Pages

ciptaan terbaru..tray semi auto..





Saya menerima tempahan dari seorang penternak partime yang nak menetaskan telur puyunya sendiri, beliau sudah bosan dengan kerenah penbekal anak puyuh yang sering membekalkan benih yang tidak bermutu, dengan bantuan incubator benih yang dihasilkan mampu menjimatkan kos dan terjamin mutunya dengan pemilihan induk dilakukan. Namun terdapat permintaan khas tuan punya incubator supaya membuat incubatornya semiouto kerana bimbang tidak mempunyai cukup masa untuk menterbalikkan telur puyuh yang sedia diketahui kecil dan banyak.. so dengan peralatan yang ada, aku pun membuat dan mencipta pelbagai tray yg sesaui dengan puyuh. nak beli yg ready made agak mahal.. takut pulak nanti incubator yg dijual tak berbaloi harganya..dengan beberapa kali kegagalan akhirnya terciptanya tray yg korang tgk nie.. kerjanya agak remeh dah rumit tapi keputusan dan gaya bekerjanya sangat berkesan.. yg paling best tak perlu mengubah apa2 pada incubator yg sudah ada dan sifatnya seperti tray biasa.. hanya perlu letakkan ditempat yang sepatutnya dan siap!.. untuk ayam kampung pun sama sahaja konsepnya dan tak perlu apa2 perubahan yg besar..
so kalau ada sapa2 yg sudah bosan nak pusing telur, boleh lah menempah tray nie mengikut saiz incubator manual anda.. tapi lama sikit masa nak kena ambil pasal nak buat dia agak remeh.. anda hanya perlu memberi saiz tray yang anda ada dan saya akan membuatnya tanpa sebarang perubahan.. sudah siap anda hanya perlu meletakkan tray batu ditempat asal..itu sahaja..

kos satu tray adalah dalam lingkungan RM 25-30 sahaja bergantung kepada saiz tray itu sendiri.. kalau anda berminat bolehkah menghubungi saya ditalian 0123332273.. namun kalau anda ingin buat sendiri anda boleh merujuk gambar dan cuba perhatikan keperincian yg ada.. anda dialu2kan untuk mencopy sekiranya anda ada kelapangan.. sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram