Pages

Ternakan Ayam kampung Fidlot?

Salam semua..
Ada teman terbaca sebelum ini tentang penternakan lembu secara fidlot.. eh fitlot ke fidlot? sama lah tu janji bunyi sama.. teman tak paham sangat pasal teman tak penah bela lembu n tak amik pusing pun pasal benda ini.. apa yg teman pikirkan mungkin ternakan fidlot nie adalah cara penternakan yg lebih baik dan tersusun.. mungkin lembu ditempatkan dalam kandang dan makanan diberi ikut masa untuk pengurusan yang lebih baik.. tapi bila teman tengok blog kengkaan teman paham sikit2 la..

Sistem fidlot mungkin dengan mengasingkan lembu2 ini dari induknya.. anak lembu yg tengah membesar diasingkan ikut jantina dan terus membesar dalam kandang sama jenis.. kira macam asrama lelaki atau asrama perempuan sahaja lah kot. Lepas tu untuk penghasilan baka baru hanya jantan yang betul 'otai' dipilih untuk meyumbang sperma kepada si betina.. dalam proses ini mungkin juga pemanian berhadas dilakukan untuk jaminan kualiti dan jumlah sperma yang berterusan.. mana2 lembu yng kurang berkualiti dijual sebagai daging..
lepas tu teman ada terbaca dari blog yang mengatakan sistem yang diadaptasikan didalam reban ayamnya adalah dari sistem fidlot.. terus teman terpikir cara dan perlaksanaanya..

Kalau diikutkan kita sebagai penternak ini pun kekadang dah lama melaksanakan sistem fidlot..teman memang bercadang sebelum ini untuk mengasingkan anak ayam ikut jantina untuk memastikan pembesaran lebih baik dan takde gejala buli membuli berlaku.. kemudian sistem satu reban kecil yg dipagar didalamnya ada sekor ayam jantan dan ada 8-10 ekor ibu ayam untuk tujuan pembenihan.. setelah ayam tersebut bertelur.. satu set ibu ayam lagi dimasukkan dalam reban tersebut, telur dikutip dan simasukkan kedalam incubator.. ibu ayam yg dikeluarkan akan di rehatkan dalam satu kawasan reban khas untuk pemulihan.. anak ayam yg membesar tadi akan dijual apabila sampai masanya dan hanya yg baka baik disimpan untuk jadi pelapis ayam alpa direban.. so macam sama kan konsepnya.. untuk org kampung yang bela ayam secara lepas bebas biasanya akan mengaal jumlah ayam jantan terutama yng muda bagi mengelakkan baka yg akan keluar nanti lemah dan tak kuat.. so kita akan biasa lihat satu bapa ayam otai akan bawah antara 7-12 ekor ibu betina dan kekadang ada 3-4 puak ayam dalam satu kawasan reban.. so macam sama kan..

Bagi penternak ayam luar negara. ada beberapa pendapat tentang pelaksanaan sistem nie.. kalau cara satu jantan dan 10 betina tu dikatakan ada kelemahan kerana adakalanya sijantan kurang produktif dan tak dapat membenihkan telur yang dikeluarkan.. kebanyakkan mereka membela satu kumpulan ayam terdiri dari 2-3 jantan matang dan 15-20 ekor ibu untuk tujuan penghasilan benih.. katanya cara nie dapat memastikan backup jantan mencukupi dan masalah telur tak berbenih tak terjadi..so kita kena pikir2an lah cara terbaik untuk pelaksanaanya..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram