Pages

Vaksin New Casle


Teman dah nak start guna vaksin untuk ternakan teman untuk persediaan ayam teman dari serangan penyakit.. vaksin bukanya dadah atau hormon yang boleh mengemukkan ayam atau sebagainya.. vaksin ini untuk meningkatkan daya tahan penyakit ayam kita dari penyakit seperti sampar atau sebagainya.. Teman mendapat bekalan dari seorang penternak ayam kampung kacuk di dengkil iaitu NurdelimaFarm.. tuan boleh melawat ke blog beliau di link sebalah dibawah post rakan ternakan.. Member ini juga ada menjual pelbagai ubat2an ayam nie termasuk elektromisis seperti Neo misis, ubat cacing dan antistress.. kalau tuan nak mendapatkan bekalan ini juga tuan boleh menghubungi saudara ini kerana kemudahan penghantaran melalui pos juga disediakan.. tapi teman terus je pi beli pasal dekat dah ngan reban teman..

Skang nie ada banyak jenis vaksin yang ada dipasaran.. jenis yg teman beli ni boleh digunkan untuk 1000 ekor ayam untuk sekali guna.. untuk tujuan penyimpananan, vaksin perlu disimpan didalm suhu 4 darjah calsium lebih kurang suhu dalam peti ais kita.. semasa kita nak guna kita perlu menyediakan air sejuk dan dibancuh dengan vaksin.. air ini diberi minum kepada ayam ternakan kita.. selepas dibancuh.. vaksin hanya bertahan selama 2 jam sahaja.. oleh itu kita perlu memastikan ayam kita dalam keadaan dahaga sebelum air bervaksian diberikan.. kerana tempoh aktif vaksin hanya dalam 2 jam..bancuh dengan bekas air satu galen tu pastu beri pada ayam nie...

Vaksin yang dah ada dalam ayam ni akan bertahan selama 3 bulan, selepas tu kita perlu memberi semula vaksin ini untuk kali kedua. so kalau kita beri pada anak ayam yg baru menetas kita perlu berikan sekali lagi bila berusia 3 bulan.. dan seterusnya.. dengan pelaburan 15 ringgit untuk ternakan kita pulangan yg kita dapat lebih baik kerana hasilnya ayam kita lebih sihat dan mempunyai tahap imunasi yg tinggi.. tapi pemberian vaksin ni hanya kepada ayam yg sihat sahaja kerana pemberian kepada yam yg sudah berpenyakit tidak memberi sebarang kelebihan atau penyembuhan..

jaringan penternak ayam kampung..

1 comment:

HS Wong said...

Hi Shaiful,selamat raya.
Langkah pertama mencegah penyakit kat reban ialah jangan campur itik dengan ayam. Sebaiknya dalam satu ladang hanya sejenis sahaja. Itik pembawa banyak penyakit ayam. Contohnya, avian flu; kat itik tak ada apa apa kesan tapi bila kena ayam sakit tenak / mati.
Another example, Egg Drop Syndrome, buat kadar menelur turun sehingga 50%.

HS Wong
DQ Farm

Instagram