Pages

ayam tido..




rasenya saya tak pernah amik gambar ayam tido aktu malam sebelum nie.. tak teringat pulak nak amik gambar pasal gelap kan.. so baru kejap tadi masa meronda reban teringat nak bawak camera sekali.. jalan pelahan2 dan amik gambar.

gambar diatas ni gambar anak ayam yg tidor kat atas para.. nampak macam penuh tapi banyak yang kosong.. suatu ketika dulu para nie pernah penih sesak. namun inilah cabaran sebagai seorang penternak..bagi yang dah lama berkecimpung mesti sangat banyak ilmu yg diorang ada pasal nak membiakkan ayam ini bukan senang.. kekadang mulanya menternak ayam banyak tapi pada hujung ayam makin sikit walaupun tak pernh jual.. lagi lama kita menternak lagi banyak ilmu yang kita dapat.. yelah kalau aku nie yg baru menternak 9 bulan dah rase leh buat satu buku pengalaman bagaimana pulak yg dah bertahun bela.. yg mana ayam yg ada kat rumah tak pernah putus walaupun dah banyak jual atau sembelih..

pernah aku tanya beberapa penternak kecil2an yg menternak disekeliling rumah.. mereka menternak dgn tujuan untuk makan sendiri n carik duit nak pi pasar, bila ditanyakan anak2 ayam cik yg menetas semuanya hidup ke? hampir kesemuanya akan mengelengkan kepala macam iklan dalm sinar fm sbb tak masak pakai cili giling hahaha.. byk yg kata dalm 12 ekor yg biasa menetas pada penghujungnya akan tinggal 2-3 ekor untuk disembelih.. yang lain out.. paling kuat pun kalau musim cuaca elok hanya separuh sahaja berjaya.. so tak mustahilah bahawa dikatakan penternakan ayam nie agak sukar kalau kita tidak melakukan sesuatu untuk megatasi semua masalh yg ada.. matlamat aku sekarang nak pastikan 70% anak ayam yg kuar dari incubator hidup sampai ke besar.. dapat peratusan macam nie aku dah boleh gelarkan diri sebagai penternak berjaya..

Ayam nie perangai nya memang rabun malam. pada waktu malam penglihatanya sangat rendah.. sehungga hanya boleh melihat setegah meter sahaja.. sbb tu kalau kita jln pelahan2 kita leh goso kepala ayam nie tanpa dia sedari sbb tak perasan..tapi ayam kampung ada senjata lain pada waktu malam iaitu senser pengesan gegaran.. dibawah lapisan kulit bawah tapak kaki ayam ada satu pengesan pergerakan yg sangat sensetif.. sebarang pergerakan akan menyebabkan ayam nie tersedar dan membuat bunyi amaran seperti berkokok or berketak.. sbb tu tetiba pada waktu malam, reban jadi riuh rendah.. kita cek takde apa yg berlaku.. rupanya tikus2 duk main lompat tali kat bumbung reban.. nie pun satu masalahnie,..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram