Pages

Masalah Berulang Kembali-ayam berak kapur..





Salam semua.. baru kejap tadi dalam kul 1 pi melawat reban untuk regular check.. tgh duk pusing2 sedar2 ada bunyi ayam jatuh bedebuk kat tempat ayam bertenggek.. mula2 sekor pastu jatuh lagi sampai 5 ekor semuanya.. semua dah macam nyawa2 ikan n ada yg mengelupur.. ayam jatuh tanpa ada apa2 berlaku.. hati dah risau.. belek punya belek n cek seluruh badan.. takde apa yg pelik pada ayam, tembolok penuh ngan makanan.. tapi ayam macam nak mati.. boleh jatuh dari tido n tak lalu nak bangun langsung.. last2 baru perasan yg ayam dah kena penyakit berak kapur.. ponggong akan keluar lendir macam cairan kapur makan yg biasa kita makan.. aduhaiii.. lama dah pennyakit nie tak melanda reban.. macam tak percaya berlaku lagi.. hati duk risau sekarang nie takut makin banyak yang jatuh.. sbb memang tau kalau kena penyakit nie boleh abis satu reban..setiap kali ayam nie jatuh ketanah, keadaan ayam lain menjadi riuh rendah ngan kokokan amaran.. sedih mendengarnya..
Terpikir balik apa yg berlaku dulu2 hampir 4-5 bulan dulu masa benda nie banyak kali berlaku n dah banyak yg mati.. kenapa ianya berlaku lagi? nak tau jugak apa yg boleh mengubatkan dan nak pikir balik apa puncanya.. so bukak balik buku catatan 3-4 bulan dahulu yg tertulis semua gejala n aktiviti semasa penyakit ni melanda.. catatan hampir sama ngan setuasi berlaku pada hari nie.. mari sama2 kita perhatikan butiran dibawah.. mana tau dapat idea sebenarnya apa yg berlaku..

perkara yg berlaku dulu dan sekarang:

1. itik terlepas pagi tadi dan bercampur dgn ayam.. selama ini itik dikurung dalam reban khas dan takleh kuar sesuka hati.. pagi tadi tgk semuanya duk luar reban dan bercampur gaul ngan ayam lain.. ini kah punca ayam mendapat sakit akibat penyakit bawaan itik.. sbb semua pasti n yakin bahawa itik ini membawa penyakit n pantang kalau dicampurkan dengan ayam.. sbb otik ada antibodi yg kuat berbanding dengan ayam..
2 ada pelawat datang ke reban yg mana beliau juga penternak itik skala sederhana besar.. sebelum ini ayam akan kena penyakit bila ada penternak itik atau penternak ayam yg datang ke reban..kalau pelawat bela ayam 3-4 ekor or bukan seorang penternak.. or belum singgah kemana reban sebelum masuk ke reban aku..takde masalah nie.. ada kes yg ayam kena penyakit nie n mati tak sampai 7 jam selepas pelawat pulang dari melawat reban.. setelah kerap aku memberi ubat elektromysis(ubat merah) ayam nie bagai imun kepada pelawat..cam dah tak jadi penyakit nie.. namun sejak 2 minggu nie aku hanya bagi ubat antistress semata2 kerana cuaca yg sekejap panas terik n sekejap hujan lebat.. pelawat yg datang pagi tadi dan melakukan kunjungan kepada keseluruhan reban, kesilapan saya adalah tidak lagi menitik beratkan langkah pencegahan penyakit seperti mencuci kasut atau menukar kasut kepada yg telah dirawat.. so mungkin penyakit ini datang dibawa dari tapak kasut.. tapi kesimpulan tak dapat nak dicapai kerana sebelum ini penyakit ayam berak kapur hampir 5 bulan tak menyerang.. sedangkan pelawat silih berganti..
3. ayam sekarang lebih kerap dilepaskan keluar reban kerana kekurangan bekalan nasik lebihan. tujuan pelepasan ke luar reban adalah untuk ayam menambah nutrisi pemakanan.. tetapi biasanya ayam hanya dilepaskan dalam jangka masa 1 jam sehari pada waktu petang.. namun minggu nia ayam dilepaskan dari kul 2 sampai ke magrib.. ayam diberi makan pada waktu pagi dan pada waktu magrib jagung n dedak ditabur kedalam reban supaya ayam kembali balik kereban.. apa yg aku perhatikan ayam nie ada mengorok n menguis tapak penanaman bangkai ayam lain yg mati akibat cuaca hujan sebelum ini.. mungkinkah permakanan ulat bangkai sebabkan ayam nie kena penyakit nie.. sbb aku ada baca tak semua ulat yg kita berikan sesuai dengan ayam, mungkin ulat bangkai hasil telur lalat tak sesuai.. aku ada belajar yg iti n ayam sangat kalah kalau mula memakan lalat atau ulat telur lalat terutama langgau.. mungkin juga tindakan dorang belasah ulat yg berada dalam tanah tu meneyebabkan ayam nie mula sakit kembali.. kesilapan aku adalah menanam ayam dengan lubang yg terlalu cetek kerana banyak sgt ayam yg perlu ditanam sebelum ini..
4. tahi tikus, baru pagi nie aku baru membersihkan satu sarang tikus yg aku jumpa pada timbunan kertas kertas dan tong2 bekas air.. dalam proses tu terjumpa byk tahi tikus, dan semasa prosas tu byk tahi jatuh bertaburan dilantai.. belum sempat nak disapu dah habis semua tahi tu dimakan tanpa disedari.. mungkin tahi tikus ini sangat berpenyakit n ada byk bakteria..
5. lopak air.. kejadian hujan berpanjangan sekarang meninggalkan lopak air yg bertakung dan lecah.. ayam ni suka sangat minum pada lopak kotor nie.. aku kekadang tak sempat nak menambus kembali kerana beranggapan lopak ni akan kering sendiri bila matahari naik.. satu lagi kesilapan yg perlu dibaiki seawal pagi esok.. mesti!!!.. org tua selalu kata pastikan dalam reban takde becak atau lopak kerana dilopak nie segala cacing halus( bukan cacing tanah) suka berkumpul n membiak.. bila ada ayam minum, cacing ni akan masuk pada badan n akan efect kepada mata muka hidung yg akam membengkak.. yg paling bahaya ayam akan tercungap2 dan tersekat saluran penafasan kerana lendiran mukus mula menutupi liang pernafasan..

Malang rasenya kesemua benda nie terjadi serentak dan tak dapat nak pastikan mana satu yg menjadi punca sebenar penyakit yg melanda.. kalau satu je punca yg dapat dikenal pasti pasti mudah nak dikenalpasti pada masa hadapan.. harap2 hanya ini sahaja yg terkena jangkitan penyakit ini.. selalunya kalau diberi terus air elektromisis yg disuntik terus kedalam mulut biasanya ayam ni dapat diselamatkan.. namun kalau esok tak sembuh dan masuh hidup.. terpaksalah disembelih dan dibuat gulai.. rugi oo pasal yg terkena 5 ibu yg dah sangat matang dan seekor bapak ayam yg dibeli dengan harga RM 70 seekor..

esok perlu bersihkan reban dan memulakan langkah pencegahan yg sepatutnya.. minuman ubat elektromisis telah diberikan serta merta pada waktu nie tapi kena tunggu esok baru ayam akan mula minum.. doa2 kan takde yg mati lagi esok.. yg pasti esok akan menjadi hari yg sangat panjang sekali.. -sory membebel terlalu panjang dalam satu post..

-gambar atas adalah ayam2 yg hampir mati malam nie.. dah bawah adalah sekor ayam yg dah tak bermaya tapi belum jatuh ke tanah lagi.. ini yg org kata ayam jatuh ketanah n mati secara tiba2 dalam masa yg singkat tanpa apa2 petanda macam buah yg jatuh bila cukup masak.. gambar bawah adalah rupa ayam berak kapur pada buntut ayam..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram