Pages

Incubator, kelebihan dan cabarannya..




salam Aidilfitri kapada rakan penternak semua..

Sejak teman menjadi pembuat dan penjual incubator nie banyak pengalaman yg teman dapat. Ada yg mencuitkan hati dan ada yang menyakitkan hati.. tapi teman anggap itu semua sebagai asam garam sebagai penjual. teman bukanya tak pernah berhadapan dengan pelanggan sbb teman rase sejak teman makan gaji, melayan pelanggan sahaja lah yang teman tahu melakukan.. yelah sejak abis belajar kat UPM teman masuk sebagai manager kat pizza hut, lama lekat kat situ.. korang tau jelah kalau nak melayan org makan nie.. macam2 perangai.. ada yg lagaknya macam pizza tu dia yg punya pun ada, pas tu teman kerja sebagai branch manager kat cawangan maxis selamat setahun, pastu teman kerja sebagai designer kat syarikat perunding pembinaan.. so semuanya melayan orang.. tapi bila kerja bawah org biasanya kita akan diperah sepenuhnya untuk mencapai target bulanan comp yg kekadang tak masuk akal langsung untuk dicapai hehehe.. panjang dah melalut nie..

sejarah teman mula memelihara ayam nie teman tak tau langsung pasal incubator. apatah lagi nak membuatnya.. setelah 3 bulan menternak teman hadapai pelbagai masalah untuk mengurus anak ayam atau memastikan semua ibu menjaga anak ayam dengan baik.. pada mulanya teman harapkan sepenuhnya pada ibu ayam untuk menjaga anaknya dan mengeram sendiri telur.. kalau dah 20-30 ibu menetas serentak memang haru biru reban dibuatnya.. masing 2 nak jaga anak dan mempertahankan kawasan mereka.. selepas teman tau pasal incubator teman pun beli satu tanpa ada guide line cara nak guna.. biasalah kalau kita beli dari penjual kaum lain yg agak susah nak memberi ilmu percuma terutama pada org melayu.. sudahnya teman bakar satu incubator pasal perasan marah dan kecewa.. namun tuhan nak tunjuk jalan temanbuat satu incubator lagi semasa incubator yg lama tu masih ditangan teman.. setelah terjumpa semua maklumat yg teman perlukan akhir teman membuat 3-4 bijik tambahan lagi untuk kegunaan sendiri sehingga sekarang sudah banyak yg teman buat..

so kemana kita sebenarnya dengan incubator ini.. perluke kita dengan incubator? persoalan ini sudah mula bermain dikepala penternak ayam sehingga sudah ada kesedaran untuk memastikan direban ada satu unit incubator ini.. kalau sudah ada satu incubator ini bagaikan sudah hampir lengkap reban kerana alat pewaris keturunan atau pembenihan sudah tersedia.. masalah yg biasa timbul tiada lagi dan anak ayam boleh ditentukan bila akan keluar..
teman terkejut bila teman ada terbaca yang incubator ini dah lama betul digunakan diluar negara.. pasal kalau mereka nak bela ayam kena ada incubator berikutan negara ada 4 musim yang tak sesuai untuk ayam nie.. ada yg menceritakan yang ayam mereka hanya bertelur pada musim tertentu berikutan cuaca extream yang berubah2.. sebab tu kalau kita tgk reban mereka begitu cantik dan sangat tahan kepada cuaca luar... pada musim salji ayam akan memilih untuk duduk direban sahaj ayang dilengkapi dengan heater.. makanan pun banyak dalam reban so tak yah nak kuar lagi.. kalau takde semua tu ayam akan berhirbinasi atau tak aktif langsung ketika musim sejuk.. tapi kita di Malaysia beruntung yang ayam boleh bertelur sepanjang tahun dan hidup bebas sepanjang tahun kerana suhu kita sangat setabil dah cuaca panas sepanjang tahun.. mungkin disebabkan faktor itu kesedaran tentang ujudnya incubator ini sangat rendah, sbb tu tak hairan bila saya tunjukkan kepada pengunjung umah saya tentang incubator banyak yang terpingga2 dan ada yang cam tak percaya ada anak ayam akan keluar dari kotak tersebut.. bila tgk proses penetasan dalam incubator ada yang terlekat kat tingkap incubator berjam2 lamanya memerhatikan proses penetasan berlaku.. kalau 10 tahun dulu, hanya mereka yang berada dalam bidang perniagaan penghasilan anak ayam sahaja yang mengetahui pasal incubator ini.. sekarang Alhamdulilah banyak yang dah tau dan ada yg pernah dengar tapi tak pernah tgk..

Dengan adanya cukup ilmu untuk mengurus sesebuah incubator, penghasilan anak ayam dapat dimaksimumkan dalam reban kita.. dengan incubator semua telur dikutip dan di asingkan untuk dimasukkan didalam incubator.. kalau sesebuah incubator itu di set dengan baik dan telur yang dimasukkan adalah berkualiti makan penetas telur akan mencapai 90% dari jumlah yg dimasukkan.. dari incubator kita menjaga anak ayam ini sehingga sampai ketahap boleh jual atau terus dibela sehingga menjadi matang untuk menjadi induk semula bagi medapatkan generasi yang baru.. kelebihan ini akan memberi pulangan dan harapan yang lebih baik kepada penternak berikutan bidang ini mula diminati ramai sekarang.. kiranya kalau selepas ini ada penternak baru yang bercadang ingin memasuki bidang ini mereka boleh dikatakan beruntuk kerana forum, blog dan web tentang penternakan ini terhidang luas dan mereka boleh mendapatkannya dengan mudah berbanding penternak sebelum zaman it sebelum ini.. dengan hanya satu panggilan telepon atau sms sebuah incubator akan sampai kerumah anda dan disertakan dengan panduan lengkap penggunaanya.. anda boleh memilih yang berjalan secara automatik atau yang manual mengikut kemampuan atau yang baru mencuba anda boleh membeli incubator budget murah untuk tujuan pembelajaran.. kemudian untuk mendapatkan induk atau benih anda hanya perlu melihat iklan2 yang ada atau menghantar email pemintaan anada kepada penternak yang sedia ada.. begitu mudah.. kan ?

Cabaranya pulak dalam penggunaan incubator adalah perhatian yang lebih perlu diberikan kepada anak2 ayam kelahiran incubator ini.. saya lebih suka mengelarkan anak2 ayam nie dengan anak manja kerana ayam nie tak pernah menghadapi cabaran yang biasanya dihadapi oleh anak ayam lain.. ada juga yang mengatakan anak ayam yang keluar dari incubator tiada bezanya dengan anak ayam lain tapi saya masih berkeras yang terdapat banyak perbezaanya.. anak ayam jagaan ibu dasuh sehingga berumur 3-4 bulan sehingga dah rupa ayam besar yang lengkap bulunya manakala ayam incubator perlu membesar sesama umur dan tiada panduan untuk hidup.. mereka membesar mengikut naluri haiwan dan keperluan asas.. jiga kita berikan semua yang diperlukan oleh anak ayam ini.. maka kejayaan hidup akan lebih tinggi, boleh lah saya simpulkan tahap kritikal anak ayam "manja" adalah sehingga usia 4 bulan kerana usia dibawah itu masih perlu di'bidankan' oleh penternak..

Kerapkali saya memberi nasihat kepada pembeli incubator tentang perkara ini dan langkah pencegahan atau pelaksananan yg perlu bagi memastikan anak manja ini hidup sampai besar.. kalau penternak mengabaikan perkara ini nescaya sukar untuk mendapatkan benih pada masa hadapan.. lama2 incubator akan terabai dan tak digunakan lagi.. the best way anda mulakan dengan penternakn ni secara tadisional dahulu dan belajar perkara asas penternakan..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram