Pages

Ternakan terkini






salam..
penternakan kami sebenarnya bermula secara tidak segaja.. kebetulan belakang rumah yang disewa dari sepupu nie ada tamah dalam berkeluasan 1/2 ekar..tanah nie terbiar dari sejak rumah siap dibina iaitu 5 tahun lepas. Dari tgk terbiar jadi semak n jadi hutan kami pun mula menebas sedikt2 untuk dibuat reban kecil sekadar untuk merasai kehidupan 'kampung'. so mula bina reban kecil yg berkeluasan 12x12 kaki. saja masa tu buat reban cantik sikit pasal kayu lebih buat reban tu masih banyak.. disamping dapat carik kayu second hand kat pembinaan depan kawasan perumahan.. dari mula membela 7 ekor ayam kampung yg dirembat di kampung, kami mula menternak.. setelah sebulan menternak dari bulan 12 tahun lepas, anak ayam mula menetas sehingga 12 ekor.. so hati mula rase gembira berikutan ini adalah ternakan pertama membuahkan hasil sbb kolam belum masuk ikan lagi.. dah sifat manusia.. rase nak tambah ternakan supaya nampak meriah reban masa tu.. pegilah mencarik baka ayam kat pasar..namum pulang dgn rase hampa.. takde satu pasar pun yg jual ayam kampung asli(ori) nie..
Dalam ussa mencari baka ayam nie kami terpikir kenapa begitu sukar nak dapatkan ayam nie sedangkan kita berpendapat ayam kampung nie banyak dibela org dibelakang umah.. ada yang samapai berpuluh2 ekor banyaknya.. tapi bila dicarik dipasar semuanya adalah jenis kacuk dan dibela dengan cari ayam pedaging ataupun cara memberi dedak semata2.. pada mulanya mata sering tertipu dan akal hampir tak percaya bila melihat semua ayam kampung yg berada dipasar.. saling tak tumpah, sama ngan ayam kampung.. warna, dirinya, rupa dan sebagainya..bila ditanya"tokey, ayam kampung ori ada?" dgn selamba dia cakap 'ayam kampung takde .. manyak susah mau carik ooo.. kalau u jumpa leh kasi jual sama gua.."
aku tanya balik ni ayam bukan ayam kampung ka? dia jawab.. ayaa.. ini kacuk punya.. itu ori punya manyak mahad ooo, ada jual itu cina tua pagi minggu punya ada mali juat.. kalu lu mali mau bili pagi2 kena mali.. sekijam abis ooo..., dari kesusahan tu lah aku pun terpikir napa susah sangat nak bela ayam nie.. takde ke org buat besar2 market ini.. takde untung ke?napalak pemintaan ada tapi org taknak bela? kenapa ayam kacuk byk dipasar tapi yg ori takde?

Bermula dari situ lah aku pun start memulakan langkah menternak ayam kampung ori nie...
pasal ternakan pulak.. selepas bersusah payah mencari baka akhirnya dapat lah jugak dikumpulkan sebanyak 80 ekor ibu dan 12 ekor ayam jantan.. banyak jugak telor yg dihasilkan dalam tempoh masa 2 bulan pertama.. tapi hanya sikit sahaja yg menetas kerana pengendalian yg salah serta tak tau cara nak pakai incubator.. sbb lain pula mungkin pasal jantan yg duk ada semua takda taji lagi.. so benih macam takde je.. pastu tambah lagi dalam 40 ekor anak ayam dalam pelbagai peringkat serta bapak ayam otai dalam 3 ekor.. mula lah bertambah hasil.. telur, namun pengendalian yg teruk anak ayam nie.. tak banyak yg hidup.. penting oo belajar cara nak kendalikan anak ayam nie.. pastu terkena serangan penyakit sesema.. hampir 40 ekor ayam mati pelbagai umur n janttina.. padahal penyakit sesema nie tak merbahaya pun kalau tau ubat masalah2 tu..
abis musim penyakit.. pi beli dalam 30 ekor betina lagi pada bulan 3.. tapi banyak pulak mati pasal biawak, anjing, ular dan serangan angsa mengamuk.. pastu tak tambah dah.. dah masuk bulan 5 dapat cara nak gunakan incubator yg sebetul2nya.. baru tau incubator yg dibakar dulu sbb marah ada masalah pada setting dia.. set suhu sampai 50C memang lah akan menjadit elur dadar.. dah power pasal incubator anak2 ayam umur 2-3 bulan yg duk beli aritu dah mula membesar.. dah mula bertelur.. telur makin banyak.. incubator pulak dah tak muat.. pastu tergerak nak buat incubator sendiri dengan meniru incubator yg dibakar tu.. so macam2 design lah kuar.. dari stail koboi hingga yg duk ada sekarang yg sesuai dijual.. yelah nak jual ngan org takkan nak buat koboi lak kan.. tapi bila kita buat duit sampingan dengan incubator nie macam dugaan kuar.. termasuk yg cerewet giler macam nak beli barang kemas n ada yg mintak discount giler2 macam incubator nie barang lelong kat bundle.. some time tak semua peniaga nie mencekik darah.. ada juga yg berpatutan, jgnlah sampai kita menutup pintu rezeki yg duk penat2 membuat n menjual benda nie.. takut kang kalau susah sangat n harga pun asik nak 'harga kengkawan' mau tokey incubator tutup kedai.. yg duk memperkondem org pun ada juga.. cam susah hati je tgk org lain berjaya buat incubator n jual..Insyallah rezeki Allah dibumi ni banyak.. lagi banyak kita memberi lagi banyak yg akan kita dapat.. kalau dapat disingkirkan pangkat PHD dalam diri kita INsyallah kita akan berjaya.. rasenya kalau incubator berkapasiti 120 biji, yg aku punya paling murah kot.. tapi mungkin ada yg lagi murah tapi aku tak perasan.. apa2 pun pilihan ditangan masing2..
sambung bab ayam.. pas dah bulan 9 sekarang.. ayam yg dah matang n capai berat jualan ada dalam 300 ekor, anak ayam bawah 2 bulan ada dalam 400 ekor.. nampak perningkatan ternakan ayam nie dalam masa 4 bulan(sbb bulan 5 baru tau cara guna incubator & penjagaan anak ayam)..dari bulan satu hingga bulan 5 yg digandakan hanya dalam 80 ekor sahaja..
kalaulah dari bulan 1 semua masalah ni dah diketahui cara penyelesaianya.. mungkin gandaan ayam dah meningkat.. kalau ayam dari bulan 1 hingga 3 berjaya hidup.. mesti sekarang semuanya dah besar2 n jadi ibu balik..
Apa2 pun kita tunggu sampai bulan 12 balik.. tgk perkembanganya dan buat kesimpulan tahunan..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram