Pages

penyakit hujan



Musim hujan dah tiba dari sebelum ramadan lagi. Bagi manusia ianya satu Rahmat dari Ilahi, cuaca jadi sejuk dan memudahkan kita berpuasa. namun bagi penternak ungas seperti saya musim hujan mengundah perasaan risau berpanjangan terutama bila langit hitam pekat.. kalau malam pulak kalau nampak awan putih berkepul2 menutupi pemandangan bintang hehehe.. tido malam pun terjaga2 dan kerap melihat luar takut2 hujan dah turun..
setiap kali hujan lebat, selalu pi cek reban takut2 air naik.. walaupun reban kita dah siap longkang dan perparitan tapi hujan yg lebat turun dengan kadar yang lama boleh menyebabkan banjir kilat. Sekiranya kita menggunakan konsep reban atas mungkin masalah ni tak jadi masalah. air tak kena pada ayam dan ayam masih kering sampai pagi tapi macammana pula yg kebanyakan akit nie bela ayam atas tanah?
Dalam reban ada dekat 200 ekor anak ayam baru usia 2-3 bulan yg baru belajar turun tanah atau dengan ertikata lain baru dapat reban besar sendiri, kalau selama ini dorang duk reban yg selesa skang dah sampai masa dorang belajar jadi ayam kampung sebenar, kena belajar mengelakkan hujan, cara dorang nak atasi cuaca sejuk, cari port nak berteduh, cari batu kecil untuk dipatuk,bersosial, mencari hariki ayam dan banyak lagi, tapi kalau tak dapat skill macam nie byk yang akan mati bila besar kelak.
anak ayam nie kalau masa dalam jagaan kita dari usia 1 hari hingga satu bulan sukar nak mati kerana semuanya masih ditatih, dari pengalaman aku, dari 100 ekor dalam jagaan nie.. hanya 2 ekor kematian dicatatkan sehingga berusia 2 bulan, tapi bila start kita lepaskan dalam reban atas tanah, akan ada yg mati dalam tempoh perpindahan.. walaupun kita dah bagi minum air anti stress..
Gambar diatas adalah masalah yg paling biasa dihadapi oleh penternak turkeys kalau musim hujan, cara tebaik ternak turkeys ni kena pastikan reban tertutup sepenuhnya dari hujan dan dilepaskan turkeys bila cuaca baik.. kalau skali je kena hujan sampai pagi.. domino effect dia sampai berminggu2, puas lah kita nak menanam bangkai, tapi kalau kita nak buat reban tertutup sepenuhnya agak sukar juga memandangkan kerana kos yg terlibat boleh menipiskan poket sekelip mata..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram