepon teman dan katakn incubator teman rosak teman mula risau.. rupanya sbb dia dah bukak n tak tau nak pasang balik hehehe.. teman repair balik dengan kos tambahan sebatang rokok hehehe eh 2 batang sebenarnya.. ada juga yg berjaya menetaskan telur bacth pertama jadi terlalu seronok sehingga dia borong semua telur milik org kampung.. pastu ada byk yg tak menetas.. rupanya dia tak candling dulu sebelum masuk ke dalm incubator, ada juga yg kelang kabut sbb kali pertama kena handle anak ayam incubator yg jumlah dekat seratus.. ada juga yg mati anak2 ayam dia pasal baru pertama kali hadapi kejayaan menetas sekali banyak..selama ini duk harap kat ibu ayam menetaskan dan ibunya menjaga anak2 aym ini.. semua ini pengalaman baru bagi teman dan teman sangat menghargainya..

dari kesemua pengalaman teman ini teman dapat simpulkan kebanyakkan pembeli mahu saiz incubator dipertingkatkan kepada 200 biji sekurang2nya dengan penambahan harga yang sedikit sahaja. Ramai juga yang mengadu tiada cukup masa untuk menterbalikkan telur ayam atau merasakan tugasan ini membebankan.. bila dicadangkan membeli yg aoto dijawabnya masih tak mampu dari segi kewangan, sangat berhajad tapi belum mampu.. mahu beli yang murah dulu untuk belajar sebelum guna yang lebih mahal.. teman anggukan aje.. Ramai juga yang bertanyakan incubator yang berharga murah dan sangat budget kerana merasakan memiliki satu incubator yg berharga 200 lebih adalah membebankan dan tidak berbaloi.. semua itu temen catatkan untuk tujuan R&D pada masa hadapan..minggu ini teman sedang bertungkus lumus untuk mencipta atau memperbaharui rekaan teman untuk produk seperti berikut:

1. membuat incubator saiz 100 biji yang berharga RM 100 sahaja..
2. membuat incubator saiz 100 biji+ semiauto berharga RM 120 sahaja..
3. membuat incubator saiz 200 biji force air+semiauto+low profile dengan harga RM 300 sahaja
4. membuat semula incubator yg ada kepada jenis semiauto dengan tambahan RM 30 ringgit
5. mencipta tray baru yang boleh diubah jaraknya untuk memuatkan semua jenis telur..

diharap minggu hadapan teman dapat mengeluarkan kesemua paten incubator ini untuk tatapan bakal pembeli.. tak salah sekiranya untuk mempelbagaikan jenis incubator dipasaran.. persaingan sihat ini perlu dihidupkan lagi untuk meningkatkan budaya penggunaan incubator dikalangan penternak.. manatahu suatu hari nanti incubator bukan lagi perkara asing dikalangan penternak skala kecil mahupun besar..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram