Pages

Free range/grass feeding/organik??



Salam,
kalau korang carik village chicken(ayam kampung) memang tak jumpa kat negara org putih pasal dorg tak panggil ayam kampung.. byk gelaran lain yg dorang guna untuk merujuk kepada ayam kampung yg biasa kita panggil.. kebanyakkan digelarkan dengan cara ternakan ini dibila.. seperti kat negara kita juga, kat sana ada ayam pedaging yg selalu kita makan, ayam kampung yg dibela belakang umah dan ayam hutan atau ayam liar.. gelaran yg biasa kita dengar mat salleh guna seperti free range chicken(ayam ternakan bebas), grass feeding( ayam makan rumput) dan organik chiken.(ayam yg dibela secara organik).. kalau2 ayat aku tak betul or eja tak betul mintak maaf lah yek.. tulisan adalah dari pembacaan aku n lawatan ke blog dorang, aku english nie out jugak.. tu kekadang paham kekadang tak paham hehehe..
so yg aku paham2 sikit pasal benda nie seperti dibawah:
free range
ternakan ayam kampung dorang yang dibela disatu kawasan ditetapkan namun ada juga yg memagar dengan satu keluasan yg telah ditetapkan.. konsep reban dia adalah ayam nie mempunyai pintu masuk n keluar dibahagaian bawah reban.. ayam bebas keluar or masuk tanpa perlu dikawal.. ayam boleh memilih untuk duduk didalam sekiranya cuaca luar tidak sesuai.. ayam nie akan makan apa sahaja yg boleh dicari disekitaran tanah. ayam jenis nie sangat mahal kat sana dan telur dia menjadi rebutan org ramai.. makanan tambahan tetap diberi dan bekalan air bersih diberi setiap hari.. keluasan kawawsan ternakan biasanya sederhana dan byk yg menjalankanya dibelakang rumah atau dikawasan kebun..
grass fedding
nie yg konsep org kata ayam makan rumput.. tapi sebenarnya bukan ayam tu makan rumput semata2.. ada spec yg tertentu untuk mendapatkan lebel ternakan sebagai grass feeding nie.. kalau gagal mengikut piawaian memang susah nak dapat title tu.. antara yg aku dapat tau syarat dia.. jumlah ayam mengikut keluasan ditetapkan, struktur perumah dan sebaginya..
biasanya keluasan tanah untuk ternakan ini sangat besar kerana kita perlu berpindah ke tapak lain dengan memindahkan semua ayam ke tempat baru.. sbb tu reban ayam konsep ini mempunyai roda dan boleh ditarik dengan traktor.. lazim kalau kita kurung ayam nie dalam satu kawasan, ayam mampu mengondolkan kawasan tu dalam masa 2-3 bulan.. jadi padang jarak padang terkukur.. kat blog waa ramli ada gambar lawatan beliau kat negara org putih yg bela ayam dgn cara nie.. kat melaysia hanya satu ladang je yg berjaya mendapat pengiktirafan grass fedding + organik chicken.. Ladang tersebut adalah DQ farm yg terletak dibentung.. namun peluang melawat reban ni merupakan satu yg jarang didapati kerana pemilik mengawal sepenuhnya reban dari serangan penyakit termasuk meghadkan pelawat.. bayangkan kalau nak masuk reban pun kena cuci kereta n tayar sebelum boleh masuk.. sampai dipintu gerbang kawasan reban anda kena tukar kasut yg dipakai.. dan diberi amaran supaya tidak sesekali pergi kereban sesapa sebelum keladang tersebut.. dibawah adalah gambar ladang tersebut hasil lawatan jemputan bersama linda(aka guppy lopeh pultry) ..

organik chicken
ha nie yg susah .. nak capai tahap nie memang susah.. lagipun kesedaran rakyat malaysia nak carik daging n telur organik masih rendah.. hanya DQ farm je yg ditauliahkan sebagai pengeluar tunggal ayam organik dimalaysia.. kalau yg lain tu tak tau lah pasal takde sijil lagi.. sejauh mana organiknya takdapat saya katakan..
ayam organik nie perlu bebas dari sebarang ubat2,dadah, hormon, vaksin dan sebagainya.. makanannya pula perlu bebas dari element ini juga.. anak2 ayam nie pada awalan usia, diberi makanan khas tempahan dari kilang pembuat dedak sbb dedak yg duk kita gunakan sekarang telah dicampur dengan pelbagai ubat untuk menggemukkan dan meyihatkan ayam.. so dengan memasak sendiri dan dicampur dengan dedak khas barulah lebel organik dpat dicapai.. selepas sebulan anak ayam dipindahkan ke kawasan padang rumput sehingga sedia untuk dijual,, ternakan mengambil masa 4-5 bulan sebelum dijual.. segala bahagian ayam yg dipasarkan sekiranya dari jenis ini mencecah 3 kali ganda dari harga sebenar.. bayangkanlah 10 bijik harga dia dekat 7 US dollar kat sana.. fuh.. kali duit kita tgk..
so dimana kah letaknya katogori ayam kampung kita nie? kalau nak kata free range, kita duk kurung ayam nie dalam reban.. kalau yg stail kampung betul tu ok lah kot lepas memanjang je.. suka hati tido atas pokok, nak kata grass feeding, spec yg kita guna tak sampai langsung, jaug=h sangat standart nya.. nak kata organic lagilah.. dedak yg kita duk bagi tu penuh dgn ubat2tan.. kat ladang organik tu.. jagung yg diberipun adalah jagung ditanam khas oelh org asli atas bukit yg tak tercemar, takd ebagi baja apa2pun, takde kena racun dan takde perangsang pokok.. kalau kurus pokok tu kurus laa.. janji organoc.. asli.. mungkin ayam kampung kita layar digelar "back yard chicken.. sama sama kita fikirkan..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram