Pages

sedikit contoh Telur yg tidak baik



Salam semua.. teman nak tido sebenarnya tadi.. penat beraya hari nie.. dah tulis 2-3 post teman dah mula ingat katil.. tgh duk siap2 terdengar tiupan aingin yang kuat.. standart hari nak hujan.. teman teringat yg teman dah 4 hari tak kutip telur.. kang kalau teman biarkan telur kat reban kang kena hujan lebat mesti tembelang punya telur.. rugi je telur kita.. teman pun siap lah bawak lampu masuk reban.. reban teman terang sebenarnya pasal ada 3 bijik lampu 100 keliling reban.. stakat nak lepak saje tak yah nak bawak lampu pun. teman pakai lah lampu sportman yg ikat kat dahi tu.. senang nak buat kerja.. takyah nak pegang2.. tengah teman leka je kutip telur teman selalu jenguk dulu dalam bekas telur tu tgk ada ibu atau tak..kalau ada ibu teman amik pelan2 sepaya tak terkejut ibu lain..

tgh teman cek satu bekas satu bekas teman tersuluh belakang bekas telur tu, sekali satu lingkara batik ada kat belakang tu.. jarak ular sawa tu tak sampai sejengkal ngan muka teman pasal teman hulur kepala nak tgk dalam bekas.. apa lagi meloncat teman kebelakang sbb tekejut.. mujur dalm teman nak terjatuh tu teman sempat terpikir kat tangan teman ada tray telur.. fuhh selamat telur.. dgn panik teman kuar reban n nak call member mintak nasihat.. teman nie takut sikit ngan ular.. kalau ada kawwan teman berani.. kalau sorang teman takut. balik semula kereban teman tgk ular tu dah takde.. mula lah teman lagi takut.. duk suluh keliling takut ada bawak kaki.. cemas punya pasal teman ponggah semua kayu, tong, platik jaring yg ada kat situ sbb nak carik sibatik tu.. tak jumpa.. takpelah esok teman tabur belerang..

gambar atas tu hasil kutipan teman malam nie..dari 2 tray teman dapat tu(telur tengah kurang sekarang) teman ada jumpa seberapa telur yg akan direject untuk masuk ke incubator.. alang2 dah kutip teman amik la gambo tunjuk kat korang..
gambar kiri adalah telur yg tak sempurna. sebelah dia adalah perbandingan telur yg baik dan akan dimasukkan dalam incubator.. perhatikan bentuk telur ini ganjil dan berlekut.. ada kemungkinan ini adalah telur ibu muda yang kali pertama nak bertelur atau telur pertama ibu matang yg baru nak mula bertelur balik.. kita telur nie pembuka jalan untuk telur yg lain laa.. biasanya telur yg pertama keluar ada kesan darah kering kerana proses membuka ruang kadang kala menyebabkan ayam sedikit berdarah.. kalau jumpa teur seperti ini, anda perlu ketepikan dan goreng sahaja..

Gambar tengah adalah telur yang berada dalam bekas yang kotor.. kalau kotor nie tak semestinya sbb bekas tapi mungkin juga tindakat tikus, ayam lain atau ibu dia sendiri yang terpecah atau memecah sebijik2 telur yg lain.. lendiran telur pecah tadi akan melekat pada telur lain dan menghasilkan liputan kotoran bila telur mengering.. terdapat juga kotoran dari hasil kaki ibu ayam yg membea lumpur ke bekas telur terutama pada aktu hujan..

sebelahnya pula adalah gambar telur yang berada dalam keadaan baik dan akan di candling sebelum dimasukkan ke dalam incubator.. amalan perladangan baik seperti mengutip telur setiap 2 hari perlu dilakukan bagi memastikan telur yang dikumpul berada dalam keadaan baik.. sekiranya anda mengumpul telr setiap 2 hari.. kumpullah telur anda sehingga 7 hari dan masukkan kedalam incubator. kerana telur yg melebihi 7 hari ada potensi untuk tembelang. bagi mereka yang mengutip seminggu sekali anda perlu menukar cara ini kerana keberangkalian serangan musuh, telur rosak atau telur hilang lebih tinggi. sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram