Pages

usia 3 minggu


atas ni gambar anak ayam yang menetas 1-4 ramadan lepas.. Rezeki ramadan.. last bacth yang jumlah telur banyak kat reban.. lepas bacth nie ayam terus kurang bertelur.. harap dengan tambahan 60 ekor ayam yang baru dibeli minggu nie, bilangan kutipan telur akan meningkat.. Insyallah..
dari 115 biji telur yang dieramkan hanya 87 yang menetas.. bagai teman itu sudah dikira baik.. dari jumlah tu hanya 3 ekor mati sbb cacat kaki dan berbadan lemah.. yang lain semua sihat.. tapi dalam fasa ini ada akan ada 10 ekor lagi yang akan mati akibat bersaing makanan dan berhimpit tempat tido walaupun kita pasang lampu dan suhu sesuai.. lumrah anak ayam suka tido berhimpit untuk 'rase'selamat. anak2 ayam nie sentiasa lapar n riuh.. nie selepas 3-4 minggu lagi bekas ini akan nampak lebih sesak.. so kenalah pindahkan ke reban kecil atas tanah didalm reban.. so begitulah seterusnya.. namun teman masih belum puas hati lagi dengan sistem direban teman.. sepatutnya reban teman disetup macam reban di Big valley farm di kuala selangor.. dalam brooder ditempatkan anak ayam mengikut jumlah yg sesuai serta brooder ini telah siap dengan lampu dan kelambu.. setiap brooder ada suiz individu untuk kawalan pemasangan lampu.. tak payah kita nak tanggalkan mentol bila brooder kosong atau buat sambung berplug bagi setiap brooder.. berserabut nampaknya nanti.. selepas sampai usia tertentu anak ayam ini hanya duduk di reban ini sehingga sesuai untuk turn ketanah.. dari reban tanah(asuhan) kemudian dipindahkan ke reban induk atau tahap jualan.. hanya 3 perpindahan dilakukan sepanjang hayat ayam ini.. tujuan untuk mengelakkan ayam stress dengan suasana baru serta tekanan menyesuaikan diri.. betul tak teman kata sebelum ini tentang org yg dah lama menternak ini mempunyai kebijaksanaan untuk merancang sistem reban bagi memudahkan kerja..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram