Pages

incubator-how if?



salam,
Kita selalau diingatkan dan diajar tata susila penggunaan incubator, antaranya kedudukan telur, pemusingan telur, penandaan,pengendalian dan sebagainya.. namun apakah apa yang dikatakan semua itu betul? adakah mereka yang menagajar kita pernah melalaui pengalaman sekiranya perkara yang dinasihatkan tidak dilakukan dan apakah yang akan terjadi.. oleh itu demi mendalami ilmu dan mempelajari penternakan ini sedalam2 dalamnya saya mengambil iniseatif untuk menjalankan ujikaji tentang what happen if? sekiranya saya dengan sengaja melanggar pantang larang ini.
Sebanyak 20 biji telur dalam satu produksi telur dikorbankan untuk menjayakan uji kaji ini. ujian yang dilakukan adalah seperti dibwah:
-ujian pengalihan telur
-ujian kedudukan telur
-ujian gegaran
-ujian air
5 biji telur digunakan untuk setiap ujian dan 5 biji telur tambahan lagi untuk dijadikan subjek kawalan. Setiap biji dipilih dan dimulakan ujian selepas proses candloing hari ke 4 untuk memastikan kesemua telur mempunyai benih dan spider web telah kelihatan. tujuanya untuk memastikan semua subjek telur sah untuk ujian ini.
ujian dilakukan pada 12/8/09 dan keputusan dan kesimpulan adalah seperti dibawah:

1- untuk ujian pengalihan telur saya, saya membuat satu bekas yang mana kesemua telur ini diletakakan didalam incubator dan tidak akan diterbalikan dari mula tarikh masuk telur. Dan hasilnya hanya sebijik yang menetas tanpa dibantu, sebiji lagi menetas dengan dibantu kerana kulit melekat dibulu dan 3 biji yang lain mati selepas menebuk ruang udara buat kali pertama.
2-ujian kedudukan telur saya menterbalikan telur itu dengan bahagian tunpul berada dibawah dengan maksud ruang udara dalam telur berada dibawah. hasilnya 3 biji menetas tetapi bila di di candling pada hari ke 16 kedudukan poket udara berada dibahagian tepi telur dengan kedudukan songsang. namum anak ayam ini menetas dalam kedudukan yang luar biasa iaitu dibahagian muncung tajam telur(biasanya dibahagian tepi bhgn tumpul)-hasil kajian ini adalah seperti diatas.
3- ujian gegaran. setiap 3 hari saya akan menggoncang telur seperti untuk kita menguji kandungan air dalam telur bila telur tak menetas(takut tembelang)2 dari 5 biji pecah poket ruang udaranya dan tembelang, manakala 1 biji sahaja berjaya pada hari penetasan.
4-ujian air-kain basah digunakan untuk mengelapkan telur untuk semulasi proses pembersihan telur kalau kotor untuk menjawab persoalan apakah saya boleh membasuh telur saya. Hasilnya kesemua 5 biji telur ini tak menjadi dan bau busuk sudah dapat dikesan (tembelang) pada hari ke 14 lagi.. nie yang bahaya.. tgh tunggu turn menetas tetiba meletup..

so.. apa yang boleh disimpulkan disini.. tatacara penggunaan incubator yang diajar selama ini mempunyai sbb langsung dan tidak boleh dipertikaikan lagi, oleh itu sebarang kegagalan untuk memenuhinya akan menyebabkan kegagalan penetasan telur kita. Kajian seterusnya yang akan dirancang adalah:
-ujian candling dengan lampu panas
-ujian jangkitan kuman
-ujian kesan jenis dakwat yg digunakan untuk menulis tarikh
-ujian perbezaan kelembapan
-ijian perbezaan suhu

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram