Pages

anak ayam terbaru menetas 1/9/09




nie gambar anak2 ayam yang baru menetas dari incubator.. comel2 semuanya.. jumlah 2 bekar adalah 72 ekor.. setakat ini belum ada yang mati.. telur yang tak menetas ada 15 biji.. setiap kali aku abis satu pisingan aku akan pecah n tgk kenapa telur tak jadi tu.. tgk apa jadi dalam telur tu sbb aku menggunkan sepenuhnya prinsip candling pada hari ke 4,10,16.. so saringan ini membantu mengurangkan kesesakan yg disebabkan telur yang tidak bersenyawa..

dari pemerhatian aku..10% mati apabila mula menebuk.. ada kemungkinan sistem dalam badan anak ayam ini tak kuat.. mungkin peparunya tak berjaya mengepam udara semasa mula2 bernafas.. maka mati ketika pecahan pertama dibuat.. 20%pula mati bila dah memecahkan suku dari telur.. mungkin anak ayam nie tak cukup sihat dan tenaga untuk memusingkan badan dia dan mematuk keliling kulit telur.. ataupun sejak mula dia menebuk lubang udara panas telah mengeringkan dengan cepat bulu hingga melekat(kering) pada kulit telur, melekat pada kulit. kalau stage ini kita sedar mungkin bantuan mengkopek kulit boleh diberikan.. api kebiasannya akan endup kaki terkangkang.. manakala 70% mati dalam kulit telur dan tidak pernah berjaya menebuk lubang.. dan telur ini yang gagal biasanya adalah lebih ringan dari telur berjaya menetas.. ringan bukan sebab saiz tapi ringan macam embrio telah hilang didalam tu..so biasanya kalau aku tgk dah sampai duedate dia n masih belu menetas aku akan angkat satu2 n cek berat dia. kalau dah biasa buat mesti dapat rase perbezaanya.. pastu goncang sedikit n tgk kalau ada air dalm tu.. kalau ada gerakan cecair kompom akan out..

so anak ayam dah dikumpulkan dan dipindahkan kedala brooder.. mungkin pas nie aku nak tukar konsep pulak.. sekarang duk buat sistem dari brooder hingga ke usia 1 bulan duk dalam bilik khas yg terlindung daripada terik,cuaca sejuk,dan hujan.. tapi bila dah banyak rasenya tak lalu nak membersihkan bahan buangan dorang.. anak ayam nie kalau umur 1 bulan bukanya besar mana pun.. kecik lagi dari sepenumbuk.. kekadang tu saiz besar sikit je dari anat baru lahir tapi dah berbulu lebat. apa yg aku akan buat adalah membuat brodeer diluar rumah dan memastikan lampu dipasang pada wawktu malam.. reban mestilah kalai cuaca dan senang diuruskan..

keputusan kajian aku dgn meletakkan anak ayam didalam bilik sehingga usia sebulan berjaya membesarkan anak ayam dengan kematian hampir kosong, namun kesilapan dilakukan ketika memindah anak ayam ke dalam reban asuhan baru2 ini.. jumlah yang dimasukkan terlalau byk untuk satu reban yang berkeluasan 3 kaki x6 kaki.. sejumlah 120 ekor dimasukkan dan yg paling silapnya adalah anak ayam yg dimasukkan adalah dari 2 brooder yang berbeza. maka berlakulah apa yg digelar kanibalisma.. mematuk pihak lain sampai nampak tulang.. bila dah berdarah yg lain pun tumpang patuk makan skali.. yg mati habis semua perut terburai dan lompong sebab kena makan.. padahal semua sama saiz usia.. makanan cukup n sampai nak meletup temolok.. bila nak asingkan balik tak dapat nak tentukan kumpulan mereka.. apa yg dapat dilakukan adalah memindahkan anak ayam yg teruk kena buli.. yg mana selamat luka mereka cepat baik.. menakjubkan..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram